Novel DATING KONTRAK! 16

10:58



OLEH: KIR@ LEE

BAB 16

JAM kini tepat menunjukkan pukul 1.00 petang. Cuaca boleh tahan panas jugak hari ni.  Aku dan Diana segera melangkah masuk ke dalam Toy’s Shop untuk mencari hadiah hari jadi  esok.

“ Anith, ini kedai yang keempat kita dah pergi. Aku harap kau dapat cari hadiah yang kau nak beri pada anak murid kau tu. Cepat sikit tau! Kaki aku dah mula longgar-longgar semacam ni.” Perli Diana. Ala…aku tahu si Diana tu nak merungut la tu. Tapi, aku tak ambil kisah la. Siapa yang tahan kalau sejak pagi tadi sampai ke petang, hati aku ni belum berkenan lagi nak pilih hadiah yang sesuai.

“ Yelah….Cik Diana. Tapi, aku tak janji tau. Kalau hati Cik Anith ni belum terbuka, maknanya faham-faham je la.” Aku ketawa melihat raut wajah Diana yang berkerut masam. Aku mula meliarkan anak mataku untuk memilih alat mainan yang sesuai.

Diana sudah tidak betah untuk berjalan lagi lalu beredar untuk menunggu sahaja di dalam kereta. Aku hanya membiarkan sahaja. Agaknya penat sangat la tu sebab temankan aku hari ni. “Ok..Anith, guna mata kau yang besar ni untuk cari hadiah yang berkenan di hati”. Ehh…macam ku pernah dengar ayat itu? Tapi di mana ya?

Tiba-tiba, mataku tertarik pada anak patung yang bersaiz sederhana besar. Ehmm…comelnya. Aku cuba menyentuh bulunya. Wahh…lembutnya. Tentu Eisha suka kalau aku pilih anak patung ni.

“ Hati…oh….hati, berkenan tak dengan anak patung merah jambu ni?” aku menepuk dadaku. Aku tersenyum sendirian sambil memeluk anak patung ini ke dalam dakapanku. Nampaknya, hati aku dah confirm nak pilih anak patung ni. Ok, aku akan pilih ini. Lantas, aku berjalan ke hadapan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

“ Comelnya pilihan Puan. Ini mesti untuk anak puan kan?” aku tersenyum kelat.

“ Hemm? Anak? Bila masa pulak aku ada anak ni? Kahwin pun belum. Aku ni nampak macam orang yang dah anak ke?” balasku dalam hati sambil meraba-raba wajahku. Takdelah tua sangat aku ni. Aku ni baru dua puluh enam tahun la!!! Aku tengok pekerja kaunter ni yang macam orang dah beranak tiga! Amboi! Anith, tak puas hati ke? Aku hanya membalas dengan senyuman palsu sahaja di depan pekerja kaunter itu sebelum mengambil bungkusan anak patung itu.

“ Terima kasih. Sila datang lagi.” Ujar pekerja kaunter itu sekali lagi. Aku hanya senyum lalu beredar dari situ.

Alahai…Anith, nampaknya kau ni kena buat rawatan muka. Biar naik seri kat wajah kau ni! Betul jugak tu kan. Aku pun dah agak lama juga tak buat rawatan muka. Nanti-nanti la, aku ajak Diana sekali buat rawatan muka sama-sama.

            Diana leka bermain permainan di dalam telefon bimbitnya. Sedang asyik bermain, tiba-tiba…“ Bwahhh!!!” satu sergahan kuat yang datang dari kanan Diana.

            “ Opocottt!!!” Diana melatah kerana terkejut. Anith sudah tergelak melihat reaksi Diana.

            “Kawan aku ni memang la cuai sangat. Dah tahu duduk dalam kereta seorang diri, tak dikuncinya pulak. Kalau ada apa-apa yang terjadi, aku jugak yang susah. Tu dah kira bagus aku yang masuk. Kalau dibuatnya, peragut ke pencuri ke perompak atau yang sewaktu dengannya…minta dijauhkan la ye.” Omelku panjang sudah seperti pakar motivasi pulak.

            “ Aku tahu la aku salah tapi janganlah kejutkan aku macam tu. Kus semangat…”balas Diana.

            “ Yelah tu, mak cik. Kau tu kalau dah main game telefon, dah tak ingat dunia punya la. Tengok la tadi. Aku masuk ke dalam kereta pun tak sedar. Main lagi game katak kau tu.”

            “ Ok..ok..i’m sorry. So, macamana? Dah dapat hadiah yang hati kau berkenan?” Aku tersenyum lalu mencapai bungkusan kotak separuh besar di belakang tempat duduk kami.

            “ Tadaa!! Comelkan?” aku menunjukkan anak patung yang ku beli tadi kepada Diana.

            “ Comelnya…aku nak satu? Boleh? Nanti kau beli untuk birthday present aku pulak.”

            “ Ok...no problem. Dah lewat ni. Kita balik la sekarang.” Ucap Anith pada Diana. Diana mengangguk. Anith segera memandu keluar keretanya.

…………………………………………….

            Qhaliff merebahkan tubuhnya ke atas katil. Ingatan Qhaliff masih terbayang akan pertemuannya dengan Anith. Qhaliff mengalihkan badannya ke kiri. Belum puas berkalih badan ke kiri, Qhaliff berkalih pulak ke kanan. Perasaan susah hati yang dirasakannya sekarang membuatkan dirinya tidak berasa selesa.

            Macamana sekarang ni? Anith tak setuju nak kahwin dengan aku. Macamana aku nak pujuk dia dalam masa seminggu. Ahhh…kalut..kalut! Qhaliff menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Qhaliff memaksa matanya untuk tidur. Biarlah rasa gelisah ini hilang seketika.

            “ Ting Tong…Ting Tong…Ting Tong” Bunyi lonceng dari luar rumah apartment Qhaliff. Faez menunggu Qhaliff untuk membuka pintu. Kebetulan hari minggu, apa salahnya singgah ke rumah Qhaliff. Lagipun, tak ada apa nak buat di rumah. Baik lepak kat rumah Qhaliff.

            Hampir lima belas minit Faez menunggu Qhaliff di luar. Namun, belum jugak timbul batang hidung kawan baiknya ini. Takkan tidur mati kut? Jam masih awal lagi ni. Baru pukul 9 malam ni. Sekali lagi Faez menekan lonceng.

            “Aduhh…bisingnya.” Rungut Qhaliff yang sudah serupa anak kecil.


Siapa pulak yang datang malam-malam ni menganggu aku? Baru je aku nak menikmati waktu tidur, dah ada pengacau. Dengan langkah yang berat, Qhaliff melangkah keluar dari bilik tidurnya menuju ke pintu hadapan untuk membuka pintu. Sebelum itu, Qhaliff terlebih dahulu meneropong ke lubang kecil di pintunya untuk melihat gerangan yang beradab sangat bertandang ke rumahnya.

“ Cehh! Faez rupanya. Siap kau!” bisik hati Qhaliff. Qhaliff membuka pintu rumahnya.

Night buddy!” sapa Faez sambil tersengih.

“ Masuklah.” Jemput Qhaliff. Faez melangkah masuk ke dalam rumah Qhaliff. Bukannya Faez tidak pernah datang ke rumah Qhaliff, bahkan boleh dikatakan tiap-tiap hujung minggu Faez akan bertandang. Itu pun jika Qhaliff tidak tidur di rumah keluarganya.

Baru sahaja Faez ingin melabuhkan punggungnya duduk, tiba-tiba Qhaliff menghadiahkan satu balingan kusyen kepadanya.

            “ Hahh…itu sebab kau ganggu aku sedang tidur! Lain kali kalau nak datang rumah orang tu, bagitau awal-awal.”

            “ Ek eleh…poyo la kau ni! Angin semacam je aku tengok? Apa jadi?” soal Faez. Qhaliff merebahkan badannya di atas sofa bertentangan dengan Faez sambil memeluk kusyen.

            “ Entahlah, Faez. Pertemuan aku dengan Anith kelmarin tak berapa nak jadi. Aku kena marah ada la. Aku risau sebab ayah aku cuma beri aku masa seminggu je untuk selesaikan hal ini. Anith tu keras hati betul. Dia tu memang lain dari yang lain. Kalau perempuan lain, aku rasa mesti mereka dah terima dengan lamaran aku serta merta. Aku dah pening fikir benda ni!” luah Qhaliff.

            Faez faham akan situasi yang dialami oleh Qhaliff ketika ini. Jika dirinya berada di tempat Qhaliff, pasti dirinya pun susah untuk menghadapinya. Sebagai seorang teman yang rapat dengan Qhaliff, Faez akan membantu Qhaliff untuk menyelesaikan masalah kawannya itu.

            “ Dalam hal ni, aku rasa kau perlu banyak berlembut. Kalau dua-dua berkeras, sampai bila pun takkan selesai. So, dalam masa seminggu ni kau cuba-cuba la pujuk hati si Anith supaya terima lamaran kau. Ala…perempuan ni nampak je keras kat luar, tapi dalam hati lembut je.” Ujar Faez memberi nasihat pada temannya ini. Tapi…tak tahu la si Qhaliff ni pandai nak pujuk-memujuk hati perempuan ni. Bukannya nak mengata tapi hakikatnya Qhaliff ni tak ada pengalaman nak bercinta langsung. Zero!

            “ Kau cakap senang la. Tapi aku yang kena tanggung. Kau pun tahukan, aku ni mana reti nak pujuk orang perempuan ni. Aku takde pengalaman!” Faez sudah mengagak jawapan daripada Qhaliff. Kalau begini caranya, kenalah buat dengan cara yang senang dulu.

            “ Ok! Kalau macam tu, aku cadangkan kau mulakan sesi memujuk ni dengan menggunakan telefon bimbit kau yang mahal tu. Pergi ambik telefon bimbit kau tu sekarang! Aku nak turunkan ‘Ilmu Kenali Cinta dari Dr. Faez’ pada kau atau…?”

            “ Atau apa?” Faez tersenyum penuh makna.

            “ Kau tau tak sekarang ni Malaysia tengah demam Gwiyomi. Aku rasa kalau kau melamar si Anith dengan Gwiyomi, mesti dia cair punya.”

            Qhaliff bingung kehairanan. Apa yang si Faez ni merepek? Kiyomi? Apa benda tu? Nak sebut pun susah. Ada hati nak suruh aku melamar macam tu.

            “ Apa benda Kiyomi tu?”

            “ Gwiyomi la. Bukannya Kiyomi. Aku dah agak kau mesti tak tahu punya. Takpe nanti aku kasi kau tunjuk. Itu cara kedua kalau sesi pujuk-memujuk kau tak jadi nanti. Sekurang-kurangnya kita dah ada backup plan.”

            “ Banyak la kau punya Gwiyomi. Kau tu aku tengok takde pun girlfriend tapi girlfriends…itu memang banyak yang aku nampak.” Perli Qhaliff pada Faez. Faez hanya ketawa.

            “ Tak payah nak cakap banyak. Cepat pergi ambik telefon bimbit kau tu.” Arah Faez lalu membaling kusyen yang tadi dibaling oleh Qhaliff ke arah Qhaliff semula. Raut wajah Qhaliff sudah berubah merah. Faez bertambah geli hati melihatnya. Akhirnya, Qhaliff mengalah lalu bingkas bangun menuju ke bilik untuk mengambil telefon bimbitnya.

            Entah apa la rancangan si Faez ni. Boleh pakai ke tidak? Cuba je la Qhaliff. Kalau tak cuba macamana nak tahu? Qhaliff muncul semula ke ruang tamu lalu menyerahkan telefon bimbit Qhaliff kepada Faez. Faez sudah tersenyum penuh muslihat sebaik mencapai telefon bimbit Qhaliff.

            “ Ok. Sekarang, bagitau aku nombor telefon Anith.” Ujar Faez. Qhaliff mencapai semula telefon bimbitnya lalu mencari nombor telefon Anith.

            “ Nah! Kau nak buat apa ni?” soalan Qhaliff dibiarkan sepi sebaik sahaja telefon bimbit bertukar tangan.
………………………………………………………

            “ Anith, drama kau dah mula ni!” laung Diana dari ruang tamu.

            “ Ok! Aku turun sekarang.”

            Aku cepat-cepat duduk di atas sofa. Takut ketinggalan nak menonton drama favourite hujung minggu aku ni. Apalagi kalau bukan drama Cinta Jangan Pergi yang dilakonkan oleh Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Drama ni memang best. Suka tengok view dalam drama ni. Banyak tempat-tempat yang manarik sama ada dalam negara atau luar negara. Kadang-kadang aku terfikir, best juga kalau jadi pelakon. Ada peluang nak berlakon kat luar negara. Yelah, macam aku ni, bila la nak merasa ke luar negara.

            “ Kau ni kenapa, Anith? Emo la kau ni.”

            “ Aku sedih la tengok Lea ni kehilangan Khalil. Tak sempat Khalil nak buat kejutan, Lea pula yang terkejut dengan berita kemalangan Khalil.” Aku ni kalau melayan drama yang sedih-sedih, boleh tangkap leleh juga la.

            “ Ini kan drama je. Kau ni over react pula. Nampak je macam brutal kat luar, tapi boleh nangis pulak.” Diana ketawa menyakat Anith.

            Aku malas melayan kerenah Diana. Biasanya kalau aku sedang menonton televisyen, aku tak nak diganggu. Itu memang pantang larang aku. Baru sahaja aku nak layan perasaan, tiba-tiba  telefon bimbitku berdering.

            “ Haishhh…siapa pulak yang mesej aku ni? Aku baru je nak layan drama favourite aku ni.” Aku mencapai telefon bimbit ku yang berada di atas meja.

            “ ANGRY BIRD?” cehh…berani dia nak mesej aku. Apalagi yang tak puas hati mamat ni. Nak tahu siapa ANGRY BIRD? Ala…yang dulu aku gelar Lee Min Ho tu. Kalau dulu sebelum kenal bolehlah aku gelar dia Lee Min Ho. Tapi bukan sekarang ok! Asyik-asyik tunjuk muka berkerut. Sebab tu la aku gelar dia ANGRY BIRD.  Aku menekan punat buka untuk membaca mesej yang baru saja dihantarnya.

            Salam. Saya nak minta maaf tentang tadi. Apa-apapun saya nak awak fikirkan semula   tentang permintaan saya kelmarin. Saya beri awak masa seminggu untuk fikirkan semula dan saya sangat menantikan jawapan setuju dari awak.

 Mataku berkelip-kelip membaca mesej yang baru dihantar oleh Qhaliff. Meremang bulu roma aku membaca setiap bait yang ditulis oleh Qhaliff pada aku. Susah aku nak percaya yang Qhaliff tulis ayat ni. Biar betul mamat ni? Seminggu konon? Ada aku kisah! Seminggu ke sebulan ke setahun ke, jawapannya tetap sama. Aku membalas semula mesej dari Qhaliff.

…………………………………………………....

            “ Wehh…Faez, apa yang kau tulis ni? Sopan giler ayat kau! Aku yang baca ni pun rasa geli tau nak buat ayat macam ni. Buat malu aku je.” Ucap Qhaliff yang tidak berpuas hati pada Faez. Suka hati dia je nak tulis ayat macam ni pada Anith. Ala! Mesti si Anith tu pelik dengan mesej yang Faez hantar tadi. Qhaliff berjalan mundar-mandir sambil menggenggam i-Phone miliknya. Rasa gelisah mula menular ke dalam dirinya.

            “ Haishhh!!!” Qhaliff menggaru-garu kepalanya.

            Mesti dia ingat aku ni tak betul pulak. Aduhhh…potong mood betul la si Faez ni. Macamana aku nak berdepan dengan dia nanti. Qhaliff melihat semula i-Phonenya. Belum ada pun Anith membalas mesejnya. Lambat pulak dia nak balas mesej aku ni. Qhaliff sudah tidak sabar untuk menunggu mesej dari Anith pulak. “ BIPP”.

             Boleh…boleh blah!!

            Aik!!! Dia balas aku macam tu. Ok. Kita tengok.

             Tadi tu bukan aku yang hantar tapi member aku. Aku bagi kau seminggu untuk fikirkan permintaan aku tu. Kalau dah habis fikir, kita jumpa semula.

            Qhaliff tersenyum membalas mesej. Barulah hatinya terasa puas.

            Ewah…ewah…mamat ni bukan main pandai lagi dia buat karangan dalam mesej dia ni. Ok. Aku memang dah agak mamat ni takkan tulis ayat yang sopan giler macam tadi. Nak action lebih la sangat! Pergi daa!!!
             Ada aku kisah!!!!

            Qhaliff pantas membaca mesej yang baru saja sampai. Hah? Ini je yang dia balas kat aku? Aku bukan main lagi mengarang ayat untuk dia faham. Dia boleh buat tak kisah! Faez sudah tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Nampaknya ilmu cintanya itu tidak berkesan pada Qhaliff. Sementara itu, Qhaliff masih berbalas mesej dengan Anith seperti di dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan teman masing-masing.

            Apesal kau tulis sikit je? Penat tau jari aku ni menaip. Kau boleh tak bagi aku jawapan yang matang sikit.

            Itu jari kau. Aku peduli apa kalau jari kau penat.

         Tengok! Kau tulis sikit dari yang aku tulis. Kau dah takde idea ke nak lawan mesej dengan aku?

            Kau ni apahal? Lupa makan ubat? Dah lah! Aku ni dah takde kredit nak layan mesej budak-budak yang tak cukup umur macam kau ni. Ok! Offphone!

            Apa? Aku budak tak cukup umur? Hei! Aku ni dah 28 tahun  la. Pandai-pandai je nak mengata aku ni budak tak cukup umur. Eee….sakitnya hati aku ni.

“ Geram sangat dengan perangai perempuan ni. Dia kata aku budak tak cukup umur!” Omel Qhaliff.

“ Geram jangan engkau geram. Padanlah dengan muka tu. Aku sendiri pun rasa kau ni macam budak tak cukup umur. Mana taknya, kalau nak tulis mesej yang baik-baik, takpe la. Ini yang menyakitkan hati je. Mesti la perempuan tu angin satu badan.” Sengaja Faez menyakat Qhaliff. Qhaliff segera beredar menuju ke bilik tidurnya untuk menenangkan dirinya.

Faez ditinggalkan sendirian di ruang tamu. Faez faham. Bukannya dia tidak tahu perangai si Qhaliff. Kalau sedang marah, mesti nak berkurung di dalam bilik. Harapan Faez agar mereka berdua dapat menyelesaikan khabar angin ini daripada tersebar luas. Lucu pulak bila melihat reaksi Qhaliff berbalas mesej dengan Anith tadi. Kalau orang tidak tahu situasi sebenarnya, mesti orang ingat pasangan bercinta yang sedang bergaduh.

Begini la jadinya kalau dua orang yang sama-sama keras kepala. Seorang pun tak nak mengalah. Qhaliff dengan egonya. Anith dengan keras kepalanya. Faez mencapai i-Phone Qhaliff lalu di baca mesej yang ditulis Qhaliff kepada Anith.

“ Aduhai…patutlah dicop budak tak cukup umur. Qhaliff ni pun satu, aku dah ajar dia cakap dengan perempuan ni kena lembut-lembut. Ini tak! Direct terus dalam mesej ni. Memang fail betul la dia ni. Macamana la nak selesaikan masalah dua manusia yang keras kepala ni?

            Qhaliff berjalan mundar-mandir di ruang bilik tidurnya. Fikirannya masih buntu memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya. Arghh! Kenapa la orang perempuan ni susah sangat nak faham? Si Anith pulak keras kepalanya bukan main lagi. Macamana la aku nak pujuk dia dalam masa seminggu ni? Aku mana reti benda ni semua. Masa seminggu tu bukannya lama. Hemm..aku kena fikirkan sesuatu supaya Anith bersetuju untuk kahwin dengan aku.

P/S : Bersambung....selamat membaca pada semua yang sudi menunggu cerita ni..silalah komen yer..nak layan Lee Min Ho buat gwiyomi tak?

Tadaa...baru dapat ilham nak buat caption DATING KONTRAK!..
'Kau dan Aku Terikat dalam Kisah Cinta' amacam? Ok tak? hihihi
      
            

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images