Novel DATING KONTRAK! 19

13:22



OLEH : KIR@ LEE

BAB 19

“ EHEMMM…” Diana berdehem pada Anith yang sedang leka menatap lap topnya. Apa lagi kalau bukan menonton video artis kpop idola kegemarannya. Diana meniarap di atas katil bersebelahan dengan Anith.

“ Dee…cuba ko tengok video klip Infinite ni, romantik giler. Hati aku cair woo kalau ada someone buat macam ni pada aku. Lebih-lebih lagi part yang main piano tu. Aku rasa akulah cikgu tu.”

“ Wah! Tak sangka pulak aku kau ni minah jiwang rupanya? Ingatkan brutal, rupanya ada bunga-bunga cinta juga dalam hati kau ni.” Diana ketawa memerli Anith yang sudah membuat muka.

Namun, Anith buat tidak ambil peduli dengan kata-kata Diana sebaliknya masih leka menatap jejaka comel kumpulan Idola Korea iaitu Infinite. Anith sanggup memuat turun video klip tersebut semata-mata sudah jatuh cinta pada lagu dan juga jalan cerita video klip itu.

“ Kenapa tak percaya ke? Cuba ko tengok dulu video klip ni. Sure kau fall in love dengan video klip ni.” Anith dan Diana kemudiannya sama-sama menonton video klip kumpulan Infinite tersebut. Lama-kelamaan, Diana sudah pandai bernyanyi mengikut rentak lagu kumpulan Infinite. Ceh! Diana ni? Tadi bukan main lagi perli aku. Tup…tup…dia pulak yang terlebih sudah!

Video klip yang mengambil masa sebanyak lima minit itu sudah berakhir. Anith dan Diana mengalihkan badan mereka supaya menghadap siling di atas.

“ Ehmm..Anith! Aku nak tanya kau sesuatu. Aku nak kau jawab dengan jujur dan ikhlas. Kau rasa, Qhaliff tu orangnya bagaimana?”

Anith mengerling Diana. Anith belum bersedia sebenarnya untuk menjawab soalan itu. Terkejut juga sebab tiba-tiba saja Diana bertanya tentang soal Qhaliff kepadanya. Sebab apa? Takkan la….Diana dah jatuh cinta pada Qhaliff? Aku tahulah Qhaliff tu kacak, bergaya lagi memikat. Ewah…ewah…Anith, dah pandai puji sekarang. Kalau dulu kau kutuk dia tu ego, tak matang, sombong, berlagak dan lagi satu bajet hansem. Entah?

“ Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal Qhaliff?”

            Sebenarnya tujuan Diana bertanya soalan ini adalah untuk membantu Qhaliff. Qhaliff dan Diana sebenarnya sudah berpakat untuk saling membantu memujuk Anith. Qhaliff sempat bersembang dengan Diana sewaktu majlis hari jadi Eisha kelmarin dan tak lupa juga saling bertukar nombor telefon.

Diana tak sangka pula yang Qhaliff benar-benar ingin memujuk Anith supaya menerima lamarannya. Jadi ini adalah salah satu misinya untuk membantu Qhalif tanpa pengetahuan Anith.

            “ Takde la. Aku cuma teringatkan tentang lamaran Qhaliff pada kau. Kau dah fikir masak-masak ke? Kau tak nak pertimbangkan semula ke untuk terima lamaran Qhaliff. Aku rasa Qhaliff tu kan baik orangnya. Mungkin korang berdua tak ditemukan dalam keadaan yang baik, sebab tu la jadi musuh. Tapi, siapa kata musuh tak boleh baik? Kau tak rasa ke tempoh seminggu yang Qhaliff beri pada kau dah hampir tamat? Atau kau tak suka dengan cara lamaran Qhaliff? Kau takut Qhaliff cuma permainkan kau saja? Begitu?”

            “ Aku….aku…tak tahu la Dee. Aku masih bingung lagi. Memang ada betulnya cakap kau tu. Mungkin betul. Kalau aku dan Qhaliff bertemu dalam keadaan yang baik, mungkin aku dan Qhaliff takkan jadi macam ni. Lamaran tu pula…entah? Aku rasa Qhaliff tu sengaja nak main-mainkan perasaan aku sebab lamaran tu dibuat sebab timbul khabar angin tentang kami berdua. Kalau tak timbul khabar angin, mesti lamaran tu takkan ada.”

            “ Kenapa pula?”

            “ Yelah…aku rasa dia melamar aku pun sebab terpaksa. Kalau tak…mesti dia dah…”

            “ Pujuk kau? Atau merayu pada kau?”

            “ Lebih kurang lah….” Jawabku lemah.

            Kini Diana sudah faham. Nampaknya Qhaliff mungkin ada peluang supaya Anith menerima lamarannya. Diana mula memikirkan idea untuk membantu Qhaliff memujuk Anith.

………………………………………………...

            Qhaliff masih tidak percaya dengan apa yang baru sahaja diceritakan oleh Diana di dalam talian sebentar tadi. Katanya Anith masih belum memberi sebarang jawapan kerana Anith takut cuma dipermainkan sahaja. Oleh itu, Diana mencadangkan sesuatu kepada Qhaliff.

            “ Qhaliff, aku rasa kalau kau nak buat Anith terima lamaran kau, baik kau tengok video klip Infinite yang bertajuk Man In Love. Macam ni caranya. Kau kena ikut betul-betul apa yang dalam video klip tu buat untuk Anith. Confirm Anith cair terutama part yang main piano tu. Ok. Assalamualaikum.”

            “ Yahoooo!!!” jerit Qhaliff gembira. Maknanya aku ada peluang untuk pujuk Anith sebelum tempoh seminggu tu habis. Tanpa membuang masa, Qhaliff mencapai Ipad di atas meja tepi katilnya. Ok! Qhaliff, malam ni kau kena belajar cara untuk memujuk Anith.

            Qhaliff sanggup memuat turun video klip Infinite yang dia sendiri tidak mengenalinya. Namun, dek kerana masa yang diberikan oleh ayahnya sudah hampir tiba, kenalah Qhaliff berusaha dengan lebih gigih lagi.

            Keesokan pagi, Qhaliff segera bangun awal untuk bersiap. Hari ini adalah hari pujukannya yang pertama. Qhaliff hendak pergi mencari anak kucing untuk dihadiahkan kepada Anith. Mengikut video klip yang ditontonnya banyak kali semalam sehingga ke pagi, Qhaliff bertungkus lumus berlatih bagaimana untuk memulakan sesi memujuknya.

            Qhaliff….Qhaliff…inilah akibatnya kalau tak ada pengalaman bercinta. Sumber rujukan pun kena guna video klip. Hentam saja la…untuk Anith, aku akan berusaha!

            Sesi Memujuk Anith dari pada Qhaliff :

1.      Beli seekor anak kucing yang comel kepada Anith dan hantar ke Tadika Nur Hidayah beserta kad luahan isi hati.
2.      Main piano untuk Anith. (Confirm berjaya)
3.      Buat cookies yang sedap. ( Hemm…aku rasa yang part ni aku tak buat kut)
4.      Beli hadiah special untuk Anith. ( Masalahnya aku tak tahu hadiah yang Anith suka)
5.      Buat surprise candle light dinner. ( Ini aku hold dulu kalau Anith setuju baru akan buat )

            Aku dan Diana bersembang terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas masing-masing. Biasalah, hari masih awal lagi.

            “ Anith! Ni hah, ada hadiah untuk Anith. Wah! Dah ada pakwe eh? Bila nak kahwin?” usik Kak Noor sambil menghulurkan aku sekotak hadiah yang berbentuk hati kepadaku. Aku masih ragu-ragu untuk menerimanya. Siapa pulak yang nak beri aku hadiah pagi-pagi ni? Hari jadi aku belum tiba lagi. Dah kotak ni bentuk hati.

            Diana sudah tersenyum. Pasti hadiah tu datang dari Qhaliff.

            “ Terima kasih, Kak.” Ucapku lalu meletakkan kotak tersebut di atas meja. Aku dan Diana saling berpandangan kehairanan. Aku perlahan-lahan membuka kotak hadiah tersebut.

            “ Arghhhhhhhhh!” jeritku kuat sambil diakhiri dengan bunyi tangisan. Alangkah terkejutnya aku kerana melihat isi di dalam kotak tersebut sebenarnya adalah anak kucing. Aku memang fobia sekali dengan kucing. Aku memang takut sangat. Sebabnya dulu aku pernah dicakar dan sampai sekarang aku masih tak dapat nak lupakan kesan cakaran itu di kakiku.

            Diana terkejut melihat reaksi Anith. Astagfirullah! Diana benar-benar terlupa bahawa Anith fobia dengan kucing. Nampaknya pujukan pertama Qhaliff bakal gagal disebabkan kejutan hadiah ini.

            “ Anith, kau okey? Rileks.” Diana mengusap belakang Anith. Nasib baik Kak Noor tiada. Kalau tak, takut Kak Noor pun terikut sama terkejut. Diana segera menulis mesej kepada Qhaliff.

            Qhaliff berjalan mundar mandir di dalam pejabatnya kerana masih menunggu jawapan daripada Anith.

GAGAL. Maaf, saya benar-benar terlupa Anith tu sebenarnya fobia dengan kucing. Sekarang Anith tengah menangis sebab masih terkejut. Saya harap awak tak berputus asa.- Diana

            Apa? Anith menangis? Qhaliff melabuhkan duduknya lalu mengeluh. Aduhhh! Pujukan aku yang pertama dah gagal. Takpe, sekurang-kurangnya kau dah mencuba, Qhaliff. Kau masih ada satu pujukan lagi.

            Keesokannya, Qhaliff sengaja keluar awal tengah hari ni untuk pergi ke Tadika Nur Hidayah. Hari ini adalah satu-satunya peluang Qhaliff untuk memujuk Anith. Diana sudah memberitahu Qhaliff bahawa sekarang Anith masih berada di dalam kelas. Cuma masalahnya sekarang ialah tadika ini tidak memiliki piano tetapi gitar. Namun itu tidak menjadi masalah bagi Qhaliff yang berbakat besar dalam muzik.

            Qhaliff melangkah masuk ke dalam tadika untuk berjumpa dengan Diana terlebih dahulu.

            “ Hah! Sampai pun. Jom, saya tunjukkan kelas Anith sekarang.” Tanpa berlengah, Qhaliff mengikut langkah Diana menuju ke kelas Anith. Dalam hati, Qhaliff berdoa agar Anith menerima lamarannya nanti. Sungguh kuat hati Qhaliff berdebar saat ini. Rasa bagai nak meletup sahaja. Semakin hampir semakin kuat debarannya.

            “ Qhaliff, inilah kelas Anith. Tempat Anith mengajar selalu. Awak masuklah dan buat kejutan untuk Anith. Awak dah sedia?”

            “ Errrr…” Qhaliff kaku. Buat pertama kalinya, Qhaliff sendiri tidak menyangka bahawa dirinya akan senekad begini untuk melamar seseorang yang hanya bertemu secara kebetulan. Dua insan yang berbeza dunia, mampukah hidup bersama?

            “ Apalagi, masuklah!” ujar Diana lalu menolak Qhaliff masuk ke dalam kelas.

            Anith terkejut.

            Qhaliff berdiri kaku menghadap Anith.

………………………………………………………

            Masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik sudah enam hari berlalu. Qhaliff masih menantikan jawapan dari Anith. Namun masih belum ada sebarang balasan dari Anith. Kali terakhir Qhaliff berjumpa dengan Anith ialah Qhaliff membuat kejutan untuk menyanyi di depan anak murid Anith. Bila mengingatkan kejadian itu, Qhaliff dengan mudahnya mengukir senyuman.

            Qhaliff mengeluarkan i-Phone miliknya. Rupa-rupanya dalam diam, Qhaliff ada mengambil gambar Anith secara senyap ketika Anith sedang bermain dengan Eisha. Qhaliff tersenyum setiap kali menatap gambar itu. Tapi, Qhaliff tidak mengerti mengapa dirinya boleh bertindak mengambil gambar Anith ketika itu. Qhaliff sendiri sukar meneka perasaannya ketika itu.

            “ Hemmm..itu ke bakal menantu ayah?” Terkejut Qhaliff apabila disergah oleh ayahnya. Nasib baik i-Phonenya tidak terlepas dari tangannya. Malunya aku. Mesti ayah dah nampak gambar Anith tadi. Mana aku nak letak muka aku yang hansem ni? Qhaliff segera menyorokkan i-Phonenya di bawah bantal.

            “ Tak payah nak sorok sangat, Qhaliff. Ayah dah nampak. Manis orangnya.” Ah sudah! Ayah aku memang dah nampak. Takde maknanya aku nak sorok lagi. Perlahan-lahan, Qhaliff mengeluarkan semula i-Phonenya. Qhaliff hanya tersengih. Tan Sri Ezzudin tergelak kecil melihat kerenah Qhaliff serupa budak kecil.

            Tan Sri Ezzudin melabuhkan duduknya di birai katil. Qhaliff masih menahan malu dari ayahnya kerana ditangkap melihat gambar Anith. Alahai! Macamana la aku tak perasan ayah aku masuk dalam bilik aku ni. Apa pulak ayah aku fikir nanti?

            “ Qhaliff, ayah nak bincang sesuatu dengan kamu fasal perkahwinan kamu tu. Nampaknya, kawan-kawan ayah ramai yang dah dengar khabar angin tentang kamu. Bila mereka tanya, ayah cuma jawab ayah tak masuk campur dalam hal Qhaliff. Jadi, macamana? Tinggal dua hari saja Qhaliff tempoh yang ayah berikan.”

            “ Errr…” Qhaliff teragak-agak untuk berkata-kata. Sebenarnya Anith belum pun menghubunginya lagi. Aku ni kira menaruh harapan ke tentang jawapan Anith nanti? Bukan ke Anith dah beritahu aku jawapannya awal-awal lagi yang dia tak setuju. Takkan aku nak cakap pada ayah aku yang Anith tak setuju. Tidak!

            Tan Sri Ezuddin masih menanti jawapan daripada Qhaliff.

            “ Tentang hal tu, biar Qhaliff uruskan. Ayah dengan mama, tak payah la risau sangat.” Luahku. Yelah tu, Qhaliff. Banyak hansem muka kau nak uruskan hal ni. Sampai sekarang pun takde jawapan. Jangan la kau nak memandai.

            “ Betul? Kalau macam tu, taklah risau ayah dan mama kamu nanti. Tapi, ayah harap kamu boleh beritahu berita gembira ni secepat mungkin kami. Oh ya! Mama kamu kata, budak Anith tu baik orangnya. Ok, pergilah tidur dengan gambar bakal isteri kamu tu. Selamat malam.” Tan Sri Ezzudin sempat lagi mengusik anaknya sebelum keluar dari bilik Qhaliff.

            Qhaliff termalu sendiri apabila diusik oleh ayahnya.

…………………………………………………………..

            Aku dan Diana menuju masuk ke dalam Kinokuniya. Apalagi, mestilah borong novel. Dah lama aku tak beli novel. Jadi, hari cuti begini haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Aku dan Diana menuju ke rak buku yang terdapat koleksi novel baru di bahagian belakang sekali.

            Mataku rambang sekali apabila melihat koleksi novel yang baru dipasarkan. Memang tak tahu mana satu nak pilih. Aku dan Diana sudah seperti berada di dalam dunia sendiri. Apa saja novel yang baru, habis dirembat sampai tangan pun dah naik lenguh mengangkat buku novel yang tebal ni.

            “ Amboi! Anith, nak lepas tekanan ke beli novel banyak macam tu?” usik Diana.

            “ Ha’ah. Ini memang nak lepaskan tekanan. Lagipun aku dah banyak ketinggalan sangat ni novel-novel baru sekarang. Itu yang nak dirembat ni.” Kami berdua ketawa. Diana dengan empat buah buku, aku dengan lima buah buku. Boleh tahan juga la keluar ‘ongkosnya’. Tapi tak kisah la asalkan hati aku puas.

            Kami berdua menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran hasil novel yang kami borong. Jangan lupa kad ahli! Ada jugalah kurang sikit.

………………………………………………

            Qhaliff melangkah masuk ke dalam Suria KLCC lalu menuju ke Dome Restaurant untuk menemui Faez. Sebenarnya, Qhaliff liat untuk keluar terutama hari-hari minggu begini. Memang Qhaliff jarang sekali keluar. Baginya lebih baik jika menghabiskan masanya di rumah sahaja.

            “ Ish! Si Faez ni suka betul main paksa-paksa. Malas betul aku nak keluar hari ni. Lebih baik layan game PS2 aku kat rumah. Boleh juga hilang stress aku. Anith pun dah lama tak call aku. Aik! Qhaliff, macamlah kau dengan si Anith tu bercinta? Perasan!”

            Qhaliff mencari kelibat Faez usai masuk ke dalam Dome. Namun, batang hidung Faez tidak satu pun kelihatan. Ini yang membuatkan Qhaliff menjadi marah. Huh! Ini lah janji melayu. “Kata jam 11.00! Tapi dia pulak yang datang lambat.” Omel Qhaliff sendirian. Qhaliff mengorak langkah sendiri mencari tempat duduk sementara menunggu kedatangan Faez.

            Jam di tangan dikerling sepintas lalu oleh Qhaliff. Sementara menunggu kedatangan Faez, Qhaliff mengeluarkan i-Phonenya.

            Tangan kami berdua sudah naik lenguh kerana buku novel yang baru kami beli sebentar tadi. Perut aku dah mula berkonsert rock. Maknanya apalagi kalau bukan lapar. Aku dan Diana beriya-iya masuk ke dalam lif. Malas nak guna escalator. Sekali-sekalau menggunakan kemudahan yang ada di KLCC ni.

            “ Dee, kita makan kat luar je la.” Ucapku perlahan pada Diana di sebelahku.

            “ Ok..aku takde hal punya.”

            Faham-faham je la. Makanan kat KLCC ni agak mahal bagi kami. Lagipun aku dah berhabis duit membeli novel tadi.

……………………………………………………..

            Faez tergopoh-gopoh masuk ke dalam Suria KLCC kerana Faez tak lama lagi pasti dia akan mendengar omelan dari Qhaliff. Qhaliff tu memang pantang orang yang tak menepati janji. Tapi Faez bukan sengaja pun nak datang lambat. Kalau tak disebabkan berlaku kemalangan tadi, memang tak datang lambat la. Tapi, benda nak jadi, macamana?

            “ BUKKK!!!” Tanpa Faez sengaja, seorang lelaki mengadu kesakitan apabila terlanggar bahunya. Faez pantas menoleh.

            “ Maaf, brother! Saya tak sengaja. Minta maaf.” Ucap Faez. Lelaki itu memandang Faez dengan pandangan sinis.

            Lelaki itu tidak berkata apa-apa lalu beredar dari situ. Faez hairan. Aik! Sombong giler mamat tu. Dah kira bagus aku minta maaf. Pergi raaaa…..

            Faez melangkah masuk ke dalam Dome Restaurant. Faez sudah nampak kelibat Qhaliff di meja makan hujung sekali. Kenalah aku bersedia menghadap ‘Pak Polisi’ aka Qhaliff.

            “ Assalamualaikum! Boleh berkenalan?” usik Faez dari belakang Qhaliff.

            “ Ni hah! Kalau nak berkenalan sangat. Waalaikumsalam.” Qhaliff menunjukkan buku limanya kepada Faez yang cuba berseloroh. Faez tergelak lalu mengambil tempat duduk menghadap Qhaliff dengan ketawa yang masih berbaki.

            “ Aku tak buat lawak pun!”

            “ Suka hati aku la nak ketawa. Anyway, sorry sebab tadi ada orang kemalangan. Aku tolong apa yang patut la.”

            “ Hemmm…” jawab Qhaliff acuh tak acuh. Muncul seorang pelayan bersama buku menu di tangan.

…………………………………………………

            Adam merengus di dalam hatinya. Sakit juga bahunya sebenar tadi. Sebenarnya Adam pun salah juga. Kalau tak kerana memikirkan masalahnya dengan Anith, pasti Adam akan lebih berhati-hati semasa berjalan.

            Taman yang dikelilingi air pancut membuatkan Adam berasa sedikit tenang. “Anith, saya masih cintakan awak. Saya tak pernah lupakan awak.” Bisik hati Adam sambil melihat pemandangan air pancut di hadapannya.

            Adam masih dihantui rasa bersalah kerana kebodohannya sewaktu dulu.

            “ Awak, saya minta maaf. Saya menyesal sangat sebab sudah memutuskan tali pertunangan kita. Anith, saya rindu awak yang dulu. Saya harap saya dapat menebus masa yang lalu untuk awak, Anith.” Adam meraup wajahnya.

            Aku dan Diana berjalan keluar dari Suria KLCC. Hemmm…dapat juga menghirup udara kat luar ni. Barulah boleh menarik nafas lega.

            “ Anith! Boleh tak ambil gambar aku depan Suria KLCC ni…” Diana tersengih.

            “ Amboi!” Diana membuat pelbagai pose tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Aku pulak yang naik segan.

            “ Ok, Anith! One more. Aku nak betul-betul menara KLCC tu ada kat belakang aku.”

            “ Minah ni, bukan main syok lagi kau bergambar bak model kat tengah panas ni. Aku yang susah tau nak cari posisi yang betul nak ambil gambar kau tu.”

            Aku berundur sedikit demi sedikit untuk mencari sudut gambar yang tepat buat Diana. Kawan aku ni memang suka betul dera aku. Sakit pula pinggang aku ni terbongkok-bongkok nak mengambil gambarnya.

            “ Dee! Ke tengah sikit! Aku dah dapat angle yang cantik punya. Ok! Kau stay kat sana. Jangan bergerak!” arahku dah gaya macam professional pulak. Kakiku undur sedikit lagi ke belakang dan…

            “ Ahhh!” jeritku kerana sudah hilang imbangan.

            “ Anith!!!” jerit Diana.

            Matilah aku kalau jatuh kat tangga ni. Mesti sakit punya. Mataku pejam rapat-rapat. Aku hanya berserah pada Yang Kuasa. Aku menutup mukaku kerana takut apa yang bakal menimpaku.

            “ Ehmm..excuse me? Awak tak apa-apa ke?”

            “ Hemm? Suara siapa tu? Kenapa aku rasa suara tu macam dekat je? Dan kenapa aku tak rasa sakit bila jatuh tapi rasa macam disambut oleh seseorang…” soalku dalam hati.

            “ Cik! Are you okay?” soal suara itu sekali lagi kepadaku. Kali ini suara itu benar-benar  jelas ke telingaku. Aku perlahan-lahan membuka mataku.

            “ What? Adam?”

            “ Anith!”

            Masing-masing terkejut kerana tidak menyangka akan bertembung dengan cara begini. Anith pantas melepaskan dirinya dari Adam. Sungguh Anith masih lagi terkejut kerana rupa-rupanya Adam baru sahaja menyelamatkannya dari terjatuh ke bawah. Kenapa Adam yang muncul?

            Adam juga terkejut sebenarnya kerana tidak menyangka Anith, perempuan yang baru sahaja diselamatkannya. Sudah lama Adam tidak berjumpa dengan Anith dan hari ini adalah peluangnya telah tiba.

            “ Terima kasih.” Ucap Anith lalu beredar menuju ke arah Diana. Namun, Adam sempat menahan Anith.

            “ Anith, I’m sorry. Saya tak bermaksud nak buat macam tu kat awak. Saya cuma nak selamatkan awak saja.”

            “ Ya! Aku tahu sebab tu aku cakap terima kasih. Aku nak balik!” tegas Anith. Diana cuba mendapatkan Anith.

            “ Anith, tunggu dulu. Boleh tak kita berbincang? Saya ada benda nak cakap dengan awak. Please!” rayu Adam. Kali ini Adam akan bertegas demi membina semula hubungannya bersama Anith. Sudah dua kali, Anith menolak dengan alasan sudah mempunyai teman lelaki. Tapi, Adam tahu. Anith sebenarnya masih belum mempunyai teman lelaki lagi. Alasan itu cuma direka untuk mengelakkan daripada menemuinya.

            “ No! Aku tak nak. Antara kita berdua sudah tamat. Aku harap kau faham. Aku takde masa nak berbincang dengan kau.”

            “ Aku rasa kau tak payah ganggu lagi Anith.” Ujar Diana.

…………………………………………………

            Usai makan tengah hari, Qhaliff dan Faez beredar lalu menuju keluar dari Suria KLCC. Faez sempat lagi menghadiahkan senyuman kepada pelanggan perempuan yang berada di sebelah meja mereka tadi. Bukannya Faez tidak perasan, pelanggan perempuan itu asyik menjeling-jeling manja ke arah Faez. Mungkin juga di sebabkan Qhaliff berada di situ.

            “ Panas juga hari ni?”

            “ Tu la kau! Aku sebenarnya malas nak keluar hari ni. Tapi, kau ni kan memang tak reti makan saman, nak juga keluar.” Omel Qhaliff. Faez hanya tergelak.

            “ Kau ni tak sporting la. Sepatutnya kau gunakan la hujung minggu kau ni untuk keluar bersiar-siar. Mana tahu, kut-kut time jalan-jalan tu terjumpa girlfriend?”

            “ Banyak la kau punya jalan-jalan? Lepas ni, aku nak balik! Aku main game kat rumah lagi best.”

            Qhaliff dan Faez berjalan beriringan turun dari tangga. Tiba-tiba, mata Qhaliff menangkap sesuatu.

            “ Adam! Stop it. Lepas! Dee!” Adam masih bertegas memegang tangan Anith. Mungkin dengan cara ini Anith akan mengikutnya.

            “ Hei! Adam! Kau jangan buat macam tu pada Anith! Kalau tak, aku jerit!” gertak Diana.

            Anith masih bergelut dengan Adam yang masih kuat memegang tangannya. Anith benar-benar berharap kali ini ada seseorang akan menolongnya. “ Qhaliff!!!” tanpa sengaja Anith memanggil nama Qhaliff.

            “ Qhaliff! Kau nak ke mana tu?” Laung Faez pada Qhaliff yang sudah jauh berlari meninggalkannya. Apa hal pulak tu? Shooting drama ke? Ujar Faez.

            “ BUKKK! Kau lagi? Kenapa kau ganggu Anith lagi, hah? Kau dah lupa ke aku ni siapa?”

            “ Kau jangan masuk campur la! Aku tahu kamu berdua cuma berlakon saja. Tak payah la nak menyibuk hal aku dengan Anith. BUKK!” kali ini giliran Adam menghadiahkan satu tumbukan tepat ke muka Qhaliff.

            Anith seakan-akan tidak percaya dengan kemunculan Qhaliff di sini. Namun, hatinya benar-benar lega kerana dapat lepas dari Adam. Anith perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan pergaduhan mereka berdua. Jika berlarutan, pasti di antara mereka ada yang cedera.

            “ Berhenti!” jerit Anith pada Qhaliff dan Adam. Namun, jeritan itu hanya sia-sia sahaja.

            “ Aku kata berhenti!!!” kali ini lebih panjang jeritan tegas dari Anith.

            Mereka berdua terkejut mendengar suara tegas dari Anith. Masing-masing menoleh ke arah Anith dengan riak terkejut.

            “ Adam, untuk yang terakhirnya aku harap kau faham. Kita berdua dah takde apa-apa lagi hubungan. Kau pergilah cari perempuan yang lebih baik dari aku. Banyak lagi perempuan kat luar sana yang sedang menanti.”

            “ Kenapa Anith? Saya masih cintakan awak, Anith. Kita mula semula hubungan kita macam dulu.”

            “ Adam, past is past. It won’t happen again sebab…” Anith memandang Qhaliff sekilas.

            “ Sebab apa Anith?” soal Adam.

            “ Qhaliff.” Qhaliff terkejut!. Kenapa namanya disebut oleh Anith? Diana dan Faez yang turut berada di situ juga terkejut sama. Adam turut memberi riak yang sama. Semua masih tertanya-tanya dengan jawapan daripada Anith.

            Aku rasa kali ini aku akan buat keputusan yang muktamad. Inilah jalan penyelesaiannya supaya Adam tidak terus menganggu kehidupanku lagi. “Ya, Allah, hamba rasa inilah jalan terbaik untuk hamba.” Doa Anith dalam hati.

            “ Baiklah. Aku dah buat keputusan. Qhaliff, saya setuju dengan lamaran awak! Dan untuk pengetahuan awak, Adam, kami berdua akan melangsungkan perkahwinan kami pada bulan depan!” Kesemua yang berada di situ sudah ternganga mendengar setiap kata yang diluahkan oleh Anith. Terutama sekali Qhaliff. Betul ke Anith dah setuju? Adakah aku sedang bermimpi? Diana dan Faez saling berpandangan dengan mulut yang terlopong.

            Anith masih ingat lagi kesungguhan Qhaliff untuk memujuknya. Walaupun Anith berpura-pura menjual mahal namun sebenarnya hati Anith sudah menerimanya. Jika diimbas kembali, Qhaliff sanggup menghadiahkan Anith seekor anak kucing gara-gara mengikut video klip kumpulan Infinite. Hakikatnya, Anith seorang yang fobia kepada kucing sehinggakan Anith menangis apabila mengetahui isi kandungannya. Pujukan pertama Qhaliff berakhir dengan kegagalan namun Qhaliff tidak berputus asa.

Keeseokkannya, Qhaliff membuat kejutan dengan bermain gitar di depan semua murid Anith sambil mendendangkan lagu kumpulan Infinite yang bertajuk Man In Love. Hati Anith benar-benar tersentuh mendengar suara dari Qhaliff ketika itu. Namun, Anith cuba menyembunyikan reaksinya daripada Qhaliff. Antara bait-bait indah dari lirik lagu Man In Love yang diingati Anith ialah When a man’s in love, he wants to stay by your side, There’s always so much he wants to do for you, When I’m in love, I want to give everything in my life to you, With just one expectation, your heart, When I’m in love.

P/S : Bersambung....tunggu next entry...harap semua pembaca terhibur dengan bab kali ini yang lebih panjang..hihihi..sambil tu kalau nak tahu Kumpunlan Infinite tu..singgah la sini..https://www.youtube.com/watch?v=2C-dsCaFJzE


 (: sure cair kalau someone buat macam kat dalam mv tu...hihihihi :)

You Might Also Like

6 comments

  1. helo cutie sis, parents Anith takda ka? just wondering `bout dat.

    ReplyDelete
  2. helo....parents Anith belum masuk cerita lagi..hihihi...tak lama lagi..akan muncul watak parents Anith..hihihi

    ReplyDelete
  3. Kakak . Bab 20 belum update lagi eh ? Btw kenapa kat kedai tak da pun novel dating kontrak nie ? Nak baca lagi . Tak sabar nak tahu penghujungcerita nie :(

    ReplyDelete
  4. hihihihi....oh...belum pun diterbitkan..lg...masih dlm proses Yaya..tak lama lg saya akn update bab 20...tima kasih sudi baca :)

    ReplyDelete
  5. Yeayyy . Terima kasih jugak kakak sudi update dan kasi baca free :D

    ReplyDelete
  6. Takde hal la Yaya...hihihi...ur welcome...skrg saya tgh berusaha untuk siapkan manuskrip DK ni cepat2...hihihi...saya akn update untuk next bab nanti...maybe sampai bab 25 kut? tak tahu lagi...

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images