Novel DATING KONTRAK! 11
13:22
OLEH : KIR@ LEE
BAB 11
JAM lonceng di sebelah katil
menyedarkan aku dari tidur. Aku segera bangun untuk menunaikan solat Subuh.
Nasib baiklah hari ini aku tak kerja. Bolehlah sambung tidur lepas ni. Usai
mengambil wudhuk, aku segera menunaikan solat. Yelah…tak baik kita melengahkan
solat.
Suasana yang dingin membuatkan aku
rasa tenang sekali. Bestnya kalau waktu-waktu begini sambung tidur balik. Aku
segera naik ke atas katilku setelah siap bersolat untuk menyambung semula
tidurku.
Mataku terpisat-pisat untuk bangun
apabila merasakan ada sesuatu yang menggoncang bahuku dengan kuat.
Ahhh…..malasnya aku nak bangun. Aku paling tak suka bila tidurku diganggu
lebih-lebih lagi bila dah kena goncang-goncang bagai ni.
Sekali lagi bahu ku digoncang kasar.
Aku mengalihkan badanku ke kanan untuk melihat gerangan yang mengejutkan aku
dari tidur. Aku membuka mataku segera. “ Woooo!!! Qhaliff???” Aku terus bangun
dari pembaringanku. Buat apa dia kat sini? Dalam bilik aku pulak tu? Dah giler
ke? Kang kena tangkap basah free-free,
aku tak nak! Aku menggosok mataku berkali-kali tidak percaya apa yang ku lihat
di depan ku sekarang ini.
Qhaliff tersenyum padaku. Semakin
lama semakin hampir wajah Qhaliff ke wajah ku. Aku bergerak perlahan-lahan
untuk berkalih ke kiri. Riak wajah Qhaliff masih sama seperti tadi. Aku mula
naik cemas memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya dan…
“ GEDUBUKKKK!!!!” Aduiiii….sakitnya
punggung aku. Aku terus tersedar serta merta. Aku melihat sekeliling. Mataku
pantas mencari-cari kelibat Qhaliff.
“ Eh…mana pulak dia pergi? La…aku
mimpi rupanya. Alahaiii….Qhaliff. Apa fasal pulak kau boleh masuk dalam mimpi
aku ni? Ishhh…menyibuk betul. Aku baru je nak dating dengan Lee Min Ho dalam mimpi tadi. Tup…tup…kau pulak yang
datang tersengih-sengih. Ahhh….rosak mimpi aku pagi ni!” omelku pagi-pagi.
Aku menggosok punggung ku
berkali-kali. Sakitnya masih terasa sehingga kini. Perlahan-lahan aku melabuhkan punggungku ku
di atas katil. Ni lah padahnya kalau tidur selepas solat.
..........................................................................
Mataku
masih kelihatan sembap akibat menangis semalaman. Nasib baik hari ni aku tak
kerja. Kalau tak, mesti heboh satu tadika sebabnya mata aku dah jadi macam
beruang Panda. Huh!! Ini semua fasal si Adam la, Qhaliff la! Lagi satu fasal
perempuan entah dari planet mana tiba-tiba meroyan kat aku kelmarin.
Fuhh!!!! Bukan main
cantik lagi minah tu simbah aku dengan air! Aku pun bangang juga masa tu! Asal
aku tak balas balik perbuatan minah tu? Macamana aku tak dapat balas, sebabnya
si Qhaliff tu la suka sangat terlanjur cakap.
“ She is my future
wife!!!” Kata-kata Qhaliff masih terngiang-ngiang lagi kat kepala otak aku ni.
Ini semua memang poyo! Kenapa la si Qhaliff tu boleh cakap macam tu pulak?
Dahlah kat hotel! Lepas tu banyak pulak orang masa tu! Huhhh! Hebat betul drama
aku semalam. Ini kalau dibuatnya drama sebabak betul-betul, confirm
terhangat di pasaran. Ishhh…buat sakit hati je bila teringat hal tu!
Aku menapak kaki keluar
dari bilik lalu menuruni tangga perlahan-lahan ke bawah.
“ Morning,
Anith? Arghhhh!!! Kenapa dengan mata kau weh?” jerit Diana dari dapur sebelum
kakiku melangkah masuk ke dalam. Alahai…drama queen betul kawan aku
sorang ni! Over the pagar betul la minah ni! Dengan langkah yang lemah,
aku melabuhkan duduk ke kerusi lalu menghadap wajah Diana.
“ Hemmm…morning.”
Jawabku lemah dan tidak bermaya. Aiik! Macam jawapan iklan pulak. Kulit anda
kering dan tidak bermaya? Gunalah produk kami! Sempat lagi fikiran aku
menerawang kat tempat lain.
“
Kenapa kau ni Anith? Muka monyok semacam je? Macam orang putus cinta je aku
tengok? Hah! Aku lupa nak tanya macamana kisah kau dengan mamat i-Phone tu?
“soal Diana yang sudah gayanya macam mak cik-mak cik wartawan. Gaya soalan si
Diana ni dah macam tajuk cerita novel Kisah Naz dan Khaalish pulak yang ditulis
oleh Hanina Abdullah.
“ Eeee….kau ni banyak
soalan la pulak! Satu-satu boleh tak?” balasku. Tanganku segera mencapai muk
berisi air putih untuk ku minum. Aku masih menahan marahku tentang hal semalam.
Ni kalau aku cerita hal kelmarin kat minah ‘Melodi’ ( Program Hiburan Gossip)
ni, mesti gempak punya!
“
Biasa la..aku ni kan memang jenis tak sabar. So, macamana kelmarin? Everythig is OK or KO?” duga Diana.
Diana sebenarnya meneka sahaja. Yelah..tengok reaksi dari Anith pagi ni, Diana
rasa pasti ada sesuatu yang sudah berlaku.
Aku
bingkas bangun sambil memegang muk lalu mengatur langkah menuju ke ruang tamu.
Diana juga ikut turut membuntuti langkahku di belakang lalu melabuhkan punggung
serentak di sofa.
…………………………………………………
“
Dee…kau tahu tak? Yesterday was my bad
day! More precisely…a WORST DAY!” aku mengeluh lemah.
“
Kenapa pulak? Apa yang berlaku? Macam serius je bunyi?”
“
Aku jumpa Adam! Bekas teman lelaki merangkap tunang aku yang pernah tinggalkan
aku dulu sebab perempuan lain. Then, aku
jumpa new enemy! A crazy woman!”
“
Woo!!! Aku tak tahu pulak kau pernah bertunang? Dan jangan cakap lelaki yang
jumpa aku tu…” aku mengangguk kepalaku mengiyakan kata-kata Diana. Memang
selama ini aku merahsiakan perkara ini dari Diana. Bukan apa. Benda buruk, buat
apa nak cerita. Lainlah kalau aku kahwin dengan anak raja ke…boleh la!
“
Dan siapa pulak new enemy aka crazy woman
ni?” soal Diana yang beria-ia ingin tahu.
“
Aku pun tak kenal. Sebenarnya kisahnya begini. Kelmarin, aku jumpa Qhaliff nak
pulangkan telefon bimbit dia. Then, lepas dah selesai…kitaorang pun blah dari
café tu. Masa aku nak buka pintu kereta, tiba-tiba lengan aku kena sambar dari
belakang. It’s Adam! Aku jumpa Adam kat sana dan kitaorang gaduh besar la!
Tiba-tiba, Qhaliff datang entah dari mana terus kasi hadiah tumbukan kat muka.
Then, kau nak tahu tak apa Qhaliff cakap?” ceritaku panjang lebar kepada Diana.
Diana sudah seperti wartawan yang baru saja mendapat berita sensasi.
“
Apa? Apa? Cepatlah cerita!” balas Diana yang tak sabar.
“
Qhaliff kata aku ni teman wanita dia dan jangan ganggu lagi aku! Apalagi Adam
terus cabut. Masa tu aku tak tahu nak cakap apa lagi tapi aku betul-betul
berterima kasih pada Qhaliff. Aku tahu mesti dia cakap macam tu pun sebab nak
tolong aku.” Aku menyandarkan belakangku ke sofa.
“
Huiii….pada muka si Adam tu! Nasib baik Qhaliff kau datang kan? Ada gaya macam
Lee Min Ho tak macam dalam cerita City
Hunter tu?” sempat pulak Diana mengusik Anith.
“
Qhaliff aku? Please!!! Tu baru part one cerita aku! Ada lagi part two.” Ujarku.
“
Ok! Aku tahu ini mesti kes new enemy aka
crazy woman?” aku dan Diana menyebut serentak gelaran kepada musuh baru
aku. Kami berdua tergelak bersama.
“
Part two. Lepas Qhaliff dah tolong
aku, dia minta aku belanja makan. Aku pun setuju la. Tapi, kau tahu tak si
Qhaliff ni bukan main lagi dia demand. Dia nak aku belanja dia makan kat hotel!
Hotel Golden! Aku dah tak tahu nak buat macamana lagi. So, aku terpaksa la ikut
dia jugak. Sedang elok aku makan berdua dengan si Qhaliff ni, time tu la muncul
watak antogonis dalam kisah aku ni. Siapa lagi kalau bukan crazy woman tu. Minah tu naik berang sebab Qhaliff tak layan dia.
Lepas tu, minah tu apalagi bukan main lagi dia tuang air kat tudung aku. Aku
terkejut sangat masa tu. Aku malu!! Akhirnya aku larikan diri.”
“
Tak guna betul la minah tu! Habis tu apa Qhaliff buat? Asal dia tak halang
minah tu? Kenapa kau tak balas perbuatan minah giler tu?” Diana geram mendengar
cerita Anith. Kesian sekali Anith kerana menghadapi perkara ini seorang diri
kelmarin.
“
Aku memang geram sangat dengan minah tu. Tapi…Qhaliff…Qhaliff..” ayatku
tergantung.
“
Kenapa Qhaliff?”
“
Qhaliff mengaku dekat minah tu yang aku ni future wife dia! Masa tu kalau boleh
aku nak pengsan. Tapi, belum sempat aku nak pengsan minah tu dah tuang air kat
aku. Aku pun terdiam la sebab terkejut sangat dengan pengakuan berani dari
Qhaliff.” Sambungku lagi.
“
Oh…macam tu kisahnya. Kiranya kau tak sempat nak balas sebab masih terkejut
dengan kata-kata dari Qhaliff tu la? Suka la tu…” Diana senyum padaku
“
Ahhh…tak ada maknanya. Dah lah. Aku nak naik atas sambung tidur aku semula. Aku
nak hilangkan semua masalah aku ni dulu.” Aku sempat membaling bantal kecil ke
arah Diana yang suka mengusik aku.
……………………………………………………….
Tan
Sri Ezzudin melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan langkah yang berkarisma.
Tan Sri Ezzudin melabuhkan punggungnya di kerusi. Kerusi dipusingkan ke
belakang untuk menikmati pemandangan kota metropolitan di luar tingkap kaca.
“
TUKKK!!!” pintu bilik pejabat Tan Sri Ezzudin diketuk.
“
Maaf, Tuan. Ada tetamu.” Ucap Salmah, setiausaha kepada Tan Sri Ezzudin. Tan
Sri Ezzudin memusingkan semula kerusinya untuk melihat gerangan tetamunya.
“
Assalamualaikum, Ez!” sapa Dato Kamaruddin.
“
Ermm…waalaikumsalam, Amar!” jawab Tan Sri Ezzudin dengan ramah kepada sahabat
baiknya itu yang juga merangkap kepada ayah kepada Ellysa.
“
Ehmm.. Sal, tolong buatkan kopi untuk kami berdua ya.” Arah Tan Sri Ezzudin
kepada setiausahanya.
Tan
Sri Ezzudin bangun dari kerusinya lalu menjemput Dato Kamaruddin untuk duduk di
kerusi antik yang disediakan di dalam pejabatnya.
“
Sihat? Orang rumah macamana?” soal Dato Kamaruddin memulakan bicara.
“
Alhamdulillah. Semua sihat. Awak?”
“
Sama la jugak semua sihat. Cuma….Ellysa tu?” Tan Sri Ezzudin dapat meneka raut
wajah sahabatnya itu yang berbeza.
“
Kenapa dengan Ellysa?” soal Tan Sri Ezzudin.
“
Takde apa-apa la…” belum sempat Dato Kamaruddin berbicara lagi, muncul Salmah
membawa dulang yang berisi dua cawan kopi untuk dihidangkan. Pintu bilik
pejabat ditutup perlahan setelah Salmah menapak keluar.
“
Oh…ya..tahniah sebab saya dengar tak lama lagi awak nak dapat menantu.” Tan Sri
Ezzudin sedikit tersentak mendengar penyataan yang baru sahaja diluahkan oleh
sahabatnya. Menantu? Bila masa aku nak dapat menantu? Qhaliff? Qhaliff dah
terima Ellysa ke? Tak ada pulak Qhaliff bercerita?
“
Hemm…apa maksud awak ni? Saya tak faham.” Ujar Tan Sri Ezzudin dengan raut
wajah yang masih tertanya-tanya.
“
Ala..tak payah nak rasa segan dengan saya. Saya yang sepatutnya rasa segan
dengan awak. Ellysa dah cerita semuanya.”
“
Mar, segan? Apa maksud awak? Saya betul-betul tak faham? Kenapa pulak awak rasa segan?”
“
Awak betul-betul tak tahu ke? Qhaliff la. Qhaliff dah nak kahwin kan? Ellysa
beritahu saya semalam yang Qhaliff sudah ada pilihan hati dan Qhaliff tak lama
lagi nak berkahwin. Ellysa apa lagi. Mengamuk la juga bila dapat tahu yang
Qhaliff nak kahwin. Tapi, saya faham. Kalau Qhaliff dah kata macam tu, saya
terima dengan hati yang terbuka. Lagipun, cerita tentang Qhaliff nak kahwin ni
pun dah tersebar. Hampir seluruh staf hotel ni dah tahu tentang Qhaliff nak
berkahwin.”
Alangkah
terkejutnya Tan Sri Ezzudin mendengar cerita yang baru disampaikan oleh Dato
Kamaruddin. Sebetulnya Tan Sri Ezzudin benar-benar tidak tahu cerita ini.
Betulkah Qhaliff nak berkahwin? Kenapa Tan Sri Ezzudin langsung tidak tahu
mengenai hal ini? Siapa perempuan yang dipilih Qhaliff? Orangnya macamana? Dah
lama ke mereka bercinta?
“
Ez…Ez…kenapa ni? Awak tak apa-apa ke?” risau pulak Dato Kamaruddin melihat raut
wajah Tan Sri Ezzudin yang berubah menjadi pucat.
“
Ermmm…saya okey. Amar, Ellysa ke yang cerita? Habis Ellysa dapat terima?”
“
Perempuan…biasa la kan. Susah sikit nak terima. Takpe la. Nanti saya akan cuba
pujuk Ellysa. Tapi, sekarang ni Ellysa dah ke Paris sebab urusan kerja. Mungkin
Ellysa ambil masa yang lama sikit di Paris sebab nak menenangkan diri,
katanya.”
“
Ohh…kalau macam tu, takpe la. Nanti saya akan tanyakan hal ni pada Qhaliff.
Lagipun dah lama jugak saya tak berhubung dengan Qhaliff.” Tan Sri Ezzudin
tersenyum kelat. Mereka berdua menikmati minuman kopi yang sedia terhidang di
atas meja.
Qhaliff….Qhaliff…kamu
ni suka buat ayah terkejut? Nasib baik ayah takde lemah jantung. Sudah ada
teman wanita rupanya. Mesti mereka ni
bercinta secara rahsia. Patutlah tak nak dipasangkan dengan si Ellysa tu.
Harap-harap, pilihan Qhaliff ni benar-benar sesuai dengan dirinya. Hemm..siapa
la agaknya yang dah berjaya membuka hati anaknya yang dingin macam kutub utara
ni? Tak sabar Tan Sri Ezzudin ingin bertemu dengan pilihan hati Qhaliff dan tak
sabar juga nak beritahu berita gembira ini pada isterinya.
Qhaliff dan Anith, dua-dua tengah muncung memangjang sebab Ellysa atau sebab....jeng..jeng..jeng...tak boleh beritahu dulu..
p/s : Nantikan bab yang seterusnya...selamat membaca :)
2 comments
Kalau akak request bab baru,kejam sangat tak? Hehehe
ReplyDeletehihihi....dalam minggu ni juga bab baru akan di update...sabar ye :) mungkin malam ni? hihihi
ReplyDelete