Novel DATING KONTRAK! 8
15:06
OLEH: KIR@ LEE
BAB 8
AKU
seakan-akan terpana ketika ini. Kenapa? Biar betul apa yang aku pandang
sekarang ni? Betul ke dia mamat yang rambut ‘Maggie’ tu? Apasal hari ni mamat
ni nampak hansem wei? Bukan biasa lagi hansem dia, ini tahap hansem giler
wooo!!! Mulutku sudah membentuk huruf ‘O’ tanpa ku sedar kerana masih terpegun
melihat ciptaan Allah di depan mata ku sekarang.
Kulitnya putih berseri. Bibirnya
kemerah-merahan tanda tidak merokok. Badannya sasa dan dada yang bidang.
Orangnya tinggi. Dan yang membuatkan aku dah jadi macam patung cendana berdiri
kat depan dia ni sebab gaya rambut dia dah tukar la wei!!! Rambut dia dah tak
macam ‘Maggie’ lagi. OMG!!! Kepala aku sekali lagi terbayang lagu Paradise,
soundtrack drama popular Korea Boys Over Flower pulak.
“ Hello! Berapa lama lagi kau nak
duk tercegat kat depan aku ni? Kenapa? Terkejut sebab aku ni hansem sangat ke
sampai kau dah tak boleh bercakap?” tutur sinis Qhaliff dengan selambanya.
Qhaliff mengukir senyum. Sengaja Qhaliff bernampilan lain dari yang lain. Sudah
tiba masanya untuk mengubah gaya rambut yang baru.
Aku tersedar dari lamunanku.
Eee….bajet perasan tahap gunung dah mamat ni! Aku tahu la dia ni hansem. Tapi,
nak mengaku terang-terang tu, agak-agak la. Toleh kiri toleh kanan la dulu.
Tapi, serius. Memang mamat ni bertambah hansem bila dah tukar gaya rambut yang
baru ni. Patutlah, banyak mata yang memandang kat tempat kami berdua sekarang
ni.
“ Hello!!! Aku nak duduk la ni!”
balasku bersahaja kepadanya. Aku menarik nafas terlebih dahulu. Yelah…dah lama
aku tak berlari macam ni. Kalau ada pun, waktu zaman sekolah dulu. Tu pun lari
ganti-ganti je sebab tak cukup stamina nak habiskan satu pusingan. Selendang di
kepalaku kemaskan tanpa menghiraukan pandangannya.
“ Good girl! Tepat jam 1.00 petang.”
Ujar Qhaliff sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah jam tangannya. Aku
tersenyum sinis. Padan muka! Mesti mamat ni fikir aku akan datang lambat. But sorry to say, I made it to come here.
Bisik hati kecilku.
“ Mestilah! Kalau tak telefon
kesayangan aku pulak nanti yang jadi mangsa.”
“ Ok la. Aku pun tak nak berbahas
lama-lama dengan kau. Aku ada banyak kerja lagi. So, mana telefon bimbit aku
tu?” soal Qhaliff terus.
“ Aku pun tak nak lama-lama jugak
kat sini lebih-lebih dengan kau.” Balasku lagi. Aku tidak mahu mengalah
padanya. Aku segera membuka zip beg tanganku untuk mengambil telefon bimbit
mamat ni. Qhaliff hanya memerhatikan sahaja tingkah laku minah bertudung di
depannya ini.
……………………………………..............
Minah ni memang berani sangat
berdepan dengan aku. Cantik pula minah ni hari ni. Pakai baju kurung moden
cotton bercorak polka dot berwarna turquoise lembut. Kalau tengok dari luar
memang nampak manis tapi bila dah buka mulut depan aku, wooo….boleh tahan kasar
jugak! Puji Qhaliff di dalam hati.
Anith tidak sedar dirinya diperhatikan oleh Qhaliff senyap-senyap.
“ Ahah!!! Ini dia telefon kesayangan
kau. Aku dah baiki pun. Sekarang, bak balik telefon aku pulak!” ujarku padanya.
Aku segera menghulurkan i-Phone kepada pemiliknya. Barulah rasa lega bila dah
bagi kepada tuannya. Tanpa paksaan, aku mengukir senyuman manis kepadanya.
Qhaliff kaku tiba-tiba. Dah gaya
macam dipanah cinta Sang Cupid pulak! Giler…manisnya senyuman dia. Boleh cair
aku sekejap. Tapi sekejap je. Qhaliff kembali semula kea lam realiti. Tidak
mahu hanyut hanya kerana minah bertudung itu menghadiahkan satu senyuman
kepadanya. Qhaliff mengambil segera i-Phone miliknya lalu di sentuh lembut
skrin i-phonenya. Qhaliff berpuas hati. Minah ni memang seorang yang menepati
janji.
Kini giliran, Qhaliff pulak
menyerahkan telefon bimbit kesayangan minah itu. “ Nah, ambik balik telefon
bimbit kalkulator kau ni!” ucap Qhaliff atau sebenarnya lebih kepada mengejek.
Anith sudah membuat muka masam.
“ Ewah-ewah, bukan main semanis
kurma lagi kau kutuk telefon kesayangan aku ni! Suka hati aku la nak ada
telefon yang besar macam kalkulator! Bukan macam telefon bimbit kau tu! Macam duster papan putih kat tadika aku!”
balas Anith dengan nada geram.
“ What??? Kau kutuk i-Phone aku
macam duster? Eleh….banyak cantik mulut? Cium kang?” Qhaliff sengaja menggugut.
Ala….ugut-ugut nakal je. Bukannya betul pun. Saja je nak takutkan minah ni.
Mana taknya, tak mahu mengalah langsung. Anith terdiam. Anith mengepal buku limanya
dengan kuat.
Ishhh!!!! Mamat ni, nak saja aku
liku-liku kepala dia tu! Suka sangat cakap tak ambil peduli perasaan orang. Dia
ingat aku ni perempuan apa hah? Ni kalau aku ni kurang penyabar orangnya, tentu
aku dah bagi dia hadiah flying hand
kat dia. Bukannya flying kiss!
Uwekkkk….tak ingin aku!
Qhaliff tersenyum bangga. Tu dia
kuasa seorang lelaki. Ugut je benda macam tu, terus diam. Baru dia tau!!!
“ Ok la. Aku dah dapat apa yang aku
nak dan kau pun dah dapat apa yang kau nak! So, benda kita berdua ni dah habis
sampai di sini saja. Lepas ni, aku harap sangat kita berdua takkan berjumpa
lagi! Kalau pun terjumpa, anggap saja tak kenal! Tapi, aku memang tak nak kenal
pun dengan kau! Ehmm..by the way, terima kasih sebab dah baiki i-Phone aku.”
ucap sinis Qhaliff pada Anith.
“ Baguslah tu. Aku pun berdoa supaya
aku tak jumpa kau lagi lepas ni. Aku gerak dulu la. Assalamualaikum.” Anith
bingkas bangun untuk beredar dari situ. Makin lama berada di situ, makin sakit
hati pula dibuatnya.
………………………………………………………….
Tanpa mereka berdua sedar, ada mata
yang memerhati dengan rasa cemburu yang membuak. Anith segera keluar dari Full
House Café tanpa berlengah lagi. Remote kereta segera dikeluarkan dari tas
tangan.
Begitu juga dengan Qhaliff yang
tidak betah untuk berada di dalam Full House Café. Langkah Qhaliff turut
diekori oleh seseorang tanpa disedarinya. Qhaliff bergerak menuju ke keretanya.
Alaaa…tak sangka keciknya dunia ni?
Barulah aku tahu sekarang. Keluh Anith kerana baru sahaja mereka berdua berbincang
bahawa tidak akan berjumpa. Tup…tup…jumpa la pulak mamat bajet hansem ni. Tak
jauh pun. Macamana la kereta aku boleh parking kat sebelah kereta dia???
Bencinya….
Qhaliff juga agak terkejut
sebenarnya. Dalam banyak-banyak tempat letak kereta, kat sebelah minah ni juga
kereta aku tersadai. Keluh Qhaliff pulak. Anith sempat menjelir lidah kepada
Qhaliff. Qhaliff geleng-geleng kepala. Ni mesti minah ni tengah kutuk aku.
Nampak sangat muka minah tu tengah bengang! Qhaliff ketawa kecil melihat reaksi
yang kebudak-budakan dari Anith.
Anith segera mendekati keretanya. Belum
sempat Anith membuka pintu keretanya, tiba-tiba pergerakannya terhenti kerana
lengannya direntap kasar oleh seseorang.
Anith pantas menoleh untuk melihat
gerangan yang bersikap kurang ajar terhadapnya. Nak saja buka langkah silat kat
sini.
“ Adam!!!” luah Anith dengan riak
yang terkejut.
“ Anith, dah lama saya cari awak.
Saya rindu awak, Anith Ezara.” Ucap Adam separuh merayu kepada Anith. Tangannya
masih lagi kejap memegang lengan Anith.
“ Lepaslah!!! Aku dah tak nak jumpa
kau lagi. Faham!!!” bentakku padanya. Adam segera melepaskan pautan tangannya
di lenganku. Aku memandang Adam dengan pandangan yang tajam. Kenapa lelaki ini
boleh muncul semula di dalam hidup aku? Benci!!!!!
Qhaliff yang agak terkejut melihat
adegan di depannya ini. Hendak masuk campur, takut dikatakan penyibuk pulak.
Sudahnya, Qhaliff masuk ke dalam kereta. Qhaliff menghidupkan enjin keretanya
lalu memandu keluar dari kawasan tempat letak kereta.
“ Anith, please. Mari kita bincang
di dalam.” Rayu Adam.
“ Nak bincang apa? Aku dah tak ada
benda nak cakap dengan kau. Baik kau pergi sekarang juga, Adam!!!” aku pantas
berpusing ke belakang untuk membuka pintu keretaku sekali lagi.
Namun, sekali lagi lenganku direntap
kasar oleh Adam dan membuatkan badanku terpusing menghadapnya. Adam dengan
sesuka hatinya menarik tanganku ke genggaman tangannya lalu memaksa aku mengikut langkahnya menuju ke Full House Café. Aku sedaya upaya menahan diri.
Puas sudah ku cuba untuk melepaskan genggaman tangannya tetapi apa dayaku. Aku
hanya berserah kepada Allah agar ada seseorang akan dapat membantu aku ketika
ini.
……………………………………………………..
“ BUKKKK!!!!” sebuah tumbukan ke
muka dihadiahkan buat Adam. Aku menarik sekuat hati tanganku dari genggamannya.
Aku pantas mencari gerangan yang telah menyelamatkan aku dari Adam. Aku
terkejut!!! Dia??? Apa dia buat kat sini? Bukan tadi kereta dia dah keluar ke?
Kenapa mesti dia yang menolong aku? Bukankah kami berdua sudah berbincang tadi
untuk tidak berjumpa lagi? Ahhh…sungguh banyak persoalan yang berlegar di
kepalaku kini. Apapun, aku berasa bersyukur sangat kerana dengan kehadirannya,
aku dapat lepas dari Adam.
“ Kau apahal hah? Kau jangan nak
menyibuk hal peribadi kami berdua!!!” gertak Adam kepada Qhaliff. Sedikit pun
Qhaliff tidak gentar dengan ugutan yang dilemparkan kepadanya. Semakin sakit
hati pulak dibuatnya.
“ Sepatutnya kau yang jangan
menyibuk! Dah orang tak nak kau, buat apa lagi kau merayu? Kau ni tak tahu malu
ke?” balas Qhaliff. Adam yang sudah terundur ke belakang sedikit semasa
menerima tumbukan Qhaliff mula bergerak ke depan untuk mendekati Qhaliff.
“ Kau ni siapa hah? Baik kau
berambus dari sini! Ini hal aku dengan Anith! Orang luar tak layak nak masuk
campur!!” sekali lagi Adam menggertak Qhaliff. Hemm…Anith rupanya nama minah
ni.
“ Sudahlah Adam! Antara kita dah tak
ada apa-apa lagi. Lupakan saja semuanya. Aku harap kau faham! Tolong jangan
ganggu aku lagi selepas ni!” Ujar Anith tinggi kepada Adam. Harapan Anith
supaya Adam mengerti sangat permintaannya sebentar tadi.
“ Tidak Anith!!! Awak jangan buat
saya macam ni! Saya masih cintakan awak, Anith!” luah Adam dan sekali lagi Adam
cuba meraih tangan Anith. Anith yang sudah nampak reaksi tangan Adam segera
beralih ke belakang Qhaliff. Qhaliff agak terpana seketika dengan perbuatan
Anith. Sepertinya Anith betul-betul memerlukan perlindungan darinya.
“ Sekarang kau dah dengarkan!!! Buat
pengetahuan kau, Anith ni teman wanita aku! Jadi, kau jangan berangan nak dia
balik pada kau! Sekarang baik kau blah dari sini sebelum aku tumbuk muka kau
lagi!” ugut Qhaliff pada Adam. Anith terlopong mendengar pengakuan yang tidak
munasabah dari Qhaliff. Biar betul dia sebut teman wanita??? Ke aku salah
dengar? Atau aku sedang bermimpi? Tolong la sedarkan aku segera. Adam segera
berlalu dari situ.
Adegan sebabak tadi tanpa mereka
sedari, ada seseorang yang sudah mengambil kesempatan terhadap kejadian itu.
Entah yang akan bakal terjadi kelak? Tiada siapa yang dapat meneka sama ada
perkara baik atau perkara buruk yang akan berlaku.
Sapa nak pujuk Qhaliff ni??? Kenapa muka Qhaliff jadi macam ni? Masalah apa yang akan bakal menanti kelak? Adakah berkaitan dengan Anith?
0 comments