Novel DATING KONTRAK! 12
19:23
OLEH : KIR@ LEE
BAB 12
QHALIFF melangkah masuk
dengan penuh bergaya ke dalam Hotel Golden. Saat kakinya melangkah, semua
pandangan tertumpu kepadanya sambil menghadiahkan senyuman mesra. Namun, tiada
satu pun balasan senyuman buat semua stafnya.
Usai sampai di depan lif, Qhaliff
cepat-cepat menekan punat. “ TINGGG!!!” Qhaliff melangkah masuk ke dalam lif
namun belum sempat pintu lif tertutup, muncul Faez yang terkocoh-kocoh
meloloskan diri ke dalam lif.
“ Good morning!” ceria bunyinya Faez
menyapa Qhaliff.
“ Ehmmm…” itu sahaja yang dibalas
daripada Qhaliff.
“ Ehmmm….saja kau jawab. Tak sporting la kau ni. Aku tahulah kau
tengah bahagia sekarang ni. Takkan malu kut nak share berita gembira dengan
aku.” usik Faez pagi-pagi pada Qhaliff.
“ Apa pulak yang kau mengarut ni,
Faez? Berita gembira apa pulak ni?” Qhaliff menyoal semula Faez dengan nada yang
tidak puas hati. Hairan pulak Qhaliff melihat raut wajah Faez yang sejak dari
tadi tersengih-sengih. Berita gembira apa pulak yang si Faez ni maksudkan?
“ TINGGG!!!” pintu lif terbuka
sekali lagi. Qhaliff dan Faez keluar bersama-sama menuju ke pejabat.
Semua mata tertumpu pada Qhaliff.
Ternyata penampilannya hari ini cukup berbeza berbanding hari lain. Sut
korporat yang dipakainya hari ni menyerlahkan lagi penampilannya disamping gaya
rambutnya yang baru. Ditambah lagi dengan tubuh badan yang yang tinggi dan
sasa, memang suatu anugerah buat Qhaliff. Semua pekerja menyapa Qhaliff dengan
mesra sebelum Qhaliff sampai ke bilik pejabatnya.
“ Eh..kau ni Qhaliff, asal kau tak
cuba senyum pada staf kita tu? Kecik hati dorang tau. Takkan la senyuman tu
satu penyakit? Senyuman itu adalah sedekah. Lebih banyak kita senyum, lebih
tenang hati kita dan dapat awet muda jugak.” Tegur Faez pada Qhaliff. Entah
kenapa susah sangat hendak melihat senyuman mahal dari Qhaliff.
“ Kau perli aku ek?” balas Qhaliff.
“ Good morning, Tuan Qhaliff dan
tahniah saya ucapkan.” Sapa Farah di tepi mejanya sambil menghadiahkan senyuman
kepada Qhaliff dan Faez. Qhaliff menaikkan keningnya tanda kehairanan. Qhaliff
hanya mengangguk sahaja lalu membuka pintu perlahan-lahan untuk masuk ke dalam
pejabatnya.
Kenapa Farah ucapkan tahniah kepada
aku pulak? Yang si Faez ni pulak dari tadi senyum-senyum saja. Mungkin si Faez
ni tahu kut. Beg bimbit di tangan di letakkan di atas meja. Qhaliff melabuhkan
duduknya di kerusi.
“ Faez, aku tak faham la. Kenapa
hari ni ramai yang senyum-senyum, lepas tu si Farah ni pulak tiba-tiba je ucap
tahniah pada aku. Apa hal?”
“ Alaa…kau ni pura-pura pula tak
tahu. Kau malu ekk?” usik Faez sekali lagi. Tapi, melihatkan raut wajah Qhaliff
ketika ini, sepertinya Qhaliff kelihatannya tidak tahu. Duga hati Faez.
“ Pura-pura? Hei…cuba kau cakap
dengan aku. Ada benda yang kau tahukan pasal aku? Apa dia?” bersungguh-sungguh
Qhaliff bertanya kepada Faez.
“ Ok…ok…la. Macam ni, waktu aku
keluar dari kereta tadi, tiba-tiba ada salah seorang staf kita ni bagitahu aku
sesuatu. Dia kata tolong sampaikan ucapan tahniah pada kau. Aku hairan la. Ucap
tahniah apa kat kau? So, aku soal balik kat dia tahniah tentang apa. Dia kata
tahniah sebab kau tak lama lagi nak kahwinkan?” ujar Faez.
“ HAHHH???” Qhaliff benar-benar
terkejut mendengar cerita Faez. Giler punya cerita! Siapa la yang pandai-pandai
reka cerita karut ni? Kalau aku tahu, tak dapat cari makan la kat Malaysia ni.
“ Apa hal kau ni terkejut beruk
macam ni? Inikan berita gembira. Ceritalah kat aku siapa perempuan yang bertuah
tu? Bila korang bercinta? Kau ni pandai jugak yer…diam-diam ada isi.”
“ Apa pulak? Kau ada tanya tak staf
kita tu dari mana dia dapat cerita tu?”
“ Mestilah aku tanya. Sebenarnya,
aku pun kurang pasti juga tentang cerita kau nak kahwin ni. So, dia kata
kelmarin kau dengan bakal isteri kau makan kat restoran hotel kita kan?” soal
Faez untuk kepastian.
Qhaliff meraup wajahnya.
Hemm…barulah Qhaliff faham sekarang. Benarlah telahannya. Kejadian semalam
pasti akan menjadi buah mulut para pekerjanya dan sudah tentu orang luar yang
berada di restoran juga turut menyaksikan kejadian tersebut. Aduiii….masak aku
macam ni. Qhaliff dapat merasakan bahawa ceritanya ini sudah tersebar ke
seluruh hotel. Hanya menanti masa sahaja akan tersebar ke luar.
Macamana pulak dengan Anith? Ini
semua salah aku. Kalau aku tak terlanjur cakap kelmarin, mesti khabar angin ni
takkan berlaku. Huhh!! Ini semua fasal Ellysa! Kalau tak sebab minah giler tu,
semua ni takkan berlaku. Kalau berita ni sampai kat telinga ayah, mama,
macamana? Boleh ke mereka terima?
Ah…sudah!!
……………………………………………..
Sudah lama jugak Puan Sri Hamidah
tidak berkumpul dengan teman-temannya di salah sebuah restoran mewah. Puan Sri
Hamidah menuju ke bilik khas yang digunakan untuk dirinya bersama
teman-temannya untuk berkumpul.
Pintu bilik dikuak lembut oleh Puan
Sri Hamidah. Tanpa berlengah, Puan Sri Hamidah melangkah masuk ke dalam untuk
menyapa teman-temannya itu yang sudahpun duduk.
“ Assalamualaikum.” Sapa Puan Sri
Hamidah kepada semua temannya. Sapaanya itu disambut mesra oleh semua temannya
yang berada di situ.
“ Jemputlah duduk.” Ujar Datin
Kalsom ramah. Puan Sri Hamidah menghadiahkan senyuman buat Datin Kalsom lalu
melabuhkan duduknya di sebelah Datin Kalsom. Nampaknya semua temannya sudah
berada di sini dan bolehlah hari ini mereka meluangkan masa yang banyak untuk
berbual panjang. Kehadiran Datin Kalsom, Datin Sri Mariam, Datin Rokiah serta
Datin Sofea membuatkan Puan Sri Hamidah tidak sabar untuk berkongsi cerita
kepada mereka.
“ Midah, apa khabar? Dah lama kita
tak jumpa jugak yer?” Datin Kalsom memulakan bicaranya kepada Puan Sri Hamidah.
“ Alhamdulillah…sihat.”
“ Midah, tahniah yer sebab tak lama
lagi awak nak dapat menantu. Kami tahu awak dah lama tunggu nak tengok anak
awak tu kahwinkan? Kami pun tak sabar jugak nak tengok anak awak tu kahwin.
Sepadan sangat la anak awak tu dengan bakal menantu awak nanti.” Luah Datin
Rokiah pada Puan Sri Hamidah.
“ Kahwin? Siapa? Qhaliff?” Puan Sri
Hamidah ternyata terkejut mendengarnya. Bila masa pulak anak aku nak kahwin?
Takkan lah Qhaliff dah bersetuju nak kahwin dengan Ellysa? Habis tu yang Ellysa
mengamuk di rumah hari tu, bukan ke sebab Qhaliff tak layan dia. Hati Puan Sri
Hamidah mula dilanda kerisauan.
“ Eh…awak ni, Midah. Takkan anak
sendiri nak kahwin pun tak tahu? Apa-apapun, tahniah kami ucapkan dan jangan
lupa jemput kami tau. Huh! Padan muka dengan anak si Datin Erina tu..tak dapat
nak kahwin dengan anak kau. Geram kami tengok perangai dia tu tau! Memang tak boleh dibuat menantu! Jadi hantu
boleh la!” ujar Datin Sri Mariam pulak. Semua tergelak kecuali Puan Sri Hamidah
yang masih diam tertanya-tanya.
Apa yang mereka cakapkan ni? Pening
dibuatnya. Puan Sri Hamidah perlu mengorek lebih lagi cerita ini daripada
teman-temannya ini. Nampaknya mereka semua ni lebih tahu daripada dirinya.
“ Takde la. Sebenarnya, apa yang si
Ellysa tu dah buat? Qhaliff tak cerita apa-apa pun dengan saya.” Soal Puan Sri
Hamidah.
“ Hemmm…mesti Qhaliff tak nak
kecilkan hati awak. Yelah…kan si Ellysa tu, anak teman karib awak jugak kan.
Macam ni ceritanya. Kelmarin, saya dan Datin Sofea makan tengah hari kat hotel
anak awak tu. Sedang elok kami berdua berbual, tiba-tiba saya ternampak anak
awak, si Qhaliff dengan seorang perempuan bertudung makan berdua di restoran. Kami
tak nak la cepat sangat buat andaian. So, kami anggap mungkin kawan biasa
Qhaliff. Tak lama kemudian, muncul pulak si Ellysa tu dengan perangai yang
entah apa-apa! Dah nampak macam orang hilang laki! Awak tahu si Ellysa tu buat
apa? Dia tuang air ke muka perempuan yang makan bersama Qhaliff tu. Semua orang
memang terkejut dengan kejadian tu. Anak awak bukan main marah lagi. Dia kata
tolong hentikan ni semua. Perempuan ni bakal isteri saya!” luah Datin Sri
Mariam bersungguh-sungguh.
Puan Sri Hamidah membulatkan matanya
seakan-akan tidak percaya dengan cerita yang baru didengarinya ini. Takkan
Ellysa sanggup buat macam tu kat tempat awam? Lagi satu, maknanya betul ke
Qhaliff sudah ada teman wanita? Tapi siapa? Puan Sri Hamidah menggelengkan
kepalanya tanda kurang percaya dengan cerita teman-temannya ini.
“
Saya tak percaya la yang Ellysa tu sanggup buat macam tu kat tempat awam?
Takkan la Ellysa sanggup jatuhkan imej dia?” tegas sekali suara Puan Sri
Hamidah.
“
Kami tahu mesti awak kurang percaya. Nah! Awak tengok la ni. Kami siap rakam lagi
kejadian kelmarin. Awak tengoklah.” Ujar Datin Sofea sambil menyerahkan telefon
bimbitnya kepada Puan Sri Hamidah.
Terbuntang
mata Puan Sri Hamidah menyaksikan video yang dirakam oleh temannya itu.
Perasaan malu sudah menular ke raut wajahnya. Tidak disangkanya perempuan
seperti Ellysa yang disangkanya seorang yang menjaga imej akan bertindak
sedemikian apatah lagi di tempat terbuka. Namun, terdetik rasa gembira apabila
melihat raut wajah Qhaliff yang berbeza ketika bersama perempuan bertudung itu.
Puan Sri Hamidah semakin tidak sabar untuk berjumpa dengan Qhaliff malam ini.
……………………………………………
“ Dee!! Aku nak pergi jemur kain
dulu kat luar? “ laung Anith yang sudah berada di muka pintu. Diana masih sibuk
berada di dalam bilik nak bersiap. Katanya nak jumpa friend. Cehh…nak jumpa friend
ke, jumpa boyfriend?
“ Ok!!!” balas Diana padaku. Aku
teruskan langkah ke luar rumah sambil mengangkat bakul berisi kain cucianku.
Hemm….pagi-pagi macam ni kalau tak
buat senaman pun tak apa. Buat kerja jemur-menjemur ni pun dah kira ok la
daripada tak ada.
“ Ok, Anith. Tak banyak pun yang
tinggal lagi. Cepat jemur cepat siap, lambat jemur lambat siap. Ehh…macam lain
je bunyi pantun dua kerat aku tu? Hentam saja la…” ucapku sendirian.
Tanpa
sedar, gelagat Anith kini diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang sudah
lama menahan rasa rindu buat Anith Ezara. Seseorang itu mula mengukir senyuman
dari jauh. Sesungguhnya, dia rindu sekali untuk menatap wajah manis itu. Jika
bukan kerana kebodohannya masa lampau, pasti hidupnya akan bahagia di samping
Anith Ezara.
Sejurus
melihat Anith ingin beralih masuk ke dalam, Adam Farish cepat-cepat keluar dari
keretanya. Baru sahaja Anith ingin melangkah masuk, tiba-tiba pintu pagar
rumahnya digoncang. Anith segera menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya
Anith melihat kedatangan Adam ke rumahnya. Nasib baik Anith sudah menyarungkan
tudung ke kepalanya.
“
Assalamualaikum, Anith!” laung Adam dari luar.
“
Waalaikumsalam dan selamat tinggal!” ucap Anith keras. Kaki Anith segera
dihayun ke belakang untuk masuk ke dalam rumah. Sibuk saja nak datang ke rumah
anak dara! Menyampah!
“
Anith!!! Anith!!! Anith!!! Tolonglah…saya nak jumpa awak!” laung Adam sekali
lagi dan kali ini lebih kuat. Ishh…si Adam ni tak tahu malu betul la! Buatnya
jiran-jiran keliling rumah aku ni terdengar, buat haru je. Nak tak nak, Anith
terpaksa bergerak menuju ke pagar namun dibiarkan sahaja berkunci.
“
Aku rasa baik kau balik la, Adam! Aku kan dah cakap, aku dah tak nak jumpa kau
lagi! Kau tak faham ke? Kau nak aku cakap bahasa apa lagi hah? Tamil? Cina?”
geramku. Adam Farish hanya tersengih-sengih dari luar pagar. Entah apa yang
disengihkan oleh Adam Farish. Semakin naik menyampah Anith melihatnya.
Alahai….Anith
Ezara. Comelnya awak marah. Dah lama aku tak tengok kau marah. Macam nak
cubit-cubit je pipi kau yang gebu tu. Bisik hati Adam Farish.
“
Sabarlah, Anith sayang. Kitakan dah lama tak jumpa. Anith, kita bercinta
semula?” luah Adam Farish tiba-tiba.
“
HAH!!! Dalam mimpi je la! Aku tak ingin! Kau ni masih tak faham-faham jugak ye?
Aku dah ada TEMAN LELAKI!” sengaja Anith menekan perkataan TEMAN LELAKI kepada
Adam Farish. Siot betul mamat ni!!
“
Anith, sayang…saya tahu awak tipu je kan? Saya tahu awak masih cintakan saya.
Tak payah la nak menipu. Saya tahu hal kelmarin tu sebenarnya cuma lakonan awak
saja kan? Takpe, saya faham. But, whatever it is, I still love you. Always love
you.” Ucap lembut dari Adam Farish.
Uwekkk!!!
Nak termuntah aku dengar si Adam ni panggil aku bersayang-sayang. Boleh jalan
daa…kalau dulu kau lafazkan ayat-ayat cinta tu pada aku, mungkin aku suka tapi
bukan sekarang! Kalau diberi pilihan, lebih baik aku pilih si Qhaliff yang
sombong tu. Sekurang-kurangnya aku dah tahu perangai Qhaliff tu awal-awal. Bukannya
macam si Adam ni,waktu bercinta bukan main lagi bunga-bunga cinta dia lafazkan.
Bila dah sampai nak bertunang, dia tinggalkan aku!
“
Pergi jalan la ayat-ayat cinta kau tu! Aku dah tak minat nak dengar! Baik kau
blah sekarang! Kalau tak…” ambik kau Adam! Aku dah malas nak bersopan-santun
kalau bercakap dengan kau.
“
Kalau tak, kenapa? Kau nak call boyfriend kau yang kaki pukul tu? Oppss…lupa
pulak! Kau kan masih solo lagikan?” uji Adam Farish. Anith sudah tidak dapat
menahan sabarnya lagi. Sebenarnya, Adam Farish cuak juga bila mengenangkan
kembali tumbukan dari lelaki yang menyelamatkan Anith kelmarin. Fikirnya,
lelaki itu cuma berada di tempat kejadian hanya untuk membantu Anith .
“
Diana! Tolong ambik handphone aku! Cepat!” laung Anith.
Tidak
berapa lama kemudian, muncul Diana tergesa-gesa menyerahkan telefon bimbit
Anith. Alangkah terkejutnya Diana melihat lelaki yang berada di sebalik pagar
rumah mereka. Lelaki inilah yang menemuinya kelmarin.
Anith segera mencari nombor Qhaliff dalam
senarai panggilan. Hah! Ini dia. Cuma nombor ini sahaja yang tidak bernama
pemanggilnya. Anith mengukir senyuman. Adam sudah mula cuak. Betul ke si Anith
ni nak panggil mamat tu? Anith cuba mendail nombor Qhaliff.
“
Anith, ok…ok…saya percaya. Saya pergi sekarang. Tapi, ingat! Anith saya takkan
berputus asa untuk memikat awak semula!” Adam Farish segera beredar dari situ.
Anith tersenyum puas. Tahu pun takut.
Tiba-tiba…“
Hello!” satu suara garau menyapa ke telinga Anith. Anith sudah tidak tahu
hendak berbuat apa? Anith mula berdebar saat mendengar suara itu. Anith kenal
pemilik suara itu. Tak lain tak bukan Qhaliff! Ahhh….macamana la aku boleh
gatal sangat dail nombor mamat ni? Aku saja nak takut-takutkan si Adam tu je!
Apa aku nak cakap ni? Diana pelik melihat raut wajah Anith yang kelihatannya
gelisah.
Mari layan Qhaliff senyum...bukan senang Qhaliff nak senyum ni..:)
p/s : Bersambung....nantikan bab yang seterusnya...Selamat Membaca :)
http://www.penulisan2u.my/2013/08/novel-dating-kontrak-12/
http://www.penulisan2u.my/2013/08/novel-dating-kontrak-12/
3 comments
Alaaaa Kira ni suka buat akak saspen tau.. Baru nak saspen bila Anith tercalL Qhaliff.. hihi
ReplyDeleteBest sangat-2 nak lg boleh.
ReplyDeletehihihi.....saja je kak Ixora...takpe tak lama lagi update bab baru hujung minggu ni...baby mio...thanks sudi baca,,,boleh tp kena tunggu la..hihihi
ReplyDelete