Novel DATING KONTRAK! 13
11:42
OLEH : KIR@ LEE
BAB 13
ANITH cepat-cepat
memutuskan talian tersebut. Dalam hati Anith ketika ini, sudah dup dap dup dap
dup dap jantungnya berdetak . Bak lirik lagu Ahmad Dhani, ‘Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak, berdetak dengan lebih
kencang seperti genderang mau perang’
“ Haishhh….ini yang aku
tak suka ni! Suka buat panggilan hantu!” omel Qhaliff. Qhaliff paling pantang
apabila panggilan telefon kepadanya tiba-tiba terputus. Baginya, jika sekadar
untuk suka-suka, ‘panggilan hantu’ la gelaran yang sesuai diungkapkan oleh
Qhaliff.
Qhaliff melihat semula nombor yang
baru sahaja mendail nombornya itu. Rasa-rasanya, Qhaliff pernah melihat nombor
ini. Namun, otaknya masih belum dapat menangkap lagi kewujudan nombor ini.
Ahhh…keinginan untuk tahu sudah mula merajai fikiran Qhaliff. Tanpa membuang
masa, Qhaliff mendail semula nombor telefon tersebut.
Baru sahaja Anith melabuhkan
punggungnya ke sofa, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Anith segera
mencapai telefon bimbitnya. Double woo!
Membulat mata Anith melihat nombor telefon yang terpapar di dada skrin telefon
bimbit Anith. Qhaliff? Apa hal pulak mamat ni call aku semula? Anith bingkas bangun sambil berjalan mundar-mandir
di ruang tamu. Telefon bimbit Anith masih berdering.
Nak jawab ke tak? Aduhhh….gawat ni. Nanti
dia ingat aku syok kat dia pulak? Ke..dia ingat aku sengaja je main-main nak
call? Itu la kau Anith! Lain kali kalau nak buat sesuatu tu, fikir dulu sebelum
bertindak! Bukannya bertindak dulu baru nak fikir kemudian! Anith mengetuk
dahinya.
Qhaliff semakin berasa ingin tahu
gerangan yang membuat panggilan kepadanya. Tali leher yang tergantung di leher
di tarik perlahan-lahan. Sekali lagi, Qhaliff cuba mendail nombor yang sama.
“ Ok…chillax (singkatan untuk chill dan relax), Anith. Takkan tak berani
kut? Setakat jawab panggilan je kut? Bukannya nak pergi menghadap mamat tu! Apa
daa..kau jangan lupa Anith, sebab mamat ni kau jadi mangsa air hujan kelmarin!
Takkan kau nak biarkan saja!” ujar hati Anith.
“ Ass….alamualaikum.” Anith
takut-takut untuk membuka suaranya kepada Qhaliff. Qhaliff seakan-akan terpana
mendengar suara itu sekali lagi. Kini, giliran Qhaliff pula yang merasakan
jantungnya berdetak kencang. Qhaliff cuba bertenang.
“ Waalaikumsalam, Anith?”duga
Qhaliff.
“ Ehmmm…maaf, anda salah nombor!”
Anith segera memutuskan talian. Otaknya kosong. Lidahnya kelu untuk berkata.
Anith
menghempaskan tubuhnya ke sofa. Cehhh…kau ni Anith, tadi bukan main berani lagi
nak call si Qhaliff tu! Bila dah call tak nak angkat pulak! Mengada-ada!
Ehh…aku bukannya sengaja nak call si Qhaliff tu! Kalau tak fasal si Adam tu
yang menganggu aku, takdenya aku nak call
segala punya. Tapi….apesal aku rasa berdebar-debar bila nak jawab panggilan si
Qhaliff tu ekk?
“ Anith!!!” panggil Qhaliff di
talian namun malang bagi Qhaliff, Anith lebih cepat memutuskan talian.
Qhaliff segera melabuhkan semula
punggungnya duduk di kerusinya. Hemmm….Qhaliff mengeluh lagi. Aku kenal suara
tu! Mesti Anith! Kenapa dia call aku? Jangan-jangan dia dah tahu tentang khabar
angin tu? Ehh…tapi takkan la secepat tu? Qhaliff menggeleng-gelengkan
kepalanya. Kalau dia dah tahu, macamana? Ahh……sakitnya kepala aku! Lagi satu,
kalau mama aku dapat tahu khabar angin ni pulak, macamana?
Aduhhhh…masak…masak…dah la malam ni aku kena makan malam kat rumah keluarga
aku! Fikirkan sesuatu Qhaliff!
………………………………………………..
Kepulangan Tan Sri Ezzudin disambut
mesra oleh Puan Sri Hamidah yang sudah berada di muka pintu. Tan Sri Ezzudin
menghadiahkan senyuman buat isteri tercintanya lalu menapak masuk ke dalam
rumah beriringan.
“ Cantiknya isteri abang ni.” Puji
Tan Sri Ezzudin kepada isterinya. Puan Sri Hamidah sudah kembang kuncup dipuji
suaminya. Memang suaminya itu seorang yang penyayang. Tidak pernah berubah.
Walaupun mereka berdua berkahwin atas pilihan keluarga, namun Puan Sri Hamidah
berasa bahagia kerana mempunyai seorang suami yang cukup penyayang.
“
Terima kasih abang. Abang pun kacak jugak.” Balas Puan Sri Hamidah.
Kedua-duanya melabuhkan duduk di sofa antik mereka. Kedua-duanya tersenyum bahagia walaupun dalam
hati ketika ini ada sesuatu yang hendak diluahkan.
“
Abang nak minum?”
“
Boleh juga. Tolong buatkan air kopi.” Jawab lembut Tan Sri Ezzudin. Puan Sri
Hamidah bingkas bangun mengatur langkah menuju ke dapur. Hemm….Tan Sri Ezzudin
sebenarnya ingin mencari peluang untuk bercerita kepada isterinya mengenai
perihal anaknya, Qhaliff. Namun, Tan Sri Ezzudin perlu bijak mencari masa yang
sesuai. Takut pulak nanti isterinya terkejut mendengar cerita yang bakal
disampaikannya nanti.
Puan
Sri Hamidah berhati-hati membawa dulang yang berisi air kopi untuk dihidangkan
buat suaminya. Tan Sri Ezzudin mengurut-urut dahinya.
“
Ini dia air abang. Jemput minum bang.” Ujar Puan Sri Hamidah. Tan Sri Ezzudin
segera mencapai cawan yang berisi air kopi lalu dihirupnya. Tan Sri Ezzudin
menarik nafas panjang sebelum memulakan ceritanya. Perlahan-lahan Tan Sri
Ezzudin meletakkan cawannya di atas pinggan kecil di atas meja.
“
Abang, kenapa ni? Midah tengok abang macam lain macam saja? Ada sesuatu yang
menganggu fikiran abang ke? Kalau abang ada masalah, kongsilah dengan Midah.”
“
Ehmmm…Midah, abang sebenarnya ada sesuatu nak cerita pada Midah. Cuma, abang
takut Midah tak dapat nak terima.”
“
Takpe. Abang cuba la cerita kat Midah. Midah sedia dengar.”
“
Ok. Macam ni, tadi Dato Kamaruddin ada datang singgah kat pejabat abang. Abang
terkejut sebab Dato Kamaruddin ucapkan tahniah pada abang sebab Qhaliff katanya
nak kahwin. Abang betul-betul terkejut bila Dato Kamaruddin cakap macam tu…” Puan
Sri Hamidah tiba-tiba bersuara.
“
Abang, sebenarnya Midah pun nak cerita tentang hal ni pada abang. Teman-teman
Midah yang dah cerita pada Midah tadi. Midah pun terkejut jugak masa dapat tahu
yang Qhaliff nak kahwin! Yelah…kitakan ibu bapanya. Tapi, abang jangan risau.
Malam ni, Qhaliff akan makan malam dengan kita. Midah akan tanya cerita yang
sebenarnya nanti. Kita tunggu je malam ni.” Ujar Puan Sri Hamidah.
……………………………………………………..
Qhaliff memulakan pemanduannya
menuju ke rumah keluarganya dengan tenang. Namun, di dalam hati masih
diselubungi dengan pelbagai masalah. Mana masalah tentang khabar angin lagi?
Tentang Ellysa yang gedik tu? Anith? Hemmm….sebut je nama tu, hati aku dah lain
rasa macam lain pulak. Apesal hati aku berdebar-debar masa nak call dia tadi?
Haiii….lebih baik aku pasang radio daripada nak fikir fasal tu!
Aku Tak Bisa Menyatakan Perkataan
Kelu Lidah Bila Berdepan Kamu
Aku Percaya Pada Naluri Hatiku
Yang Nyata Sudah Ada Depan Mata
Tapi Aku Masih Belum Mengenalmu
Untuk Menikmati Rasa Sebenar-Benar
Cinta
Aku Tahu Di Mana Nak Cari Cintamu
Di Sini Tak Mungkin Mengalah
Dengan Apa Yang Mendatang
Yang Ku Tahu
Kucuba Yang Terbaik Untukmu
Yang Indah Jadikan Kenangan
Yang Duka Perbetulkan
Begini Caranya Bagi Diriku
Caranya Bagi Diriku
“Aik!! Lagu ni macam nak perli aku
je! Takde lagu lain ke nak dipasang?” omel Qhaliff sendirian di dalam kereta.
Qhaliff perlahan-lahan memakirkan
kereta BMW X6 miliknya di pekarangan halaman rumahnya. Dalam hati, Qhaliff
sudah berdoa agar ibu bapanya masih belum mengetahui khabar angin yang sudah
mula melanda dirinya.
“ Assalamualaikum!” laung Qhaliff
dari luar rumah. Puan Sri Hamidah segera menuju ke muka pintu untuk menyambut
kedatangan anaknya itu. Pantas sahaja
Qhaliff mencapai tangan mamanya untuk bersalam.
“ Waalaikumsalam. Mari masuk.”
Qhaliff mengekori langkah mamanya menuju ke ruang makan. Tan Sri Ezzudin sudah
berada di kerusinya sambil menghadiahkan Qhaliff senyuman mesra.
Qhaliff pantas menyalam tangan
ayahnya lalu melabuhkan duduknya di kerusi.
“ Kita makan dulu la yer. Nanti,
baru kita berbual. Baca doa dulu Qhaliff.” Ujar Tan Sri Ezzudin. Qhaliff hanya
diam mengikut. Ehmm…apesal layanan mama dan ayah aku ni lain macam je? Takkan
la mereka dah tahu tentang khabar angin tu? Tak..kut. Kalau mereka dah tahu,
mesti aku dah kena attack waktu masuk
tadi. Jangan fikir la.
………………………………………………………
Qhaliff melabuhkan duduknya ke sofa
antik di ruang tamu usai makan malam tadi. Dalam kepala Qhaliff kini, sudah
dihujani pelbagai persoalan. Tan Sri Ezzudin dan Puan Sri Hamidah berjalan
beriringan menuju ke ruang tamu lalu melabuhkan duduk bersama-sama menghadap
Qhaliff.
Puan Sri Hamidah dapat meneka raut
wajah anaknya yang seperti dalam kerisauan. Biarlah malam ini semuanya akan
diselesaikan dengan baik.
“ Qhaliff, macamana dengan kerja
kamu sekarang?” soal Tan Sri Ezzudin dahulu.
“ Hemm…buat masa ni semuanya ok.
Takde masalah sangat la.” Jawab Qhaliff.
“ Baguslah tu.” Balas Tan Sri
Ezzudin. Dalam pada masa yang sama, Tan Sri Ezzudin seperti memberi isyarat
mata kepada isterinya untuk bertanyakan soalan yang menganggu hati tua mereka
suami isteri. Puan Sri Hamidah faham akan isyarat mata dari suaminya itu. Puan
Sri Hamidah berdehem.
“ Qhaliff, mama nak tahu sesuatu.
Qhaliff ada sembunyikan apa-apa ke dari mama?” duga Puan Sri Hamidah. Serta
merta raut wajah Qhaliff terus berubah.
Ah…sudah! Takkan mama aku dah tahu
tentang khabar angin tu? Habislah! Macamana sekarang ni, Qhaliff? Ok..tenangkan
diri dulu. Fikir dulu sebelum jawab.
“ Ehmm…apa maksud mama? Qhaliff tak
faham.” Dalih Qhaliff pada mamanya. Tan Sri Ezzudin masih tidak berpuas hati
dengan jawapan anaknya itu. Tapi, dibiarkannya sahaja kerana Tan Sri Ezuddin
tahu isterinya akan menyoal anaknya itu semula.
“ Qhaliff…mama nak tanya, betul ke
Qhaliff nak kahwin?” soal Puan Sri Hamidah tanpa berselindung lagi. Sah!
Nampaknya memang benarlah mama sudah tahu tentang khabar angin tu. Kalau mama
tahu, mesti ayah pun tahu jugak!
“ Hah! Dari mana pulak mama dengar
cerita ni? Takde la. Itu cuma khabar angin. Mama jangan risaulah. Biar Qhaliff
yang uruskan.” Qhaliff berlagak tenang di depan kedua ibu bapanya.
“ Qhaliff tak payah la kamu nak sembunyi
dari mama lagi. Mama dan ayah dah tahu semuanya. Kalau betul Qhaliff nak
kahwin, Qhaliff terus-terang pada mama. Biar mama dan ayah tolong pinangkan.
Siapa perempuan tu?” Ahh..Qhaliff sudah kematian kata untuk berbohong kepada
mama dan ayahnya. Nampaknya, terpaksalah Qhaliff menceritakan hal yang
sebenarnya.
“ Mama…sebenarnya semua khabar angin
itu cuma salah faham je. Qhaliff tak sengaja nak cakap macam tu sebenarnya. Semua
tu salah Ellysa! Kalau dia tak buat hal, semua tu takkan berlaku. Percaya la,
mama! Qhaliff pun tak tahu macamana khabar angin tu boleh tersebar dengan
cepat!”
“ Cuba Qhaliff cerita kat mama dan
ayah, apa yang berlaku sebenarnya.” Ujar Tan Sri Ezzudin.
“ Qhaliff cuma ajak Anith untuk
makan tengah hari. Kami berdua memang tak kenal langsung. We just met by an accident! Anith rosakkan I-Phone kesayangan Qhaliff dan Qhaliff pun minta ganti rugi. So,
Anith pun baiki I-Phone Qhaliff dan
bila dah siap, Anith minta nak jumpa saya. Qhaliff pun ajaklah lunch di hotel then muncul pula Ellysa dengan angin giler dia tu! Ellysa tu entah
tiba-tiba je nak cemburu sampai Anith jadi mangsa. So, tanpa sedar Qhaliff dah terlanjur cakap yang Anith is my
future wife. That’s all!” terang
Qhaliff pada kedua ibu bapanya.
“ Ok. Mama dah faham cerita Qhaliff
sekarang. Tapi masalahnya, khabar angin tentang Qhaliff nak kahwin tu dah mula
tersebar. Qhaliff tahu tak? Mama tahu cerita ni pun dari teman-teman mama.
Mereka semua siap ambik gambar dan buat rakaman video lagi fasal Qhaliff dan Anith. Mama betul-betul terkejut!
Jadi, untuk mengelakkan benda ni tersebar dengan lebih luas lagi, cuma ada satu
cara je! Mama nak kamu kahwin dengan Anith segera!!!” ujar Puan Sri Hamidah
dengan tegas.
“ What?” suara Qhaliff sedikit tinggi kerana terkejut dengan
candangan mamanya yang tidak masuk akal.
Qhaliff
benar-benar kaget mendengar ayat-ayat terakhir yang baru sahaja dikeluarkan
oleh mamanya itu. Sama sekali tidak masuk akal! Kahwin? Dengan Anith? Takkan takde
cara lain lagi? Ahh!!! Naik pening kepala Qhaliff memikirkan kata-kata mamanya.
“ Kenapa mesti kahwin? Takkan takde
cara lain lagi mama?” balas Qhaliff yang tidak berpuas hati.
“ No! Memang takde cara lain lagi! Sebab apa? Pertama, kamu sendiri
yang cakap Anith tu bakal future wife
kamu dengan lantang sekali! Kedua, Qhaliff dah jatuhkan air muka perempuan yang
bernama Anith tu! Ketiga, Qhaliff sebagai seorang usahawan yang baru sahaja
meningkat naik perlu mempunyai imej yang bersih. Jadi, ketiga-tiga alasan ni
cukup untuk buatkan Qhaliff mengotakan kata-kata Qhaliff tu sendiri. Mama tak
nak dengar pulak lepas ni yang Qhaliff ni seorang yang tidak bertanggungjawab.
Jadi, nak tak nak Qhaliff mesti kahwin dengan Anith! Faham!” ujar Puan Sri
Hamidah dengan tegas.
Tan Sri Ezzudin tidak menyangka yang
isterinya itu akan berfikir sehingga ke tahap itu. Namun, jika difikirkan
semula, ada benarnya juga kata-kata dari isterinya itu. Jika khabar angin ini
terus berlarutan, imej Qhaliff akan terjejas kelak.
“ Ayah juga setuju dengan mama kamu,
Qhaliff! Ayah nak kamu kahwin dengan Anith walaupun kamu berdua tak kenal
antara satu sama lain. Cinta tu boleh dipupuk selepas kahwin macam ayah dan
mama kamu. Ayah beri kamu masa seminggu untuk berbincang dengan Anith. Ayah tak
nak dengar alasan kamu lagi.” Giliran Tan Sri Ezzudin pula bersuara.
Qhaliff sudah tidak tahu hendak
berkata apa lagi. Memang semua yang dikatakan oleh mamanya dan ayahnya itu
benar belaka. Qhaliff tidak menafikan semua itu. Memang ini adalah salahnya
sendiri kerana jika bukan kerana Qhaliff mengajak Anith untuk makan di hotel,
semua ini tidak akan berlaku. Tambahan lagi, hal ini juga turut melibatkan
maruah Anith. Argh!!! Qhaliff bingkas bangun dan segera berlalu naik ke atas
menuju ke biliknya. Tapi, Qhaliff bersediakah untuk menamatkan zaman bujangnya
bersama seorang perempuan yang baru dikenalinya?
Qhaliff terkejut mendengar cadangan dari mamanya. Adakah Qhaliff akan bersetuju?
P/S : Bersambung.....kena tunggu bulan depan untuk sambung bab baru..hihihi
4 comments
Ala lamanye nk tnggu bulan dpan!!!! Xsabar da nie!!! Wow... besh2....
ReplyDeletehihihi.....tak lama lg tu...sabar ya...hihihihi...kita tgk apa Qhaliff nak buat...
ReplyDeleteSy dahlah imagine qhaliff muke Lee min hoo.. mmg xtdo mlm la mcm nie tbyg2... huhuhu suke korean drama n kpop!!! Huhuhu!!!!!! Love it!!!! Cpat tau kira upload n3 bru... huhuhu....
ReplyDeletehihihihi.....ok...kita akan update awal bulan 5 ni...kita pun minat giler korean drama dan kpop jugak...hihihi..sabar ya...
ReplyDelete