BELUM TRY BELUM TAU! 1

18:20



      AKU Khayra Karleesa binti Ahmad Khaleed dan baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah. So, maknanya aku sekarang dah official jadi penganggur di rumah sendiri. Buat masa ini, memang aku malas nak cari kerja. Entah lah…walaupun sudah beberapa kali ibu dan ayah menegur aku supaya mencari kerja, semua itu seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tambah ibu lagi, perempuan zaman sekarang ramai yang berkerja. Dah tak ramai perempuan yang jadi suri rumah sepenuh masa. Hari-hari ayat yang sama masuk ke telinga aku. Tapi aku buat tak kisah pun.

      Itu baru kisah kerja. Kalau kerja dalam rumah lagi la ibu aku kuat membebel. Itu tak kena ini tak kena. Ibu suruh aku siang ikan…sampai malam pun tak masak. Ibu suruh aku masak ayam…tunggu la ayam tu bertelur kut. Ibu suruh aku tanam sayur…alamat tak subur la gayanya. Ibu aku sudah naik pening melayan kerenah anak tunggalnya. Manja tahap gunung Kinabalu!

“ Abang, apa kita nak buat dengan Khayra ni? Suruh cari kerja tak nak. Suruh buat kerja rumah, satu pun tak jadi. Macamana la kalau kahwin nanti? Payah suami dia nak menguruskan anak abang yang terlalu manja ni. Susah hati saya.” Luah Puan Soraya. 

“ Khayra tu muda lagi. Benda tu semua, nanti dia boleh belajar. Awak jangan risaulah. Pandailah Khayra tu nanti.” Balas Khaleed pada isterinya. Puan Soraya mengemaskan tali leher di leher suaminya dengan teliti.

“ Abang ni manjakan sangat dengan si Khayra tu. Sebab tu lah dia malas nak pergi cari kerja. Cuba bayangkan kalau kita berdua dah tak ada? Macamana dia nak hidup berhidup berdikari.”

“ Eh! Awak ni. Ke situ pulak? Tak payah nak fikir sangat. Takpe, nanti biar abang pujuk.”

“ Ehmmm…abang. Saya ada satu cadangan. Apa kata kita jodohkan anak kita dengan anak kawan abang tu. Lagipun, anak kawan abang tu kan dah lama sukakan Khayra sejak kecil lagi. Dengar kata, dia dah balik dari luar negarakan? Mungkin dengan cara ni, Khayra tu boleh berubah menjadi matang.”

“ Itu zaman mereka kecik-kecik. Nak ke si Khayra tu? Anak awak tu lain sikit. Manja...manja jugak, tapi keras kepala..ya ampun susah sangat. Kesian pulak anak kawan abang tu nanti nak pujuk si Khayra ni.”

“ Belum try…belum tau..” Puan Soraya tergelak kecil melihat wajah suaminya yang kelat.

“ Nantilah…abang tanya Zahari.” Puan Soraya menyalam tangan suaminya sebelum berangkat keluar ke tempat kerja.

…………………………………………………………..

            Aku melabuhkan duduk di kerusi ruang makan. Aku menuang jus oren ke dalam minumanku.

            “ Yummm….sedapnya. Baru rasa segar…” ucapku sendirian.

            “ Hah! Matahari dah naik, baru nak bangun!”

            “ Hukkk!!!” aku tersedak apabila disergah oleh ibuku. Aku mengerling jam di dinding. Baru jam dua belas.

            “ Itulah….orang sibuk keluar cari kerja. Dia sibuk buat taik mata. Khayra..Khayra…apa nak jadi dengan kamu ni.” Puan Soraya turut melabuhkan duduk menghadapku. Dalam rumah ni, tak banyak pun yang tinggal. Aku dan parents. Oh…tak lupa juga dua orang pembantu rumah.

            “ Malaslah bu..kan bagus kalau Khayra duk kat rumah je. Boleh teman ibu selalu.” Jawabku.

            “ Pandai betul anak ibu ni menjawab.”

            “ Of…course!” Aku ketawa.

            “ Ibu….lepas ni Khayra nak keluar dengan kawan. Jalan-jalan cari angin.” Puan Soraya tergelak mendengar celoteh anak perempuannya ini. Ada-ada saja. Sikap manjanya itu memang sukar untuk diubah. Mana tidaknya, sampai nak sambung belajar pun, pilih universiti yang hampir dengan rumah walaupun dapat tawaran ke oversea. Tak nak berjauh katanya. Dah dapat universiti hampir, tak henti-henti dengan telefonnya. Kalau tak telefon, terus balik rumah. Sikit-sikit rindu. Khayra….Khayra…

……………………………………………………………

            “ Tuan Muda! Selamat datang. Ayah Tuan Muda ada urusan perniagaan. Jadi saya yang bertanggungjawab untuk jemput Tuan Muda.”

            “ Kunci kereta?” Soal Zachary pada pembantu ayahnya.

“ Tuan Muda! Tuan Muda!” Zachary terus berlalu dan membiarkan pembantu ayahnya di situ bersama bagasinya.

Zachary terus menuju ke kereta lalu meloloskan diri ke dalamnya. Pembantunya buntu kerana ditinggalkan oleh anak majikannya begitu sahaja tanpa sebarang pamitan. Berbeza benar sikap anak majikannya yang dulu berbanding kini. Jika dulu anak majikannya itu peramah benar tapi hari ini dari renungan matanya, naik cuak juga dibuatnya.

Zachary terus memandu keluar meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Fikirnya ayahnya akan datang menjemputnya tetapi lain pulak yang datang. Zachary benar-benar kecewa kerana ayahnya seolah-olah tidak mengambil peduli tentang dirinya. Sejak ayahnya menjadi duda, soal kebajikan dirinya tidak banyak pun diambil tahu oleh ayahnya. Sudahlah Zachary dihantar ke luar negara sewaktu berusia tiga belas tahun. Masa itu dirinya belum cukup matang untuk hidup berdikari namun atas dorongan dari mamanya, Zachary berjaya menharunginya.

Hidup ku kini terasa kosong. Tiada apa yang menarik di luar sana. Huhhh…Zachary mengeluh. Radio kereta dipasang kuat.

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbours think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have
At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon.
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too.
Or Am I a fool
who sits alone
Talking to the moon?

Dendangan lagu Talking To The Moon daripada Bruno Mars seperti benar-benar dapat merasakan dengan apa yang dirasakan oleh Zachary sekarang. Jiwanya kosong sejak mamanya pergi meninggalkan dirinya tujuh tahun yang lalu.

            Hemm…dah banyak berubah KK sekarang ni. Not bad. Boleh la aku bersiar-siar sekejap. Nak balik rumah pun bukannya ada orang.

……………….....................................................

            “ Hello! Elle. Aku on the way sekarang ni. Dah nak dekat ni.” ucapku di talian.

            “ Ok…aku dah ada kat One Borneo. Kalau dah sampai, just call me back! Bye.”

            “ Ok! See you then. Bye.”

            Aku berhati-hati masuk ke dalam ruang bawah tanah One Borneo untuk mencari tempat letak kereta yang sesuai. Hemm….ramai jugak orang hari ni. Aduhhh…ini yang susah nak cari parking! Aku berpusing sekali lagi di tingkat yang pertama untuk mencari tempat kereta yang kosong. Kut…kut…aku terlepas pandang. Usai tiga kali pusingan, tak ada juga yang kosong. Terpaksa la naik ke tingkat dua. Mungkin di situ ada parking kosong.

            One Borneo! Wow! Tak sangka. Zachary kagum seketika melihat pusat membeli-belah yang terbesar di Borneo. Semakin banyak pembangunan sudah dibina di Kota Kinabalu. Zachary meneruskan pemanduannya untuk mencari tempat letak kereta. Zachary terus naik ke tingkat dua ruang bawah tanah One Borneo. Zachary meliarkan matanya untuk mencari tempat letak kereta yang kosong.

            “ Hisy!!! Mana parking ni? Takkan semua dah penuh!” Sudah dua kali Khayra berpusing di tempat yang sama untuk mencari tempat letak kereta namun masih juga tiada. Ok…kali ini peluang ketiga. Orang kata peluang ketiga selalu ada tuah. Yer ke? Entah! Aku pun tak tahu. Ok…Khayra, belum cuba…belum tau! Sekali lagi aku berpusing.

            “ Hah! Itu dia….tempat kosong! Alhamdulillah…akhirnya.” Ucapku. Aku terus memandu perlahan sebab aku nak buat reverse parking. So, bila keluar nanti tak payah la nak susah undur nanti.

            Baru sahaja aku ingin berundur ke belakang, tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat roda terlebih dahulu meletakkan keretanya. Erghh!!! Ini bikin panas! Aku susah-susah cari parking dari tingkat satu ke tingkat dua, dia pulak yang senang-senang masuk ambil parking aku.

            Barulah Zachary boleh menarik nafas lega. Payah juga nak cari parking kat sini. Zachary keluar dari kereta lalu menutup pintu keretanya. Namun, “ PIN!!! PIN!!! PIN!!!” Zachary terkejut mendengar bunyi hon yang berterusan menuju ke arahnya.

            “ Woi! Itu parking aku la! Tak nampak ke aku tengah reverse ni!” ucapku kasar pada lelaki itu.  Aku peduli apa! Dia yang salah. Kereta aku bukan main striking lagi warnanya. Boleh pulak dia tak nampak kereta aku ni! Aku terus keluar dari keretaku dan menutup pintu kereta ku dengan kasar. Zachary terkejut giler apabila tiba-tiba digertak oleh seorang perempuan.

            Garang giler perempuan ni!!! but interesting
P/S : Bersambung......mari berkenalan dengan watak untuk BELUM TRY BELUM TAU!


  



You Might Also Like

2 comments

  1. TOP.!!!!!!!!! Jadik watak utama,jeles dengan Khayra

    ReplyDelete
  2. haha....TOP...tu...renungan mata dia memang tak boleh lawan..Suhaila :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images