Novel DATING KONTRAK! 20

11:05



ANITH memusingkan badannya ke belakang sambil menarik lengan Diana untuk segera beredar dari situ. Kepalanya masih berserabut kerana terjumpa dengan Adam dan secara tidak sengaja Adam jugalah oranglah yang baru menyelamatkannya dari terjatuh tadi. Namun itu semua masih belum dapat menyembuhkan lagi luka di hatinya.

            “ Anith! Saya doakan awak bahagia Anith dan saya nak minta maaf atas segalanya yang pernah berlaku antara kita. Tolong maafkan saya Anith. Saya berjanji saya tak akan pernah menganggu awak lagi.” Tiba-tiba, Adam bersuara sebelum Anith beredar. Langkah Anith terhenti serta-merta.

            Adam sudah mula sedar akan hubungannya bersama Anith sudah lama putus.  Adam perlu mula menerima bahawa Anith kini bukan Anith yang seperti dulu lagi dan hubungannya bersama Anith sudah lama putus. Kini, Adam perlu mendoakan kebahagiaan Anith bersama lelaki yang telah menjadi pilihan hatinya. Bertuah sekali lelaki yang telah berjaya menawan hati Anith Ezara.

            “ Terima kasih Adam.” Anith mula mengukir senyum pada Adam. Anith sebenarnya tidak menyangka Adam akan berkata begitu kepadanya. Namun, dalam hati Anith, rasa syukur dipanjatkan kerana akhirnya Adam telah sedar. Adam tersenyum lalu mengundur diri.

 Kini hanya tinggal mereka berempat sahaja. Masing-masing berdiam diri untuk memulakan bicara. Qhaliff kaku namun matanya masih memandang ke arah Anith. Anith mula rasa kekok berhadapan dengan Qhaliff yang sedang merenungnya. Faez dan Diana pula hanya tersengih malu.

            Hemm…nak cakap ke tak ni, Qhaliff? Aku tak salah dengarkan? Anith dah setuju dengan lamaran akukan? Dalam hati Qhaliff, kini sudah mula mekar dengan bunga-bunga cinta kerana Anith sudah menerima lamarannya sebelum tempoh yang ditetapkan oleh ayahnya tamat. Telinga Qhaliff masih lagi terasa panas saat mendengar pengakuan yang baru saja dibuat oleh Anith. Qhaliff cuba merenung Anith. Kedua-dua mata kini saling bertemu tanpa menghiraukan kehadiran Faez dan Diana.

            Aduh! Apahal pulak si Qhaliff ni renung-renung aku macam tu? Ini boleh bikin hati wa bergegar. Kau kena bawa bertenang Anith Ezara. Lawan balik renungan seksi dia tu. Mata kau kan lagi besar dari dia. Kedua-dua saling bertatapan seperti lupa akan Faez dan Diana yang sedang memerhatikan mereka berdua.

            “ Ehem!!! Menjeling-jeling ku bertentang, mata kita sama memandang. Sampai bila korang berdua ni nak buat sesi renung-merenung ni? Takkan dah tak sabar kut? Kena tunggu bulan depan la ya, baru boleh sambung semula sesi jeling-menjeling di atas pelamin pulak.” Usik Faez untuk mengenakan Qhaliff. Wajah Anith berubah merah. Diana sudah tersenyum melihat reaksi Qhaliff dan Anith yang berubah malu apabila ditegur oleh kawan Qhaliff.

            “ Macam ni la, apa kata kami berdua bagi korang peluang untuk berbincang. Mesti korang ada banyak benda nak dibincangkan. Bolehkan kawan Anith yang manis ni?” soal Faez pada Diana. Faez memberi isyarat mata kepada Diana supaya bersetuju dengan cadangannya.

            Diana mengerti. Faez sudah mula menghampiri Diana untuk membawanya beredar dari situ. Tiba-tiba, lengan Diana dipaut oleh Anith seperti melarang untuk meninggalkannya berdua dengan Qhaliff.

            “ Anith, gunakan peluang ni untuk berbincang dengan Qhaliff tau. Good luck girl! Aja-aja fighting!” Diana perlahan-lahan melepaskan pautan tangan Anith dari lengannya.

            “ So, shall we go little sweetie?”ajak Faez. Perghhh….dia panggi aku sweetie la pulak? Orangnya dah la hansem. Boleh tahan sama hansem dengan si Qhaliff tu. Lagi-lagi suara dia yang garau tu panggil aku little sweetie. Hemm…sah malam ni memang aku tak boleh tidur lena alamatnya. Diana mengangguk lalu meninggalkan Anith bersama Qhaliff.

            “ Hei! Faez! Diana!” Anith dan Qhaliff memanggil  serentak. Namun, Faez dan Diana tidak berhenti langsung malah langkah mereka berdua lagi dipercepat.

            Hish! Kurang asam batu betul la si Faez ni! Macamana aku nak berdepan dengan Anith. Dah agak lama juga aku tak bersua dengan Anith. Macamana nak buat ni?

            Sementara, Anith juga berfikir sama. Memang kurang asam jawa la minah seorang ni. Bukan main lagi dia terima ajakan kawan si Qhaliff tu. Boleh pulak dia tinggalkan aku dengan Qhaliff. Aku sebenarnya masih rasa segan dengan kejadian tadi. Semua yang berlaku tadi terlalu cepat. Aku sudah menerima lamaran Qhaliff akhirnya tapi adakah ia datang dari kerelaanku sendiri? Atau aku hanya sengaja mencari jalan agar Adam tidak akan mengangguku lagi. Dan jawapannya adalah yang kedua. Aku menerimanya kerana aku ingin lepas dari gangguan Adam.

……………………………………………………………..

            Faez mengajak Diana untuk berhenti di tepi tasik sebentar. Diana hanya mengekori kereta Faez dari belakang kerana Faez sudah awal-awal memberitahu Diana agar mengikutnya untuk berbincang sesuatu. Agaknya apa ek? Takkan la si Faez ni dah jatuh cinta dengan aku? Amboi! Diana, pantang nampak muka pan-asia la kau ni. Telah Diana dalam kereta sebelum memakir keretanya di belakang kereta Faez.

            Aku kena tolong Qhaliff. Aku kenal benar dengan sikap dia. Jadi, aku kena cari jalan untuk menyatukan Qhaliff dengan Anith. Caranya aku kena bersubahat dengan kawan si Anith yang cantik ni. Faez segera keluar dari keretanya lalu emberi isyarat tangan kepada Diana untuk turut keluar. Kami berdua mengambil tempat duduk sambil menghadap tasik yang begitu tenang sekali petang ini.

            “ Ehemm…saya Faez, kawan kepada Qhaliff.” Faez memperkenalkan dirinya terlebih dahulu kepada Diana. Wah! Comelnya dia bila senyum macam tu.

            “ Ermm…saya Diana, kawan Anith.” Diana mengukir senyuman manis kepada Faez.

            “ Sebenarnya, saya bawa awak ke sini sebab nak bincangkan sesuatu dengan awak.”

            “ Bincang? Tentang apa?”

            “ Awak tahukan yang kita berdua ni kawan baik kepada Qhaliff dan juga Anith. Awak pun tahukan sebab mereka terpaksa dikahwinkan.” Diana hanya mengangguk.

            “ Jadi, saya nak minta buah fikiran awak untuk fikirkan cara rapatkan mereka berdua tu. Sebabnya, kawan saya ni dia lain sikit.”

            “ Buah fikiran? Ingatkan nak minta jadi buah hati? Itu confirm aku terima dengan hati yang terbuka.” Bisik hati Diana.

            “ Apa maksud awak Qhaliff tu lain sikit?” soal Diana yang berasa ingin tahu.

            Faez berdiri sambil meraup anak rambutnya ke sebelah.

            “ Actually, Qhaliff tak pernah bercinta langsung. Kami membesar bersama dan saya tahu semua tentang Qhaliff. Tentu awak tak percayakan? Yelah, Qhaliff kan kacak, kaya, berkerjaya tambah-tambah lagi berpengaruh. Memang tak dapat dinafikan Qhaliff tu banyak peminat tapi takde satu pun yang dapat menambat hati ais dia tu. Cuma kawan awak seorang saja.”

            “ Macamana awak tahu cuma Anith saja dapat menambat hati kawan awak tu?”

            “ Buktinya khabar angin tu sendiri. Sebabnya Qhaliff sendiri yang cakap Anith tu bakal isteri dia. Selama ni sudah banyak perempuan yang cuba memikat Qhaliff tapi semuanya hanya sia-sia sahaja. Dan, awak pun tahukan macamana Qhaliff berusaha untuk memujuk Anith supaya menerima lamarannya dalam tempoh seminggu. Saya rasa kita berdua patut tolong satukan kawan baik kita.”

            “Oh….saya faham. Saya pun tak sangka Qhaliff akan bertindak macam tu sekali. Saya pun rasa Qhaliff tu calon yang sesuai untuk menjadi bakal suami kepada Anith. Tapi, macamana? Mereka berdua tu kan tak pernah kenal antara satu sama lain. Mereka berdua tu berbeza dari semua segi. Dan faktor yang paling penting ialah mereka berdua tu tak pernah bercinta dan tak lama lagi bakal berkahwin.”

            Faez duduk semula.

            “ That’s it! Itu la perkara yang saya nak bincangkan dengan awak. Kita berdua tahu yang Qhaliff dan Anith tu tak pernah kenal dan tak pernah bercinta. Kalau jumpa asyik nak gaduh saja. Macam budak-budak terutama kawan saya si Qhaliff tu. So, apa kata kita buat mereka bercinta?”

            Diana mengerutkan dahi kerana masih tidak faham. “Bercinta? Macamana? Kan awak kata tadi Qhaliff tu tak pernah bercinta langsung. Macamana kita nak buat dia bercinta dengan Anith kalau dia tak ada pengalaman bercinta? Lagi satu, kawan saya Anith tu dah serik untuk bercinta. Selepas dia dikecewakan, Anith tak nak lagi bercinta. Susah ni. Seorang tak reti bercinta, seorang lagi serik bercinta. Macamana kita nak buat mereka bercinta?”

            “ Awak percaya cinta selepas kahwin?” ujar Faez sambil merenung Diana. Alahai! Renungan Faez ni mengancam hati aku betul la.

……………………………………………………………

            “ Anith!” panggil Qhaliff.

            Alamak! Dia panggil nama aku la pulak. Nak toleh ke tak ni? Aku masih rasa malu nak menghadap dia ni. Mesti dia nak tanya tentang soal lamaran tu tadi. Ehm…macamana aku nak buat ni? Time macam ni pulak si Diana tak ada.

            “ Anith! We need to talk! Can we?” ajak Qhaliff sekali lagi.

            “ Err…Qhaliff, saya rasa saya nak balik dulu. Saya belum bersedia lagi. Nanti saya akan hubungi awak semula untuk bincang hal ni.”

            “ Baiklah kalau awak cakap macam tu. Saya faham.” Qhaliff faham akan maksud Anith. Mungkin Anith masih belum bersedia lagi untuk berbincang.

            Anith mencari telefon bimbitnya untuk menghubungi Diana. Qhaliff hanya memerhati tingkah laku Anith.

            “ Assalamualaikum, Dee. Kau boleh ambil aku sekarang tak? Aku nak balik.”

            “ Faez, Anith nak minta aku ambil dia sekarang. Macamana? Anith tak bawa kereta dia hari ni.”

            “ Cakap pada dia, minta Qhaliff hantarkan dia pulang. Ok?” balas Faez kepada Diana. Diana tersenyum.

            “ Waalaikumsalam, Anith. Ehmm..aku minta maaf sebab tak dapat nak ambil kau. Aku tiba-tiba ada hal. Apa kata kau minta Encik Bakal Suami hantar kau?” Gulpp! Anith menelan air liurnya. Usik Diana. Faez sudah tergelak.

            “ Apa? Minta hantar?” tanpa sedar Qhaliff mendengar perbualan Anith.

            “ Yelah! Kau pandai-pandai la cakap kat dia. Korangkan tak lama lagi nak kahwin.”

            “ Hishhh!!! Kurang asam punya kawan. Semanis cheese saja kau cakap macam tu kat aku yer. Takpe lah! Ok…assalamualaikum.” Anith mematikan talian.

            “ Ingat, jangan lupa minta Encik Abang Qhaliff hantar tau!” sempat lagi Diana mengenakan Anith.

            Tak guna betul la! Pandai-pandai je minah ni. Anith mengerling jam tangannya yang kinu sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Tangan dan kaki sudah lenguh gara-gara pusing satu KLCC. Boleh ke aku minta tolong Qhaliff hantar aku ni? Aduh! Sekali lagi Anith mengerling jam tangannya.

            “ Kenapa Anith?” soal Qhaliff.

            “ Erm…takde apa-apa.”

            “ Ehm…kalau macam tu, saya balik dulu. Assalamualaikum.” Ucap Qhaliff.

            “ Ok…waalaikumsalam.” Qhaliff sudah mula melangkah pergi.

            Cepatlah cakap Anith! Qhaliff dah nak pergi tu. Dahlah aku ni guna pengangkutan awam ni kureng sikit. Takkan la aku nak tercongot kat sini seorang diri. Apa la nak dimalukan sangat. Anith menggosok-gosok tangannya kerana menggelabah. Anith menutup mata.

            “ Qhaliff!!!” panggil Anith kuat dengan mata masih terpejam. Qhaliff berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang semula. Qhaliff tersenyum melihat Anith dengan mata terpejam. Sebenarnya Qhaliff cuma mengacah saja. Qhaliff sudah dapat menganggak bahawa Anith pasti ada masalah.

            “ Ya…saya. Ada apa? Kalau ya pun cubalah buka mata dulu.” soal Qhaliff selamba di depan Anith.  Pantas Anith membuka matanya semula. Nak saja Qhaliff tergelak melihat riak wajah Anith ketika ni.

            Oh…dia gelakkan aku. Bukan aku nak sangat pun nak panggil nama dia. Ishhh…buat malu aku je. Kalau tak disebabkan aku tumpang kereta Diana, tak adanya aku nak panggil dia. Tapi, terpaksalah aku kena minta tolong dari dia juga. Kalau tidak…tak balik la aku nanti. Cakap je lah Anith pada dia. Bukannya susah pun. Malu bertanya sesat jalan nanti.

            “ Errr…boleh tak tolong hantarkan saya balik?” soal Anith.

            Ohhh….rupanya nak minta aku hantarkan balik. Laa…kenapa tak minta awal-awal tadi. Anith ni memang suka jual mahal. Nasib baik aku jalan perlahan je tadi. Patutlah dari tadi asyik tengok jam tangan tu. Anith….Anith…Qhaliff senyum pada Anith.

            “ Ok. Jom!” Qhaliff mengajak Anith.

            Hah! Itu je dia cakap dengan aku! Ceh! Ingatkan susah sangat. Betul juga kata pepatah melayu, kalau kita malu bertanya, nanti sesat jalan. Kena berani barulah berjaya. Alahai, Anith. tu lah ego punya fasal, sikit lagi kau tak dapat nak balik. Aku mengikut langkah Qhaliff dari belakang. Rasa segan pulak aku nak berjalan beriringan dengan dia. Nampak hansem pulak dia hari ni. Anith…Anith…sempat pulak kau puji.

            Mana pulak Anith ni? Qhaliff mencari-cari di kiri dan kanannya. Takkan dah tinggal pulak? Qhaliff menoleh ke belakang pulak. Laa…kat belakang rupanya.

            “ Anith…” panggil Qhaliff lalu mendekati Anith.

            Gulpp! Anith menelan air liur kerana Qhaliff berada terlalu dekat dengannya. Dah lah aku ni pendek kalau nak dibandingkan dengan dia. Cuma setakat paras dada je. Qhaliff menundukkan sedikit wajahnya.

            “ Kenapa jalan kat belakang? Jalan sama boleh?” ujar Qhaliff ramah. Anith tidak berkedip mata melihat senyuman Qhaliff yang manis kepadanya. “ Errr…” jawab Anith teragak-agak. Aku ni dah kenapa?

            “ O…ok..ok..”balasku. Aku dan Qhaliff berjalan beriringan. Lagak kami berdua sudah seperti pasangan bercinta pulak walaupun sebaliknya yang berlaku. Masing-masing lebih selesa untuk berdiam diri sehingga sampai ke lot parkir.

            Qhaliff membuka pintu untukku terlebih dahulu. Wah! sampai begitu sekali layanan Qhaliff kepadaku. Aku melabuhkan dudukku di dalam perut kereta begitu juga dengan Qhaliff. Aku menarik tali pinggan keledar untuk tujuan keselamatan.

            Eh! Kenapa keras sangat nak tarik ni! Kereta mahal-mahal, tapi tali pinggang keledar tak berfungsi pulak. Ni yang aku nak marah ni! Aku menarik sekali lagi tali pinggang keledar tu dengan lebih kuat. Tiba-tiba, sepasang tangan cuba untuk membetulkan tali pinggang keledarku dengan berhati-hati. Siapa lagi kalau bukan Qhaliff. Entah bila tangannya sudah sampai ke tali pinggang keledarku. Aku diam tidak berganjak kerana kedudukan kami berdua terlalu rapat sehingga aku boleh mendengar deru nafasnya. Sedikit saja aku bergerak pasti hidungku bakal berlaga dengan pipinya.  

            Hidungnya mancung terletak. Kulitnya bersih tanpa secalit parut. Lesung pipitnya yang selalu kelihatan bila tersenyum. Kenapa dengan aku ni? Kenapa jantung aku berdegup dengan pantas sekali? Tenanglah wahai hati.

            “ OK…done! Saya minta maaf. Saya bukan sengaja nak buat macam tu. Saya cuma nak tolong betulkan tali pinggang keledar ni. Tersangkut pulak.”

            “ Oh…ehmm…ok. Saya faham.”

            Qhaliff membetulkan kedudukannya semula. Qhaliff cuba bertenang sebelum memulakan pemanduannya. Qhaliff mengurut-urut dadanya. Ahh! Aku dah rasa macam tak cukup oksigen bila berada terlalu dekat dengan dia sebentar tadi. Jantung aku ni macam nak meletup saja bila Anith pandang aku dari jarak yang sangat dekat. Qhaliff menarik nafas dalam-dalam.

            “ Ok..boleh kita jalan sekarang?” Anith mengangguk.

……………………………………………….

            Usai solat Ishak, aku terus merebahkan diriku di atas katil. Betul kea pa yang aku buat ni? Aku dah setuju dengan lamaran Qhaliff walaupun aku tak berapa kenal dia sangat. Aku dan dia berbeza sangat. Bolehkah aku hidup bersama dengan dia nanti? Aku tak penah bercinta dengan dia. Kenapa la aku boleh terlanjur cakap tadi? Dah lah aku cakap kahwinnya bulan depan. Amboi! Pintar sangat kau ni Anith! Nanti apa kata mak kau nanti kat kampung? Terkejut badak sumbu nanti bila kau kata nak kahwin bulan depan. Ahh! Pening….pening…

            Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik Anith diketuk. Pasti Diana. “ Masuklah!” ujarku. Diana sudah tersengih-sengih. Ini mesti ada udang si sebalik batu.

            “ So, apa rasa kena hantar dengan Abang Qhaliff? Romantik tak?” usik Diana yang duduk di birai katil. Anith menghadiahkan satu cubitan anak ketam kepada Diana yang tak sudah-sudah mengusiknya.

            “ Banyak la kau punya romantik! Ni mesti rancangan kau dengan kawan si Qhaliff tukan?”

            “ Ouchhh! Eleh…tak payah la nak merajuk sangat. Buruk rupanya kalau orang tua merajuk.”

            “ Aku masih muda lagi tau plus comel.” Ujarku dengan bangga. Diana tergelak.

            “ Muda tu aku boleh terima. Part yang comel tu tang mana pulak eh?” perli Diana.

            “ Itu aku punya pasal. Aku punya muka aku yang tahu aku ni comel ke tak. Comel tak Kak Ton? Comel!” jawab Anith dan Diana serentak lalu ketawa.

            “ Anith, aku nak tanya kau sesuatu ni. Kau betul-betul ikhlas terima lamaran Qhaliff?”

            “ Entah la…Dee. Aku sebenarnya cuma cakap saja pada masa tu. Aku pun tak pasti lagi. Aku sebenarnya dah serik dengan lelaki.”

            “ Ehm…Anith...kau percaya tak cinta selepas kahwin? Kau dan Qhaliff kan tak pernah kenal dan tak pernah bercinta. Apa kata korang cuba bercinta selepas kahwin. Kata orang, cinta selepas kahwin tu lebih manis dan lebih romantik. Dan lagi disukai Allah. Bila kau dah kahwin nanti dengan Qhaliff, kau ajaklah dia dating.” Membulat mata Anith mendengar cadangan gila dari kawannya.

            Aku ajak dia dating? Cinta selepas kahwin? Boleh percaya ke? Aku ni perempuan, lain la dia tu yang ajak aku dating. Takkan la aku pulak yang kena ajak dia dating?

……………………………………………….

            “ Assalamualaikum, bakal pengantin?” usik Faez pada Qhaliff di muka pintu.

            “ Waalaikumsalam. Ahh…kau ni dah kenapa? Dah tak reti nak panggil nama aku lagi.”

            “ Ala…gurau sikit pun tak boleh. Rileks la…” Faez melangkah masuk ke dalam rumah Qhaliff.

            “ Ada apa kau datang ni?” soal Qhaliff.

            Sebenarnya Faez ada merancang sesuatu dengan Diana tanpa pengetahuan Qhaliff dan juga Anith. Tapi berjaya atau tidak, terpulang kepada empunya badan. Yang penting misi malam ini terletak di bahu Faez dan juga Diana. Faez sudah tersenyum penuh makna.

            “ First of all, I wanna congrats to you that you’ll be married soon.”

            “ Soal tu belum pasti lagi la. Aku dan Anith belum bincang apa-apa lagi.”

            “ What? Jadi tadi korang berdua buat apa? Aku dan Diana dah bagi peluang pada korang untuk berbincangkan?”

            “ Well, sebenarnya Anith tak bersedia lagi untuk berbincang dengan aku. Aku tak nak la paksa dia. Lagipun, dia kan dah terima lamaran aku.”

            “ Hemm…memandangkan Anith dah terima lamaran kau, kau ada rasa something tak pada Anith?”

            “ What do you mean? Rasa something macamana?” Faez sudah menepuk dahinya. Alamak! Qhaliff ni memang kosong betul bab bercinta ni.

            “ Macam ni…kau dengan Anith tak lama lagi akan bakal berkahwin. Kau ada tak rasa macam jatuh cinta pada dia? Itu maksud aku.”

            “ Aku tak pasti lagi. Aku tak tahu. Kau pun tahu aku kenal dengan Anith tu macamana. Kami berdua bukannya kenal sangat, lagi-lagi nak bercinta. Memang jauh sangat la.  Aku pun tak pernah terfikir langsung yang aku akan bakal berkahwin dengan dia. Tapi, disebabkan khabar angin tu, aku terpaksa bertanggungjawab untuk menjaga nama baik kedua-dua buah keluarga.”

            “ Qhaliff…do you belive cinta selepas kahwin?” soalan cepu cemas dari Faez kepada Qhaliff yang langsung tiada pengalaman bercinta.

p/s : Bersambung.....tunggu jawapan Qhaliff...hihihihihi :)

You Might Also Like

4 comments

  1. Lamanya menungu n3 ni...at last ada juga tapi rasa nya pendek sangat crita nya.......dah tak sabar tungu n3 baru...nak dengar pengakuan Qhaliff tentang cinta selepas kahwin ��������

    ReplyDelete
  2. Dotie, saya suka bagi pembaca saspens sikit....hahaha...tunggu apa jawapan Qhaliff nanti :)

    ReplyDelete
  3. maybe next week....hahahaha

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images