BELUM TRY BELUM TAU! 2

15:53



      ZACHARY benar-benar rasa terkejut. Belum pernah lagi Zachary berjumpa dengan perempuan yang berani bersuara lantang. Perempuan itu mula mendekati Zachary dengan pandangan yang tajam. Namun, belum sempat perempuan itu ingin mendekati Zachary, tiba-tiba hon kereta dibunyikan.

“ PIN! PIN! PIN!” Aku pantas menoleh ke arah kereta itu.

Argh!!! Geramnya. Sibuk pulak kereta orang tua ni bunyi hon. Huh! Takkan aku nak biarkan lelaki itu terlepas macam tu saja? Mana boleh! Suka hati je nak ambil parking aku. Aku tak boleh biarkan. Aku mesti membuat perhitungan dengannya.

“ PIN!!!!!!!!” Amboi! Pak cik ni bukan main lagi dia hon aku memanjang. Hisy….gerammm tengok mamat tu. Zachary  sudah tersengih melihat gaya perempuan itu yang sedang menahan geramnya. Tanpa membuang masa, Zachary terus berlalu sambil menayangka flying kiss kepada perempuan itu.

  “Hey! Kau nak ergi mana tu hah? Aku belum cakap dengan kau lagi! Jangan lari!” Hisy…piraaa…flying kiss kau tu. Tak ingin aku! Yerkk!!! Aku membuntangkan mata kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu. Giler!!!! Jeritku padanya. Aku sudah tidak peduli dengan bunyi hon dari pak cik tua ini.


“ PIN!!!!!!!!!”

“ Kejap!” balasku lalu masuk ke dalam perut kereta semula. Aku menghemas stereng kereta kerana geram dengan sikap lelaki yang tak guna tu! Huh! Kalau aku jumpa lagi dengan kau, siaplah aku buka langkah karate aku. Nampaknya, terpaksalah aku cari parking kereta semula.

…………………………………..

            Aku melangkah masuk ke dalam Baskin Robbins untuk mencari Elle. Elle sudah mengambil tempat duduk. Pandai juga kawan aku ni ajak lepak kat sini. Sekurang-kurangnya boleh juga cair kan hati aku yang sedang panas.

            “ Hai, K.” sapa Elle ceria.

            “  Hemmm…” balasku. Mood aku dah rosak sebab mamat pencuri parking tadi.

            Aku masih dengan muka ku yang masam. Aku meletakkan beg silangku di atas meja dengan kasar.

            “ Hoi! K, apahal dengan kau ni? Aku tengok muka kau macam ni buat aku tak ada feel nak makan banana ice split. Cuba cerita kat aku?”

            “ Aku bengang! Hisy…kalau aku dapat jumpa mamat pencuri parking tu, aku ajar dia cuku-cukup!”

            “ Mamat pencuri parking?”

            “ Yelah! Kau tahu bukan main susah lagi aku pusing One B, cari parking. Then, bila dah jumpa, aku nak buat reverse parking. Tup…tup…muncul kereta entah dari mana masuk dalam tempat letak kereta aku. Tu yang aku tak puas hati! Dia boleh jalan je terus lepas tu siap bagi aku flying kiss! Uwekk….”

            “ Habis kau tak sempat la nak ajar dia tadi?”

            “ Tak! Aku bengang giler!”

            “ Macam ni la, apa kata kau pergi order ice cream kesukaan kau untuk cairkan hati kau yang sedang berasap ni..” Elle sudah pening melihat kerenah Khayra. Kalau Khayra sudah mula marah, tak siapa berani nak lawan. Dulu masa belajar pun, ramai yang takut dan ingat dia sombong. Tapi, sebenarnya tak. Hanya orang yang rapat saja akan mengenalinya.

……………………………………………

             Zachary memakirkan keretanya di dalam garaj sebelum melangkah masuk ke dalam banglo tiga tingkat keluarganya. Kedatangan Zachary hanya disambut dengan senyuman mesra oleh Mak Yah yang merupakan pengasuhnya semenjak mamanya meninggal dunia. Nak diharapkan ayahnya, memang tiada yang memahami dirinya.

            “ Dah besar panjang kamu, Zack. Mak Yah rindu sangat kamu.” Ucap Mak Yah. Zachary lantas menyalam tangan Mak Yah lalu memeluk Mak Yah. Zachary sudah menganggap Mak Yah seperti ibunya sendiri.

            “ Zack pun rindu dengan Mak Yah. Rindu sangat.” Mak Yah gembira mendengarnya. Ingatkan Zachary sudah berubah namun ternyata sifat manjanya tu masih ada.

            Lama mereka berdua berpeluk untuk melepaskan rindu masing-masing. Tiba-tiba, seseorang berdehem.

            “ Sekarang baru nak balik?” sindir Zakree pada anak lelakinya. Zakree tahu anaknya itu sengaja tidak mahu balik awal. Sejak arwah isterinya meninggal dunia, hubungannya bersama Zack sudah tidak serapat dulu.  Kesibukan kerja ternyata membataskan hubungan mereka anak-beranak.

            “ Mak Yah, saya naik atas dulu.” ujar Zachary pada Mak Yah. Zachary malas untuk bersemuka dengan ayahnya.

            Zachary mengambil bagasinya untuk menuju ke atas. Tidak betah rasanya untuk berlama-lama di situ kerana kehadiran ayahnya.

            “ Zack! Zack!” panggil Zakree namun tidak dihiraukan oleh anaknya.

            “ Tengok la tu, Mak Yah. Ditegur sikit mulalah buat perangai.”

            “ Sabar Zakree. Mungkin Zack masih penat tu. Mak Yah ke dapur dulu.”

            Zakree meraup wajahnya lalu masuk ke dalam biliknya.

            Zachary merebahkan dirinya di atas katilnya yang sudah lama dirinduinya. Sudah lama Zachary membiarkan biliknya ini kosong. Zachary cuba melelapkan matanya untuk mencari ketenangan. Fikiran Zachary tiba-tiba teringatkan kejadian tadi semasa di One Borneo.

            Lucu pulak melihat riak wajah perempuan tu. Walaupun nampak garang, tapi manisnya tu ada. Tapi kenapa aku rasa macam pernah jumpa dia? Zachary mengukir senyuman. Zachary pantas mengeluarkan dompetnya.

            “ Khayra…rindu awak. Saya akan tunaikan janji kita berdua.” Ucap Zachary sambil merenung gambar di dalam dompetnya.

            Zachary akhirnya tertidur sambil ditemani dengan gambar seseorang yang menjadi penemannya sehingga kini.

……………………………………………………

            “ Uhukk!!! Siapa pulak yang menyebut nama aku ni.”

            “ Itulah…makan tu jangan gelojoh sangat. Kan dah tersedak tu.” Tegur Puan Soraya.

            “ Mana ada Khayra makan gelojoh. Tengok ni…Khayra makan macam perempuan melayu terakhir..” Khayra menyuapkan nasi ke dalam mulutnya dengan sopan sekali. Puan Soraya geli hati melihat sikap selamba anaknya itu.

            “ Jangan-jangan ada yang rindu Khayra tak? Sebab tu sampai tersedak.” Usik Encik Khaleed pada anaknya.

            “ Takde maknanya la nak rindu-rindu segala ni.”

            Usai makan malam, Khayra berlalu masuk ke dalam bilik untuk melayan cerita korea di dalam lap topnya. Yehh…nasib baik aku sempat beli dvd  Cheongdamdong Alice ni tadi. Kalau tak…menangis tak berlagu la aku. Aku mengangkat lap top ku ke atas katil supaya memudahkan aku untuk berbaring sambil melayan cerita korea.

            Aku memeluk dvd patung Doraemonku. Hemm…bestnya. Yehh…episode satu dah mula. Aku khusyuk menonton drama korea tanpa sebarang gangguan. Bila hero dan heroin nak bertemu ni? Cepatlah….

                Alamak! Kereta dia berlanggar! OMG!! Aku ni kalau menonton drama ke filem, memang terlebih feel. Bak kata Stacy, ‘ terlebih sudah’. Eh..sekejap-sekejap. Aku macam pernah mengalami babak ni. Hemm…scene ni buat aku teringat kat mamat pencuri parking tu pulak. Menyampah pulak bila teringat tentang dia. Huh! Siaplah mamat tu kalau aku jumpa dengan dia lagi. Mentang-mentang la kereta dia lawa. Cehhh! Ada aku kisah? Benci!

P/S : Bersambung.....selamat membaca n sudi-sudi komen yer...hihih :)

You Might Also Like

2 comments

  1. waa !best !apa hubungan Khayra dengan Zachary ek ?

    ReplyDelete
  2. lunalina...maknanya kena tunggu sampai habis..hihi

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images