Novel DATING KONTRAK! 21

21:00



OLEH: KIR@ LEE

BAB 21

“ CINTA selepas kahwin?” Aku dan Anith? Aku bercinta dengan Anith? Qhaliff menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Qhaliff berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Kata-kata terakhir dari Faez tadi begitu menganggu jiwa dan fikiran Qhaliff saat ini.

            Apa perasaan aku bila Anith terima lamaran aku? Masa tu aku terkejut tapi pada masa yang sama aku rasa gembira tak terkata. Tapi dalam hati…boleh la aku berlagak happy masa tu. Kat luar kenalah act cool. Apa perasaan aku bila Anith minta aku hantarkan dia pulang? Masa tu aku rasa teruja sangat sebab Anith pertama kali minta bantuan daripada aku. Aku pulak dah tersengih. Apa perasaan aku bila tiba-tiba Faez soal aku tentang cinta selepas kahwin? Itu…biarlah rahsia.

            Semalaman Qhaliff tidak cukup tidur kerana memikirkan soalan dari Faez. Berkali-kali Qhaliff memaksa matanya untuk tidur namun tidak juga berhasil. Soalan keramat itu membuatkan Qhaliff berasa tidak tentu arah semalaman. Tempoh yang diberikan oleh ayah Qhaliff sudah pun tamat dan berakhir dengan positif. Kini, Qhaliff cuma perlu menunggu panggilan dari Anith. Ayah dan mamanya pasti gembira mendengar berita ini.

            “ Tuan, ini kopinya.” Ujar orang gaji Qhaliff.

            “ Tuan.” Sekali.

            “ Tuan!” Dua kali.

            “ Tuan!!” Tiga kali. Kali ini baru Qhaliff tersedar. Jauh benar Qhaliff mengelamun. Qhaliff mengurut-urut dahinya.

            “ Hemmm….terima kasih.” Balas Qhaliff.

            Usai bersarapan, Qhaliff segera mencapai brief casenya lalu beredar agar tidak terlewat untuk keluar bekerja.

……………………………………………

            Buku latihan yang berada di atas meja dicapai lalu dibelek satu-persatu. Beginilah rutin harian Anith sebagai seorang guru. Jika tidak mengajar, menanda buku la kerjanya.

“ Haii!” Anith menguap. Sudah banyak kali Anith menguap hari ini. Mana tidaknya, semalaman tidur Anith tidak nyenyak akibat memikirkan masalah yang baru sahaja diciptanya.

“ Ergh!!! Kenapa la mulut aku ni murai sangat! Boleh pulak aku cakap aku akan kahwin bulan depan! Aduhh! Mana nak cari ayat drama untuk mak aku kat kampung tu nanti? Mak aku tu songehnya boleh tahan jugak. Takut pulak aku nak kelentong, silap-silap mak aku tu kalau bertukar jadi Detective Conan nanti, memang aku tak boleh lari lagi. Haiii…pening…pening…

Lagu Rain Sound B.A.P berdering dari dalam beg tanganku.

“ Assalamualaikum, Zara.” Alamak! Mak aku la! Baru je aku sebut, macam tau-tau je.

“ Waalaikumsalam, mak. Mak sihat?”

“ Alhamdulillah, mak sihat. Bila nak balik Labuan?” soal Puan Anissa.

“ Zara baru je nak call mak tadi. Ehm…Zara balik jumaat ni. Lagipun, Zara ada benda nak bincang sesuatu dengan mak nanti. Flight petang.”

“ Baguslah tu. Mak dah rindu sangat dengan Zara ni. Nanti mak beritahu ayah kamu. Zara, ingat pesan mak jaga diri elok-elok dan jaga nama keluarga kita. Assalamualaikum.”

“ Yer mak. Zara ingat pesan mak. Kirim salam sayang rindu pada semua kat kampung. Tak lama lagi Zara balik tau. Waalaikumsalam, mak.”

Hemmm…nampaknya aku kena jumpa Qhaliff sebelum balik kampung nanti. Aku nak bincang dengan dia soal perkahwinan kami berdua ni. Anith menaip sesuatu di telefon bimbitnya lalu menghantar pada Qhaliff. Sebelum tu, aku kena cari ayat drama yang sesuai untuk beritahu mak aku soal aku nak kahwin.

……………………………………………….

            Bosannya. Qhaliff memusingkan kerusinya ke belakang untuk menikmati pemandangan di luar. Hemm….bosan. Qhaliff menepuk-nepuk pipinya kerana terasa mengantuk. Tiba-tiba, Qhaliff teringatkan hari semalam. Qhaliff tersenyum. Anith menerima lamarannya di depan Faez, Diana dan Adam. Dan paling Qhaliff ingat juga ialah bila Anith cakap dia akan berkahwin bulan depan. Senyuman Qhaliff masih tidak hilang lagi.

            “ Tuk! Tuk! Assalamualaikum.” Sapa Faez. Qhaliff cepat-cepat memusingkan kerusinya ke depan semula kemudian berlagak seperti biasa. Act cool

            “ Hemm…waalaikumsalam. Kenapa?”

            “ Eh…apa hal dengan kau ni? Mata kau sembap semacam saja..macam tak cukup tidur. Kenapa? Tak sabar nak kahwin ke?”

            “ Ini kau punya pasal la aku tak cukup tidur! Kalau kau tak tanya aku semalam soal…” Eh..mana boleh cakap kat dia. Mulut dia ni selalu je nak usik aku. Kalau aku beritahu dia yang aku tak boleh tidur sebab aku sibuk fikir pasal soalan cinta selepas kahwin, confirm dia gelakkan aku. Tak nak la!

            “ Soal apa pulak?” Belum sempat Qhaliff menjawab, telefon bimbitnya berdering.

Salam. Malam ni free? Saya nak jumpa awak untuk bincang pasal kita. – Anith

            Qhaliff tersenyum lebar sebaik sahaja membaca isi kandungan mesej dari Anith. Barulah terasa hilang mengantuknya dan kebosanannya hari ini. Matanya yang tadi terasa ingin terlelap kini kembali segar seperti mendapat tenaga baru.

            “ Dapat mesej dari bakal wife ke?”

            “ Cettt! Tak payah nak menyibuk. Pergilah kerja kalau tak aku potong gaji, baru tauuu..”

            “ Ek eleh…baru dapat mesej, dah pandai berlagak. Baiklah bosku. Aku tak nak ganggu bunga-bunga cinta korang nak berkembang. Good luck! Ok…aku pergi dulu.” Faez tersenyum melihat Qhaliff. Sampai begitu sekali rupanya kalau sudah jatuh cinta. Qhaliff…Qhaliff…sudah jelas Qhaliff, yang sebenarnya kau sudah jatuh cinta pada Anith.

Salam. Free. Ok jumpa malam ni. Kat mana?- Qhaliff

Awaklah cadangkan.- Anith

Kalau macam tu, jumpa kat hotel saya. Jam 8.00 malam. Ok?- Qhaliff

Ok.- Anith

Great! Boleh saya jemput awak?-Qhaliff

Ok.- Anith

            “ Yahoo!!! Anith ajak aku dinner.” Qhaliff menari-nari di ruang pejabat dengan gembiranya.  

Farah yang berada di luar terkejut mendengar jeritan dari dalam bilik Qhaliff lalu segera masuk ke dalam untuk memeriksa.

            “ Tuan, kenapa?” soal Farah dengan riak yang risau. Qhaliff termalu sendiri kerana jeritannya pasti sudah didengari oleh Farah akibat pintu biliknya yang tidak ditutup rapat.

            “ Takde apa-apa. Awak boleh keluar.” Qhaliff berlagak tenang di depan setiausahanya. Qhaliff meraikan kegembiraannya semula selepas setiausahanya sudah keluar. Qhaliff membaca semula mesej-mesej yang baru sahaja dibalas oleh Anith dengan diiringi senyuman yang lebar.

            Qhaliff segera menekan butang interkomnya untuk memanggil Farah. Hati Qhaliff kini sudah dipenuhi dengan bunga-bunga cinta saat berbalas mesej dengan Anith. Entah kenapa Qhaliff berperasaan sebegini. Dirinya sendiri juga tidak mengerti. 

            “ Farah! Tolong batalkan semua janjitemu saya untuk hari ini. Saya ada hal.” Arah Qhaliff di talian. Farah tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu semua adalah arahan dari bosnya sendiri.

            “ Baik, Tuan.” Ucap Farah.

            Qhaliff segera menyarung kot hitam ke tubuhnya yang sasa. Briefcase dicapai lalu keluar dari biliknya. Malam ini adalah malam yang paling penting buat Qhaliff dan oleh kerana itu Qhaliff beria-iya untuk keluar awal kerana ingin membuat persiapan terlebih dahulu. Malam ini adalah peluangnya untuk berbincang dengan Anith secara lebih mendalam lagi soal perkahwinan mereka.

            “ Qhaliff! Kamu ni nak ke mana? Tergesa-gesa keluar macam nak kejar masa je.” Sapa Tan Sri Ezzudin di ruang lobi pada Qhaliff. Niatnya hari ini adalah untuk menemui Qhaliff kerana ingin berbincang hal perkahwinan Qhaliff.

            “ Ayah! Qhaliff ada hal penting.”

            “ Ayah baru je nak jumpa kamu nak bincang tentang perkahwinan kamu. Tempoh seminggu yang ayah beri dah pun tamat. So, macamana keputusannya?”

            “ Pasal tu, ayah jangan risau. Anith dah pun setuju. Malam ni Qhaliff akan bincang dengan Anith soal perkara ni. Tu la Qhaliff keluar sebab nak prepare something.”

            “ Baguslah kalau macam tu. Senang hati ayah. Mama kamu mesti lagi gembira bila dengar berita ini. Patutlah keluar tergesa-gesa, rupa-rupanya nak jumpa bakal wife yer. Takpe, ayah faham. Qhaliff, buat betul-betul kalau nak prepare something special for the only one.” Pesan Tan Sri Ezzudin kepada anak lelakinya ini. Gembira sekali hati Tan Sri Ezzudin kerana akhirnya Qhaliff  bakal mengakhiri zaman bujangnya.

            “ Thanks a lot. I will. Ok, I got to go. See you then.”
…………………………………………………………

Anith tersenyum-senyum membaca mesej daripada Qhaliff. Bila masa pulak mamat ni pandai tulis lembut-lembut kat dalam mesej ni? Rasa lain pulak.

“ Ehem…senyum seorang je ke?” Tak payah nak teka susah-susah. Itu mesti Diana. kalau tak sehari mengusik aku, tak sah la namanya.

“ Senyum tu satu sedekah tau..”

“ Ohhh…..senyum tengok sms siapa? Husband ke?” Tengok! Aku dah cakap.

“ Belum jadi lagi la…”

“ Woo….dah pandai mengaku. Ada perkembangan…ni yang aku suka.” Diana senyum tersengih. Mukaku sudah berubah menjadi merah kerana malu.

“ Kau ni kan…aku doakan kau cepat-cepat bertemu jodoh.”

“ Amin….banyak-banyak. Hah! Nantikan bila kau dah kahwin dengan Qhaliff, kau cubalah kenenkan aku dengan Faez. Boleh tak?”

“ Amboi! Banyak cantik! Dahlah…aku nak siapkan kerja aku ni cepat. Malam ni aku nak keluar dengan Qhaliff. Kita orang nak bincang.” Anith segera mengambil beberapa buah buku latihan untuk ditanda.

“ Wahhh!!! Bestnya…ini mesti korang berdua nak candle light dinnerkan? Patutlah dari tadi tersenyum-senyum je Cik Kak kita ni. Yelahkan…tak lama lagi orang tu kan nak jadi bakal Puan. Ok lah, kita tak nak ganggu dah.”

Diana berlalu keluar dengan hati yang gembira. Diana berharap agar Anith akan dan Qhaliff akan berbahagia selamanya.

Sementara itu, Qhaliff sibuk memilih pakaian yang sesuai untuk malam ini. Qhaliff ingin tampil segak di depan Anith kerana Qhaliff ingin membuat kejutan kepada Anith. Jam kini menunjukkan pukul 5.00 petang. Qhaliff sudahpun mengarahkan pekerja-pekerjanya untuk menghias restoran dan tidak lupa juga Qhaliff ada menempah sejambak bunga ros untuk melengkapkan kejutannya.

Bilik tidur Qhaliff kini dipenuhi dengan baju dan seluarnya yang berselerak di atas katil mahupun di atas lantai. Jari jemari Qhaliff masih sibuk menilik pakaian yang menjadi pilihannya untuk malam ini.

Hemm…susah juga macam ni. Dari tadi aku tak jumpa baju yang sesuai untuk malam ni. Tanya Uncle Google lagi cepat daripada nak tunggu jawapan si Faez. Ipad di tepi katil dicapai oleh Qhaliff. Macam nak pergi first date pulak aku ni. Tapi kalau difikirkan balik memang betul pun. Qhaliff segera menaip apa yang dikehendakinya.

“ Ahah! Ini dia yang aku cari. Pilihlah pakaian yang sesuai untuk janji temu pertama” Qhaliff sudah tersenyum senang hati membaca blog yang dapat membantu masalahnya.

Kali ini saya nak kongsi panduan memilih pakaian yang sesuai pada janji temu (date) pertama.. Setiap orang pasti rasa berdebar2 dan rasa tak menentu untuk keluar dating pada kali pertama.  Biasanya, anda akan terfikir tentang pakaian apa yang harus dipakai kerana baik lelaki mahupun wanita, kedua2nya mahu tampil cantik, kacak, kemas dan bergaya.

Qhaliff mengangguk mengiyakan kerana dirinya sedang dilanda masalah itu. “ Betul la blog ni tulis.” Qhaliff menyambung semula bacaanya.

Pertamanya – sentiasa ingat bahawa pakaian pada janji temu kali pertama mestilah selesa, tetapi bergaya dan sesuai dengan tempat atau aktiviti yang akan anda lakukan.

Keduanya – Sentiasa cuba untuk tampil sesimple yang mungkin.  Gaya anda yang simple itu boleh membuatkan anda kelihatan lebih bergaya. Bagi lelaki, cukup mengenakan sepasang jeans yang bersih, ya saya ulangi, bersih, tidak koyak-koyak, dengan sehelai kemeja putih @ t shirt sahaja.  Warna juga memainkan peranan.  Elakkan memakai warna merah terang, atau warna-warna lain yang striking kerana ia menyakitkan mata dan terlalu menonjol.

Ketiga – Pastikan pakaian kena dengan rancangan anda pada janji temu kali pertama itu.  Andai kata anda ingin bermain bowling, pakailah pakaian yang sesuai untuk bersukan.  Jika anda ingin pergi makan malam di tempat yang ekslusif, pakailah pakaian yang bersesuaian, yang manis dan macho.

            Keempat – Pastikan anda tidak dihiasa terlalu banyak aksesori higga kelihatan seperti “pokok krismas yang bergerak”. Qhaliff ketawa. Pokok krismas bergerak? Ada juga gelaran macam tu. Aku tahu siapa yang sesuai dengan gelaran tu. Vivy Ellysa! Memang tepat gelaran tu pada minah gedik tu. Eh! Apasal pulak teringatkan minah gedik tu! Rosak mood aku je nanti.

            Kelima – Pilih kasut yang sesuai!!! Ini juga amat penting.


            Keenam – Jangan sembur terlalu banyak minyak wangi!! Ingat, anda bukan penyaman udara bergerak!  Cukup dengan satu semburan di kawasan2 nadi seperti leher dan tangan.

              Ok, saya harap tip-tip tersebut akan membantu anda sedikit sebanyak pada janji temu kali pertama!!

            Barulah Qhaliff faham. Begininya rupanya kalau nak berdating ni. “ Ok! Aku dah ready untuk malam ni.  Baru cukup ilmu aku..” Qhaliff tersenyum.

……………………………………………….

            “ Aku nak pakai baju apa? Alamak…macam ni!” Anith gementar kerana masih belum mencari pakaian yang sesuai untuk malam ini. Gawat!

            Alamak! Dah pukul 7.00 la. Habislah aku…macamana ni? Aku tak siap lagi.

            “ Anith! Kau dah siap ke?” soal Diana dari luar bilik.

            “ Dee! Tolong aku!” Jerit Anith lalu segera membuka pintu biliknya.

            “ Laa….kau belum siap lagi. Kau janji dengan Qhaliff, jam berapa? Astagfirullah! Apasal bilik kau ni dah tak macam bilik! Penuh baju berlonggok atas katil.”

            “ A’ah!!! Nasib baik kau ingatkan aku Dee! Aku lupa yang Qhaliff akan datang jemput aku malam ni. Ah….macamama ni? Aku tak tahu nak pakai baju apa? Aku tak tahu nak pilih.”

            “ Biar aku tolong pilih. Hah! Aku lupa nak bagitau kau. Baju Peplum yang kau beli online tu dah sampai. Aku letak kat bilik aku. Kejap aku ambik lepas tu kau cuba pakai. Aku rasa memang sesuai.”

            “ Yer ke! Ok..aku tunggu.” Sementara menunggu Diana mengambil baju, Anith terlebih dahulu mengenakan mekap ke raut wajahnya. Tak payah mekap tebal. Just nice. Ok.

            Anith mengemas baju-baju yang berlemparan di atas katil, begitu dengan selendangnya. Tidak berapa lama kemudian, Diana datang sambil membawa sebungkus kotak.

            “ Nah! Bukalah. Aku keluar dulu. Kalau dah siap, cepat turun.” Ujar Diana lalu keluar.

            “ Thanks, Dee. You’re my savior.”

            Anith cepat-cepat membuka isi kandungan kotak tersebut. Anith selalu juga membeli pakaian melalui online kerana lagi mudah dan tak perlu bersesak untuk memilih. Cuma dek kerana kesibukan masa, Anith terlupa tarikh baju yang dibeli online bila akan tiba.

            Yehh! Ini dia aku rasa baju ni memang sesuai. Tanpa berlengah, Anith menukar pakaiannya untuk bersiap segera. Baju peplum lace berwarna krim sudah tersarung ke badan Anith dan dipadankan dengan skirt lycra berwarna hitam. Shawl yang sudah dililit dikemaskan sekali lagi oleh Anith.

            “ Anith!!! Qhaliff dah datang. Kau dah siap ke?” laung Diana dari ruang tamu.

            “ Ok! Aku dah siap. Nak turun la ni.” Anith menarik nafas dalam sebelum turun tangga ke bawah. Relax Anith.

            “ Pewittt…cantik menarik tertarik kau memang daboom. Wah! Ini bisa jatuh cinta si Qhaliff tu nanti. Sepadan sangat korang berdua.” puji Diana pada Anith. Anith diam malu.

            “ Dia dah datang ke?”

            “ Yup! Apa lagi, cepat jalan. Kesian pulak abang Qhaliff kau tu tertunggu-tunggu Cik Anith dia ni.” Aku dan Diana berjalan beriringan menuju keluar.

            Qhaliff sudah bersandar ditepi keretanya. Qhaliff menghadiahkan senyuman buat Anith dan melambai tangan ke arahnya. Anith terpaku seketika. Segak sekali Qhaliff malam ini. Macam tak percaya je aku nak keluar dengan dia malam ni. Walaupun nampak ringkas, namun Qhaliff tetap kelihatan kacak. Tenang Anith. Buat seperti biasa.


            Anith menuju ke arah Qhaliff dengan tenang walhal di dalam hati kini sudah tahap gementar sudah naik ke paras atas sekali. Tangan Anith sudah mula sejuk. Kini mata bertemu mata sekali lagi. Renungan Qhaliff malam ini pasti membuatkan perempuan di luar sana akan cair termasuklah aku sendiri. Alahai…kacaknya Qhaliff malam ni.

            Qhaliff terpesona dengan keayuan Anith malam ini. Sungguh berbeza sekali sebelum ini. Kali ini Anith kelihatan lebih moden namun masih mengekalkan gaya ketimuran.

            “ Assalamualaikum.” Sapa Qhaliff.

            “ Waalaikumsalam.” Jawab Anith. Aduh…kenapa pulak aku ni? Kontrol ayu pulak. Ini bukan Anith. Tapi nak buat macamana, Qhaliff nampak lain sangat malam ni. Takpe Anith…korang berduakan tak lama lagi nak kahwin.

            “ Awak nampak cantik malam ni. So, can we go now?” aku hanya mengangguk lalu Qhaliff membukakan pintu keretanya untuk aku masuk ke dalam. Mulutku tiba-tiba kaku untuk berkata-kata. Kebiasaannya aku tak macam ni bila bertemu dengan dia. Hemm…aku rasa aku ni ada masalah hati kut?

            Qhaliff menghidupkan enjin keretanya.

            “ Qhaliff, hantar Anith dengan selamat yer. Jaga diri.” Pesan Diana.

            “ Ok.” Qhaliff memandu keluar. Aku sempat melambai ke arah Diana.

            Suasana kembali menjadi sunyi. Keadaan kami berdua masih kekok tambahan lagi waktu malam sebegini. Qhaliff, tanyalah sesuatu. Takkan nak biarkan perjalanan korang ni sunyi sepi je. Aku nak tanya apa?  Tiba-tiba, Anith berdehem.

            “ Boleh pasang lagu tak?”

            “ Huh? Oh….ok…ok.” Qhaliff segera menekan punat radio di dashboardnya. Apa la kau ni Qhaliff. Tengok, Anith dah sunyi sebab tu dia nak dengar lagu. Biarlah. Nanti la aku cakap dengan dia. Qhaliff tersenyum apabila mengingatkan kejutan yang bakal dibuatnya nanti.

            Anith sempat menjeling sekilas ke arah Qhaliff. Dari tepi pun dia nampak kacak la wei. Oh…hati. Lesung pipit dia nampak la. Patutlah senyuman dia manis je. Macam tak padan je dengan aku yang biasa-biasa ni.

………………………………………..

            Qhaliff dan Anith berjalan beriringan menuju ke restoren hotel Golden. Qhaliff sudah memastikan semuanya akan berjalan lancar untuk malam ini. Segala persiapan yang telah dilakukan oleh Qhaliff, semuanya menepati cita rasa Qhaliff.

            Rasa segan pula aku nak masuk ke dalam ni. Mesti ramai orang. Aku masih tak boleh lupa lagi di restoren inilah bermulanya khabar angin tentang aku dan Qhaliff bakal berkahwin. Malam ini aku ke sini sekali lagi tetapi untuk berbincang mengenai hal perkahwinan kami berdua.

            “ Tuan, kami dah sediakan semuanya. Sila ikut sini.” ujar pelayan lelaki itu kepada Qhaliff. Aku hanya mengikut langkah Qhaliff.

            Semua mata kini tertumpu pada kelibat pasangan yang baru sahaja masuk ke dalam restoran. Kedua-duanya kelihatan sepadan sekali bagai pinang dibelah dua. Tak kurang juga ada omong-omong yang kurang enak didengar. Tapi, aku peduli apa? Diakan bakal suami aku. Hullamak! Anith, dah pandai mengaku sekarang pulak.

            Kami berdua dibawa ke meja di ruang tengah. Ah..sudah. Memang kami berdua sah-sah menjadi tumpuan malam ini. Duduk berdua dibawah lampu chandelier, tentunya menarik perhatian para pelanggan malam ini. Qhaliff sempat berbisik kepada pelayan lelaki itu sebelum meninggalkan kami berdua.

            Apa aku nak cakap ni? Hemm…baru sahaja Anith ingin membuka mulut..muncul seorang chef dan pelayan lelaki sambil menolak troli yang berisi makanan. Qhaliff tersenyum padaku.  

            “ Terima kasih.” Ucapku pada chef dan pelayan lelaki yang menghidangkan makanan kepada kami berdua. Rasa lain macam pula bila menerima layanan seperti ini. Dahlah orang banyak pandang kat sini.

            Chef dan pelayan itu berlalu pergi. “ Anith, kita makan dulu. Kemudian baru kita bincang.” Ujar Qhaliff.
            “ Ok.” Ucapku.

            Pandai juga Qhaliff ni teka cita rasa aku.  Semuanya memang sedap. Memang tak dinafikan hotel Golden ini bertaraf lima bintang. Kami berdua menikmati hidangan makan malam dengan seleranya.  

            “ Alhamdulillah. Kenyangnya. Thanks for the dinner.”

            “ Your welcome.” Qhaliff memberi isyarat mata kepada salah seorang pekerja yang telah ditugaskannya. Qhaliff ingin membuat kejutan kepada Anith.

            “ Qhaliff…” ujar Anith.

Tiba-tiba, muncul seorang pelayan lelaki sambil membawa sejambak bunga ros merah lalu diserahkan kepada Qhaliff. Aku masih belum dapat menangkap apa yang ingin dilakukan oleh Qhaliff. Kini semua tumpuan menuju ke arah kami berdua. Qhaliff menghampiriku tiba-tiba sambil membawa sejambak bunga ros dan diringi dengan petikan piano yang mengasyikkan. Aku turut berdiri sama dan menghadap Qhaliff. Qhaliff senyum sambil tangan sebelah kanannya menyeluk poketnya seperti mencari sesuatu.

I waited for such a long time for today
I hoped that you would be mine
Should I officially propose or throw a surprise birthday party?
Should I rent out a pretty cafe or do it front of many people at City Hall?
Should I give you flowers or hold out a ring? I was thinking.
Anit Ezara, will you accept me?
Look at my eyes, can you answer me? I am proposing to you.

Qhaliff melamar aku sekali lagi? Depan public? OMG! Aku ingat benda macam ni boleh tayang kat dalam drama atau filem je! Semua mata masih memandang kami berdua seakan-akan menunggu balasan jawapan dariku. Qhaliff menghulurkan aku sebentuk cincin yang bertatahkan berlian entah berapa karat, aku pun tak pandai teka. Tapi, serius…aku memang terkejut giler masa ni.

“ I do! I do! I do!....” laungan ‘I do’ dari semua pelanggan kini memenuhi ruangan restoran yang cukup ekslusif ini.

“ Terima je la!” laung satu suara lagi. Malunya. Aku menutup mata sambil menenangkan diriku yang sedang gementar.

“ Yes. I do!” ucapku. Semua orang di dalam restoran bertepuk tangan dengan meriah. Ramai yang melaungkan ucapan tahniah.

“ Terima kasih, Anith kerana sudi menerima lamaran saya. Walaupun kita tidak mengenali, namun saya akan berusaha untuk mengenali diri awak. Walaupun kita tidak pernah bercinta, saya akan berusaha untuk membuat awak jatuh cinta kepada saya. Anith, do you believe cinta selepas kahwin?” Aku diam kerana aku tidak ada jawapan kepada soalan itu namun setiap kata yang baru sahaja dilafazkan oleh Qhaliff sebentar tadi benar-benar membuat aku terharu.

“ Kita bercinta selepas kahwin?” Aku senyum kepadanya.

           “ Kalau macam tu, hantar rombongan meminang cuti sekolah ni.” balasku. Qhaliff bersorak gembira.

P/S : Selamat membaca kepada semua......ini adalah entry terakhir untuk DATING KONTRAK!...sebab nak tumpukan habiskan manuskrip DK...harap semua suka dengan entry kali ini...jangan segan untuk komen :)

You Might Also Like

10 comments

  1. Alaaa baru nak syok baca, dah n3 terakhir, nak convert ke buku novel ke? Bla agak- agak nak kluar?

    ReplyDelete
  2. hihihi...insyaallah..sedang berusaha utk siapkan..kalau berhasil saya akan promo nnti..thanks Dotie :)

    ReplyDelete
  3. The best.keep up the good job sis.

    ReplyDelete
  4. thank you so much...awesome_qurad..i will to the best utk siapkan DK:)

    ReplyDelete
  5. Cite best..klu bleh bla dah jd novel nti tlonh jgn bt bnyak sgt dugaan yg mwlanda hubngan àntara qhalif ngan anith k..sy bce nvel nk releas tension so kbh bestvbce yg hapoy2 dri yg sdey2 n jhat3..dygaannye biarla ala kdar je ye

    ReplyDelete
  6. Suka bce novel yg bnyak happy dri sdey..x suka nvel yg trlalu bnyak dugaan so pleas writer truskan kbhagiaan ntara qhalif n anith n krangkan dugaan bru best bce nvel nye nti n brula berbaloi beli sbb leh releas tension dri mslah di dunia nyata.heheh

    ReplyDelete
  7. Zaha Isya...awak memang satu kepala dgn saya...saya pun suka baca novel yg happy..tu sbb DK ni tema dia romantik komedi...hihihi..memang tak boleh layan kalau byk sgt dugaan dan sedih..hahaha..untuk DK ni memang saya nak tulis sempoi saja :)

    ReplyDelete
  8. thanks Persea Gg...hihihihi..

    ReplyDelete
  9. Sangat menarik creta nie.. mcm tk puas membce.. klau blh nk bce slalu je.. good...

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images