PAGI
ini aku akan terus ke kedai bungaku. Sebab hari ni aku takde appointment pun
nak pergi ke rumah Datin Sri Nona. Jadi, rutin harian ku seperti biasa akan
membuka kedai bunga bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 7.00 malam.
Aku memakirkan keretaku terlebih
dahulu di depan kedai. Bonet kereta belakang aku buka untuk mengambil bunga
yang siap digubah olehku semalam. Entah tiba-tiba boleh pulak aku menggubah
bunga walaupun otakku penuh dengan muka budak tak cukup tidur tu.
“Good
morning, Cik Juleeya. Wow! Cantiknya bunga tu. Dapat ilham baru eh?” usik Mai.
“Morning
to you too. Dapat ilham? Bolehlah dikatakan juga. I pun tiba-tiba je terfikir nak gubah bunga macam ni. Nasib baik
bahan-bahan semuanya dah siap-siap stok kat rumah.”
“Wah! Siapalah yang bagi Cik Juleeya
kita yang manis ni ilham ek? Pakwe ke?”
“Choihhh!!! Dahlah…Mai. You tolong ambil ni bunga Kristal ni and
letak kat depan tu buat display ya.”
Mai mengambil bunga Kristal itu dari
genggaman tanganku. Kemudian, aku terus beredar menuju masuk ke dalam pejabat
ku.
Hemmm…wanginya. Haruman bunga-bunga
lavender mengelilingi kamar pejabatku. Dengan berlatarkan dinding yang bercat
putih dan juga biru ocean amat
menyenangkan hatiku.
…………………………..
“Ayish! Bangunlah. Dah tengah hari
ni.” Kejut Mak Mona kepada cucu majikannya.
Hisy! Budak ni memang tak makan
saman betul! Nak dikata takut Nendanya, macam tak pulak. Nak kata takut
abangnya, lagilah tak. Bertuah betul budak ni. Balik oversea, kerjanya membuta sahaja.
“Ayish…Ayish…bangunlah. Nanti Datin
Sri mengamuk karang. Ayish juga yang susah.” Mak Mona mengejutkan sekali lagi
dengan menggerakkan bahu Ayish. Namun, sia-sia sahaja. Ini kalau di letak bom
jangka masa pun, tak tahulah sedar ke tidak.
Nak tak nak, Mak Mona menuju ke
tingkap untuk memberi ruang cahaya masuk ke dalam bilik Ayish. Mungkin dengan
cara ini Ayish boleh bangun dari tidurnya.
Ayish yang merasakan wajahnya di terangi samar-samar cahaya sedikit
terganggu tidurnya. Dia tahu pasti Mak Mona ingin mengejutkan tidurnya. Tidak.
Dia belum lagi ingin bangun kerana semalaman dia bermain permainan videonya.
Habis sahaja bermain X-box, dia terus menonton kartun kegemarannya, Backhom.
Tepat jam 4 pagi, barulah dia melelapkan tidurnya.
“Ayish! Ayish!” kini suara Mak Mona
sedikit tinggi berbanding tadi. Kali ini dia perlu bersikap lebih tegas kerana
tidak lama lagi pasti Datin Sri Nona akan tiba-tiba bila masa-masa sahaja.
Pesannya untuk mengejutkan Ayish dari tidur.
Arjuna hanya mengeliat kecil sahaja
namun matanya masih belum terbuka segar dengan suara Mak Mona yang boleh tahan
nyaringnya. Aduhh!!! Bisinglah Mak Mona ni. Orang nak tidur pun kena ganggu.
Bisik hati Arjuna.
Tiba-tiba, tombol pintu bilik Arjuna
dibuka perlahan. Mak Mona segera memalingkan mukanya ke arah pintu tersebut.
Rupa-rupanya Datin Sri Nona yang membukanya dan melangkah masuk perlahan-lahan
sambil mengarahkan Mak Mona untuk diam tidak berkata apa-apa.
“Amboi! Budak bertuah seorang ni memang nak kena ni. Sudah diberi
tazkirah hari-hari, tiap-tiap malam supaya berubah matang, tak juga-juga jadi.
Hisy…nasib baik aku ni takde lemah jantung kalau tak dah lama aku jalan.” Omel Datin
Sri Nona yang sudah bercekak pinggang melihat cucunya berselubung dengan
selimut tebalnya.
“Ayish…Ayish..bangunlah.” sapa
lembut Datin Sri Nona.
“Erhmmm…janganlah ganggu Ayish, Mak
Mona. Ayish nak tidur ni.” Jawab Arjuna dalam keadaan mamai.
Hisy..budak ni. Saja nak panaskan
hati aku. Nasib baik cucu aku. Sekali kala nak juga aku tarik telinga Ayish ni
karang. Padan muka.
Mak Mona hanya ketawa melihat
perangai Datin Sri Nona dan Ayish yang saling tidak mahu mengalah. Kedua-duanya
degil. Berlainan sekali dengan sikap Aqmar yang sentiasa tenang.
“Ayish! Ayish!! Bangun sekarang
juga!!” Suara nyaring Datin Sri Nona sudah memenuhi ruang bilik Arjuna.
Serta merta Arjuna tersedar dari
tidurnya. Kenal benar dia dengan suara yang nyaring mengalahkan suara penyanyi
Jaclyn Victor itu. Siapa lagi kalau bukan Nendanya yang terhormat. Fikirnya
tadi Mak Mona tapi ternyata dia silap. Nampaknya sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah juga. Tapi bukan Arjuna jatuh ke tanah, masalah jatuh
dari katil.
“Aduhhh!! Sakitnya pungggung aku.
Ini aset Ayisy, Nenda.”
Tergelak Datin Sri Nona melihat cucunya
yang jatuh bagai nangka busuk. Itulah, nak sangat tidur. Rezeki pun lambat
masuk.
“Hah! Sekarang dah segar?” sindir
Datin Sri Nona kepada Arjuna.
“Dah…” Arjuna membulatkan matanya
kepada Nendanya.
“Bagus. Sekarang…pergi mandi dan
bersiap. Temankan Nenda nak jumpa kawan-kawan Nenda.”
Hah! Alamak! Malasnya nak ikut.
Nanti tak pasal-pasal aku kena tanya macam-macam.
“Tak naklah..malaslah. Lagipun Ayish
tak nak ganggu geng Nenda nak berbual nanti.”
“Takde. Cepat bersiap sekarang.
Ayish tu bukannya ada kerja pun. Cepat atau Nenda tarik elaun Ayish!” tegas
bunyinya.
“Okay…okay..Ayish bersiap sekarang.”
…………………………………
Aqmar begitu sibuk hari ini dengan
mesyuarat dari pelabur saham yang datang dari luar Negara. Hajatnya tadi ingin
mengajak Juleeya untuk keluar makan tengah hari dengannya namun gara-gara
tiba-tiba saja ada mesyuarat penting, terpaksa dibatalkan saja hajatnya itu.
Aqmar akui Juleeya sememangnya gadis yang sangat menyenangkan dan lebih-lebih
lagi mereka sebaya membuatkan hubungan mereka berdua cukup selesa walaupun mash
belum ke tahap serius.
Namun terdetik di hatinya untuk
menghubungi Juleeya. Pastinya Juleeya kini sedang menggubah bunga. Sebenarnya
Aqmar suka melihat Juleeya menggubah bunga ketika dia bertandang ke rumahnya
setiap hujung bulan. Memang Aqmar ternanti-nanti akan kunjungan Juleeya.
Aqmar merenung bunga Bougainvillea
yang digubah khas oleh Juleeya. Aqmar ingat lagi ketika Juleeya sedang asyik
menggubah bunga untuk Nendanya.
“Hai..sibuk ke?”
“Hai...sibuklah juga.”
“Cantik.”
“Thank
you. Bunga ni memang cantikkan?”
“Saya tak cakap bunga tu cantik.”
Aku sudah tersipu malu daaa…
Okay. Aku dah faham sekarang.
Maknanya kalau bukan bunga yang cantik, boleh jadi Amar sedang puji akulah.
Haiyaaa…aku hanya senyum.
“Kalau saya nak bunga macam tu,
boleh tak? Saya nak letak kat pejabat saya?”
“Okay. Nanti saya tolong gubahkan
khas untuk awak.”
“Thank
you.”
“You’re
welcome.”
…………………………………….
Bosannya aku. Banyak pula ceritanya
nenek-nenek datin ni semua. Nenda pun satu nak juga diajaknya aku yang muda
belia ni ke sini. Orang ramai kat sekeliling aku pun pandang aku lain macam je.
Yelah…semua yang duduk satu meja bulat ni yang sebaya dengan Nenda aku. Hanya aku
kumbang yang muda remaja ni tersangkut kat sini.
“Hemm..Nona, hari tu saya ada tengok
Majalah Nona.”
“Perli nampak?” usik Datin Sri Nona.
Bukannya dia tidak tahu majalah Nona itu. Dia tahu malah nama majalah itu juga
sama dengan namanya.
“Takdelah. Hari tu saya terbaca
artikel tentang awak. And saya
tertariklah dengan hiasan dalaman rumah
awak lebih-lebih lagi gubahan bunga ros yang cukup ekslusif tu.”
Datin Sri Nona tersenyum mendengar
pujian temannya.
“Bunga ros itu digubah khas oleh pemilik
kedai bunga kegemaran saya.”
Arjuna yang mulanya tidak tertarik
dengan perbualan nenek-nenek datin ini terus tiba-tiba berminat kerana ingin
mendengar cerita Nendanya tentang pemilik kedai bunga yang dimaksudkannya.
“Apa nama kedai tu? Saya pun naklah
dia tolong gubahkan bunga untuk saya.”
“Kedai Bunga Floral J.”
“Oh…kedai bunga tu. Tak tahu pulak
saya dia menawarkan perkhidmatan untuk menggubah bunga ke rumah awak. Anak
perempuan saya memang minat dengan hasil gubahan tangan dari dia.”
“Saya yang minta dia datang ke rumah
saya.”
“Oh..begitu. Anak perempuan saya
kata, orangnya cantik dan masih bujang lagi. Kalaulah saya cucu lelaki saya
masih bujang, confirm saya jodohkan
dengan dia.”
Amboi! Nenek Datin ni! Sibuk pulak
dia nak menjodohkan pemilik kedai tu dengan cucu lelakinya. Over pulak nenek
datin ni!
Datin Sri Nona hanya tersenyum
sahaja.
“Hemm…esok Juleeya akan datang ke
rumah saya untuk menghias bilik saya. Tak sabar pulak nak tunggu esok.”
Arjuna tersenyum seribu makna untuk
menanti hari esok.
…………………………………
Hari ini tanggal 31 haribulan. So, seperti biasa aku akan ke rumah
Datin Sri Nona. Kali ini, aku akan menggubah bunga untuk menghias kamar bilik
Datin Sri Nona.
Entah angin apa tiba-tiba sahaja
Arjuna bangun awal pada ini. Datin Sri Nona dan Aqmar ternyata begitu terkejut.
Selalunya ruang makan pagi biasanya hanya ditemani mereka berdua sahaja. Namun,
pada kali ini Arjuna yang sudah bersiap kemas tiba-tiba sahaja muncul untuk
bersarapan bersama.
“Good morning, my dear grandma and
my big brother.”
“Good…morning.”
“Hai…awalnya bangun. Ingatkan nak
kejutkan sampai tengah hari.” Sindir Datin Sri Nona. Aqmar hanya tersenyum
kecil.
“Alaaa…Nenda ni. Ayish bangun awal
pun Nenda tak suka ke.” Arjuna membuat muka kasihan.
Aku bangun awal ni pun sebenarnya
naj berjumpa dengan cik gadis bunga yang bernama Juleeya tu. Rasa-rasanya aku
kena minta maaf dengan dia pasal hari tu.
“Yelah tu. Kamu tu bukannya Nenda
tak tahu. Kalau tak membuta kerjanya mesti nak keluarkan?”
“Taklah. Hari ni Ayish nak duduk kat
rumah je. Saja je bangun awal hari ni. Tiba-tiba pulak mata Ayish ni segar
bugar pulak pagi ni. Mungkin sebab Nenda dah cantik macam bunga kut..” usik
Ayish. Datin Sri Nona menahan geram dengan usikan cucunya yang nakal ini.
Aqmar tiba-tiba meletuskan
ketawanya. Ayish ni kalau hendak mengenakan Nendanya memang nombor satu.
“Aku ni dah berumur. Tak payah la
nak samakan Nenda ni dengan bunga. Ayish tu kumbang yang sangat nakal. Tak
tahulah bunga mana yang sanggup hadap kerenah kumbang nakal ni. Cakap pasal
bunga ni, jangan lupa Nenda nak Ayish minta maaf dengan Juleeya nanti. And one more thing, by tomorrow, I want you
to get work with Aqmar. Understand?”
arah Datin Sri Nona bak komander tentera.
Aqmar bertambah gelak lagi kerana
kali ini Nendanya pulak mengenakan adik lelakinya itu.
“Gelak…gelak..gelaklah..nanti lalat
masuk dalam mulut abang.”
“Rumah ni mana ada lalat tapi cuma
ada dua kumbang saja.”
Giliran Datin Sri Nona pulak yang
ketawa dan saat itu…
“Assalamualaikum!”
P/S : Bersambung...
- 00:02
- 0 Comments