Novel DATING KONTRAK! 12

19:23



OLEH : KIR@ LEE

BAB 12

          QHALIFF melangkah masuk dengan penuh bergaya ke dalam Hotel Golden. Saat kakinya melangkah, semua pandangan tertumpu kepadanya sambil menghadiahkan senyuman mesra. Namun, tiada satu pun balasan senyuman buat semua stafnya.

            Usai sampai di depan lif, Qhaliff cepat-cepat menekan punat. “ TINGGG!!!” Qhaliff melangkah masuk ke dalam lif namun belum sempat pintu lif tertutup, muncul Faez yang terkocoh-kocoh meloloskan diri ke dalam lif.

            “ Good morning!” ceria bunyinya Faez menyapa Qhaliff.

            “ Ehmmm…” itu sahaja yang dibalas daripada Qhaliff.

            “ Ehmmm….saja kau jawab. Tak sporting la kau ni. Aku tahulah kau tengah bahagia sekarang ni. Takkan malu kut nak share berita gembira dengan aku.” usik Faez pagi-pagi pada Qhaliff.

            “ Apa pulak yang kau mengarut ni, Faez? Berita gembira apa pulak ni?” Qhaliff menyoal semula Faez dengan nada yang tidak puas hati. Hairan pulak Qhaliff melihat raut wajah Faez yang sejak dari tadi tersengih-sengih. Berita gembira apa pulak yang si Faez ni maksudkan?

            “ TINGGG!!!” pintu lif terbuka sekali lagi. Qhaliff dan Faez keluar bersama-sama menuju ke pejabat.

            Semua mata tertumpu pada Qhaliff. Ternyata penampilannya hari ini cukup berbeza berbanding hari lain. Sut korporat yang dipakainya hari ni menyerlahkan lagi penampilannya disamping gaya rambutnya yang baru. Ditambah lagi dengan tubuh badan yang yang tinggi dan sasa, memang suatu anugerah buat Qhaliff. Semua pekerja menyapa Qhaliff dengan mesra sebelum Qhaliff sampai ke bilik pejabatnya.

            “ Eh..kau ni Qhaliff, asal kau tak cuba senyum pada staf kita tu? Kecik hati dorang tau. Takkan la senyuman tu satu penyakit? Senyuman itu adalah sedekah. Lebih banyak kita senyum, lebih tenang hati kita dan dapat awet muda jugak.” Tegur Faez pada Qhaliff. Entah kenapa susah sangat hendak melihat senyuman mahal dari Qhaliff.

            “ Kau perli aku ek?” balas Qhaliff.

      “ Good morning, Tuan Qhaliff dan tahniah saya ucapkan.” Sapa Farah di tepi mejanya sambil menghadiahkan senyuman kepada Qhaliff dan Faez. Qhaliff menaikkan keningnya tanda kehairanan. Qhaliff hanya mengangguk sahaja lalu membuka pintu perlahan-lahan untuk masuk ke dalam pejabatnya.

            Kenapa Farah ucapkan tahniah kepada aku pulak? Yang si Faez ni pulak dari tadi senyum-senyum saja. Mungkin si Faez ni tahu kut. Beg bimbit di tangan di letakkan di atas meja. Qhaliff melabuhkan duduknya di kerusi.

            “ Faez, aku tak faham la. Kenapa hari ni ramai yang senyum-senyum, lepas tu si Farah ni pulak tiba-tiba je ucap tahniah pada aku. Apa hal?”

            “ Alaa…kau ni pura-pura pula tak tahu. Kau malu ekk?” usik Faez sekali lagi. Tapi, melihatkan raut wajah Qhaliff ketika ini, sepertinya Qhaliff kelihatannya tidak tahu. Duga hati Faez.

            “ Pura-pura? Hei…cuba kau cakap dengan aku. Ada benda yang kau tahukan pasal aku? Apa dia?” bersungguh-sungguh Qhaliff bertanya kepada Faez.

            “ Ok…ok…la. Macam ni, waktu aku keluar dari kereta tadi, tiba-tiba ada salah seorang staf kita ni bagitahu aku sesuatu. Dia kata tolong sampaikan ucapan tahniah pada kau. Aku hairan la. Ucap tahniah apa kat kau? So, aku soal balik kat dia tahniah tentang apa. Dia kata tahniah sebab kau tak lama lagi nak kahwinkan?” ujar Faez.

            “ HAHHH???” Qhaliff benar-benar terkejut mendengar cerita Faez. Giler punya cerita! Siapa la yang pandai-pandai reka cerita karut ni? Kalau aku tahu, tak dapat cari makan la kat Malaysia ni.

            “ Apa hal kau ni terkejut beruk macam ni? Inikan berita gembira. Ceritalah kat aku siapa perempuan yang bertuah tu? Bila korang bercinta? Kau ni pandai jugak yer…diam-diam ada isi.”

            “ Apa pulak? Kau ada tanya tak staf kita tu dari mana dia dapat cerita tu?”

            “ Mestilah aku tanya. Sebenarnya, aku pun kurang pasti juga tentang cerita kau nak kahwin ni. So, dia kata kelmarin kau dengan bakal isteri kau makan kat restoran hotel kita kan?” soal Faez untuk kepastian.

            Qhaliff meraup wajahnya. Hemm…barulah Qhaliff faham sekarang. Benarlah telahannya. Kejadian semalam pasti akan menjadi buah mulut para pekerjanya dan sudah tentu orang luar yang berada di restoran juga turut menyaksikan kejadian tersebut. Aduiii….masak aku macam ni. Qhaliff dapat merasakan bahawa ceritanya ini sudah tersebar ke seluruh hotel. Hanya menanti masa sahaja akan tersebar ke luar. 

            Macamana pulak dengan Anith? Ini semua salah aku. Kalau aku tak terlanjur cakap kelmarin, mesti khabar angin ni takkan berlaku. Huhh!! Ini semua fasal Ellysa! Kalau tak sebab minah giler tu, semua ni takkan berlaku. Kalau berita ni sampai kat telinga ayah, mama, macamana? Boleh ke mereka terima?  Ah…sudah!!

……………………………………………..

            Sudah lama jugak Puan Sri Hamidah tidak berkumpul dengan teman-temannya di salah sebuah restoran mewah. Puan Sri Hamidah menuju ke bilik khas yang digunakan untuk dirinya bersama teman-temannya untuk berkumpul.

            Pintu bilik dikuak lembut oleh Puan Sri Hamidah. Tanpa berlengah, Puan Sri Hamidah melangkah masuk ke dalam untuk menyapa teman-temannya itu yang sudahpun duduk.

            “ Assalamualaikum.” Sapa Puan Sri Hamidah kepada semua temannya. Sapaanya itu disambut mesra oleh semua temannya yang berada di situ.

            “ Jemputlah duduk.” Ujar Datin Kalsom ramah. Puan Sri Hamidah menghadiahkan senyuman buat Datin Kalsom lalu melabuhkan duduknya di sebelah Datin Kalsom. Nampaknya semua temannya sudah berada di sini dan bolehlah hari ini mereka meluangkan masa yang banyak untuk berbual panjang. Kehadiran Datin Kalsom, Datin Sri Mariam, Datin Rokiah serta Datin Sofea membuatkan Puan Sri Hamidah tidak sabar untuk berkongsi cerita kepada mereka.

            “ Midah, apa khabar? Dah lama kita tak jumpa jugak yer?” Datin Kalsom memulakan bicaranya kepada Puan Sri Hamidah.

            “ Alhamdulillah…sihat.”

            “ Midah, tahniah yer sebab tak lama lagi awak nak dapat menantu. Kami tahu awak dah lama tunggu nak tengok anak awak tu kahwinkan? Kami pun tak sabar jugak nak tengok anak awak tu kahwin. Sepadan sangat la anak awak tu dengan bakal menantu awak nanti.” Luah Datin Rokiah pada Puan Sri Hamidah.

            “ Kahwin? Siapa? Qhaliff?” Puan Sri Hamidah ternyata terkejut mendengarnya. Bila masa pulak anak aku nak kahwin? Takkan lah Qhaliff dah bersetuju nak kahwin dengan Ellysa? Habis tu yang Ellysa mengamuk di rumah hari tu, bukan ke sebab Qhaliff tak layan dia. Hati Puan Sri Hamidah mula dilanda kerisauan.

            “ Eh…awak ni, Midah. Takkan anak sendiri nak kahwin pun tak tahu? Apa-apapun, tahniah kami ucapkan dan jangan lupa jemput kami tau. Huh! Padan muka dengan anak si Datin Erina tu..tak dapat nak kahwin dengan anak kau. Geram kami tengok perangai dia tu tau!  Memang tak boleh dibuat menantu! Jadi hantu boleh la!” ujar Datin Sri Mariam pulak. Semua tergelak kecuali Puan Sri Hamidah yang masih diam tertanya-tanya.

            Apa yang mereka cakapkan ni? Pening dibuatnya. Puan Sri Hamidah perlu mengorek lebih lagi cerita ini daripada teman-temannya ini. Nampaknya mereka semua ni lebih tahu daripada dirinya.

            “ Takde la. Sebenarnya, apa yang si Ellysa tu dah buat? Qhaliff tak cerita apa-apa pun dengan saya.” Soal Puan Sri Hamidah.

            “ Hemmm…mesti Qhaliff tak nak kecilkan hati awak. Yelah…kan si Ellysa tu, anak teman karib awak jugak kan. Macam ni ceritanya. Kelmarin, saya dan Datin Sofea makan tengah hari kat hotel anak awak tu. Sedang elok kami berdua berbual, tiba-tiba saya ternampak anak awak, si Qhaliff dengan seorang perempuan bertudung makan berdua di restoran. Kami tak nak la cepat sangat buat andaian. So, kami anggap mungkin kawan biasa Qhaliff. Tak lama kemudian, muncul pulak si Ellysa tu dengan perangai yang entah apa-apa! Dah nampak macam orang hilang laki! Awak tahu si Ellysa tu buat apa? Dia tuang air ke muka perempuan yang makan bersama Qhaliff tu. Semua orang memang terkejut dengan kejadian tu. Anak awak bukan main marah lagi. Dia kata tolong hentikan ni semua. Perempuan ni bakal isteri saya!” luah Datin Sri Mariam bersungguh-sungguh.

            Puan Sri Hamidah membulatkan matanya seakan-akan tidak percaya dengan cerita yang baru didengarinya ini. Takkan Ellysa sanggup buat macam tu kat tempat awam? Lagi satu, maknanya betul ke Qhaliff sudah ada teman wanita? Tapi siapa? Puan Sri Hamidah menggelengkan kepalanya tanda kurang percaya dengan cerita teman-temannya ini.

“ Saya tak percaya la yang Ellysa tu sanggup buat macam tu kat tempat awam? Takkan la Ellysa sanggup jatuhkan imej dia?” tegas sekali suara Puan Sri Hamidah.

“ Kami tahu mesti awak kurang percaya. Nah! Awak tengok la ni. Kami siap rakam lagi kejadian kelmarin. Awak tengoklah.” Ujar Datin Sofea sambil menyerahkan telefon bimbitnya kepada Puan Sri Hamidah. 

Terbuntang mata Puan Sri Hamidah menyaksikan video yang dirakam oleh temannya itu. Perasaan malu sudah menular ke raut wajahnya. Tidak disangkanya perempuan seperti Ellysa yang disangkanya seorang yang menjaga imej akan bertindak sedemikian apatah lagi di tempat terbuka. Namun, terdetik rasa gembira apabila melihat raut wajah Qhaliff yang berbeza ketika bersama perempuan bertudung itu. Puan Sri Hamidah semakin tidak sabar untuk berjumpa dengan Qhaliff malam ini.

……………………………………………

            “ Dee!! Aku nak pergi jemur kain dulu kat luar? “ laung Anith yang sudah berada di muka pintu. Diana masih sibuk berada di dalam bilik nak bersiap. Katanya nak jumpa friend. Cehh…nak jumpa friend ke, jumpa boyfriend?

            “ Ok!!!” balas Diana padaku. Aku teruskan langkah ke luar rumah sambil mengangkat bakul berisi kain cucianku.

            Hemm….pagi-pagi macam ni kalau tak buat senaman pun tak apa. Buat kerja jemur-menjemur ni pun dah kira ok la daripada tak ada.

            “ Ok, Anith. Tak banyak pun yang tinggal lagi. Cepat jemur cepat siap, lambat jemur lambat siap. Ehh…macam lain je bunyi pantun dua kerat aku tu? Hentam saja la…” ucapku sendirian.

Tanpa sedar, gelagat Anith kini diperhatikan oleh seseorang. Seseorang yang sudah lama menahan rasa rindu buat Anith Ezara. Seseorang itu mula mengukir senyuman dari jauh. Sesungguhnya, dia rindu sekali untuk menatap wajah manis itu. Jika bukan kerana kebodohannya masa lampau, pasti hidupnya akan bahagia di samping Anith Ezara.

Sejurus melihat Anith ingin beralih masuk ke dalam, Adam Farish cepat-cepat keluar dari keretanya. Baru sahaja Anith ingin melangkah masuk, tiba-tiba pintu pagar rumahnya digoncang. Anith segera menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya Anith melihat kedatangan Adam ke rumahnya. Nasib baik Anith sudah menyarungkan tudung ke kepalanya.

“ Assalamualaikum, Anith!” laung Adam dari luar.

“ Waalaikumsalam dan selamat tinggal!” ucap Anith keras. Kaki Anith segera dihayun ke belakang untuk masuk ke dalam rumah. Sibuk saja nak datang ke rumah anak dara! Menyampah!

“ Anith!!! Anith!!! Anith!!! Tolonglah…saya nak jumpa awak!” laung Adam sekali lagi dan kali ini lebih kuat. Ishh…si Adam ni tak tahu malu betul la! Buatnya jiran-jiran keliling rumah aku ni terdengar, buat haru je. Nak tak nak, Anith terpaksa bergerak menuju ke pagar namun dibiarkan sahaja berkunci.

“ Aku rasa baik kau balik la, Adam! Aku kan dah cakap, aku dah tak nak jumpa kau lagi! Kau tak faham ke? Kau nak aku cakap bahasa apa lagi hah? Tamil? Cina?” geramku. Adam Farish hanya tersengih-sengih dari luar pagar. Entah apa yang disengihkan oleh Adam Farish. Semakin naik menyampah Anith melihatnya.

Alahai….Anith Ezara. Comelnya awak marah. Dah lama aku tak tengok kau marah. Macam nak cubit-cubit je pipi kau yang gebu tu. Bisik hati Adam Farish. 

“ Sabarlah, Anith sayang. Kitakan dah lama tak jumpa. Anith, kita bercinta semula?” luah Adam Farish tiba-tiba.

“ HAH!!! Dalam mimpi je la! Aku tak ingin! Kau ni masih tak faham-faham jugak ye? Aku dah ada TEMAN LELAKI!” sengaja Anith menekan perkataan TEMAN LELAKI kepada Adam Farish. Siot betul mamat ni!!

“ Anith, sayang…saya tahu awak tipu je kan? Saya tahu awak masih cintakan saya. Tak payah la nak menipu. Saya tahu hal kelmarin tu sebenarnya cuma lakonan awak saja kan? Takpe, saya faham. But, whatever it is, I still love you. Always love you.” Ucap lembut dari Adam Farish.

Uwekkk!!! Nak termuntah aku dengar si Adam ni panggil aku bersayang-sayang. Boleh jalan daa…kalau dulu kau lafazkan ayat-ayat cinta tu pada aku, mungkin aku suka tapi bukan sekarang! Kalau diberi pilihan, lebih baik aku pilih si Qhaliff yang sombong tu. Sekurang-kurangnya aku dah tahu perangai Qhaliff tu awal-awal. Bukannya macam si Adam ni,waktu bercinta bukan main lagi bunga-bunga cinta dia lafazkan. Bila dah sampai nak bertunang, dia tinggalkan aku!

“ Pergi jalan la ayat-ayat cinta kau tu! Aku dah tak minat nak dengar! Baik kau blah sekarang! Kalau tak…” ambik kau Adam! Aku dah malas nak bersopan-santun kalau bercakap dengan kau.

“ Kalau tak, kenapa? Kau nak call boyfriend kau yang kaki pukul tu? Oppss…lupa pulak! Kau kan masih solo lagikan?” uji Adam Farish. Anith sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi. Sebenarnya, Adam Farish cuak juga bila mengenangkan kembali tumbukan dari lelaki yang menyelamatkan Anith kelmarin. Fikirnya, lelaki itu cuma berada di tempat kejadian hanya untuk membantu Anith .

“ Diana! Tolong ambik handphone aku! Cepat!” laung Anith.

Tidak berapa lama kemudian, muncul Diana tergesa-gesa menyerahkan telefon bimbit Anith. Alangkah terkejutnya Diana melihat lelaki yang berada di sebalik pagar rumah mereka. Lelaki inilah yang menemuinya kelmarin.

  Anith segera mencari nombor Qhaliff dalam senarai panggilan. Hah! Ini dia. Cuma nombor ini sahaja yang tidak bernama pemanggilnya. Anith mengukir senyuman. Adam sudah mula cuak. Betul ke si Anith ni nak panggil mamat tu? Anith cuba mendail nombor Qhaliff.

“ Anith, ok…ok…saya percaya. Saya pergi sekarang. Tapi, ingat! Anith saya takkan berputus asa untuk memikat awak semula!” Adam Farish segera beredar dari situ. Anith tersenyum puas. Tahu pun takut.

Tiba-tiba…“ Hello!” satu suara garau menyapa ke telinga Anith. Anith sudah tidak tahu hendak berbuat apa? Anith mula berdebar saat mendengar suara itu. Anith kenal pemilik suara itu. Tak lain tak bukan Qhaliff! Ahhh….macamana la aku boleh gatal sangat dail nombor mamat ni? Aku saja nak takut-takutkan si Adam tu je! Apa aku nak cakap ni? Diana pelik melihat raut wajah Anith yang kelihatannya gelisah. 




Mari layan Qhaliff senyum...bukan senang Qhaliff nak senyum ni..:)

p/s : Bersambung....nantikan bab yang seterusnya...Selamat Membaca :)

http://www.penulisan2u.my/2013/08/novel-dating-kontrak-12/

You Might Also Like

3 comments

  1. Alaaaa Kira ni suka buat akak saspen tau.. Baru nak saspen bila Anith tercalL Qhaliff.. hihi

    ReplyDelete
  2. hihihi.....saja je kak Ixora...takpe tak lama lagi update bab baru hujung minggu ni...baby mio...thanks sudi baca,,,boleh tp kena tunggu la..hihihi

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images