Novel DATING KONTRAK! 9

20:56




OLEH : KIR@ LEE

BAB 9

          ANITH masih kaku seperti tadi. Ayat yang baru sahaja diluahkan oleh Qhaliff sebentar tadi begitu kuat impaknya kepada Anith. Qhaliff yang perasan akan riak wajah terkejut Anith cuba memikirkan sesuatu untuk menjelaskan hal yang sebenarnya.

            Ahhh!!! Itulah kau Qhaliff! Suka sangat nak menyibuk hal orang! Tengok, apa yang kau dah buat sekarang? Bukan main lancar lagi mulut kau menyebut Anith ni teman wanita kau. Habis, apa yang kau nak buat sekarang ni? Qhaliff berpaling ke belakang menghadap Anith. Qhaliff melambai-lambai tangannya ke muka Anith yang masih terkejut.

            “ Erk…Anith! Anith!!” panggil Qhaliff pada Anith. Aku rasa nama minah ni Anith la kan sebab mamat tadi tu panggil macam tu. “ Anith!!!” Qhaliff menguatkan lagi suaranya untuk memanggil Anith.

            “ Hah?? Apa?” balas Anith yang masih terkejut.

            Ala…minah ni terkejut sangat ke aku cakap macam tu tadi! Kenapa? Muka hansem macam aku ni tak layak ke nak jadi teman lelaki dia? Nak dibandingkan dengan mamat tadi tu, aku berani jamin aku berkali ganda hansem la dari dia! Ahh! Tak kisah la.

            “ Kau okey ke tak?” soal Qhaliff.

            “ A..aku..aku..okey. Terima kasih sebab tolong aku tadi.” Ucapku lemah.

            Qhaliff mula terfikirkan idea nakalnya. Pandai juga minah ni cakap lembut dengan aku. Qhaliff tersenyum dalam hati. Entah kenapa Qhaliff tiba-tiba pulak boleh kembali ke tempat letak kereta ini. Padahal, Qhaliff sudah memandu keluar namun perasaan kurang enak timbul di dalam hatinya kerana melihat Anith seperti memerlukan pertolongan.

            “ Ehemm…kalau macam tu, aku nak kau belanja aku makan tengah hari sebab aku dah tolong kau tadi.” Ucap Qhaliff tiba-tiba. Anith pantas mendongak wajahnya untuk menghadap Qhaliff.

            “ Hah?? Belanja makan?” aduhhh…tingginya mamat ni. Payah benar aku nak menghadap muka dia yang sombong tu! Barulah aku sedar yang aku ni cuma separas dada dia je. Kenapa cakap macam tu, Anith? Mamat ni dah kira baik sebab tolong kau tadi daripada Adam keparat tu! Bisik hati Anith.

            “ Apa yang hah? Masih terkejut ke sebab apa yang aku cakap tadi tu? Fasal tu, aku cuma buat sebab nak tolong kau je. Takde niat lain pun. Lagipun, kau bukan taste aku la.” Ucap sinis Qhaliff pada Anith. Anith menarik muka geram. Eee…nasib baik kau dah tolong aku tadi. Kalau tak, aku nak je cili-cilikan mulut kau yang laser tu. Qhaliff sudah gelak melihat reaksi Anith yang menahan geram.

            “ Elehh…yelah..yelah. Jom lah kita makan.” Ajakku pada Qhaliff dengan senyuman yang manis ku hadiahkan kepadanya. Qhaliff sekali lagi terbuai-buai melihat senyuman manis daripada Anith. Kali kedua Anith senyum kepadanya. Qhaliff cuba berlagak tenang walaupun ada getaran di hatinya kini.

            “ Eh..kejap! Apa nama kau eh?” tegur Anith kepada Anith sebelum menapak menuju ke kereta masing-masing.

            “ Panggil je Qhaliff. And one more thing, lupa nak bagitau. Kau belanja tapi aku yang pilih tempat mana kita nak makan! Ikut kereta aku dari belakang! No excuse.” Qhaliff cepat-cepat meloloskan dirinya ke dalam kereta meninggalkan Anith.

            Double what??? Amboi! Bukan main lagi mamat ni. Mentang-mentanglah dah tolong. Demand bagai pulak dia ni! Kata tak nak jumpa lagi! Ok…cuma hari ni je aku ikut cakap kau. Lain kali, no way aku akan ikut cakap kau! Eh..bukan korang dah tak nak berjumpa lagi ke? Betul! Ini adalah perjumpaan aku kali terakhir dengan Qhaliff! Ujarku dalam hati. Aku terus masuk ke dalam kereta ku dan mengekori kereta Qhaliff dari belakang.

………………………………………………………………..

            Kereta kami berdua berhenti di hadapan sebuah hotel yang ku kira begitu mewah sekali dan cukup esklusif. Hotel Golden??? Aduii…kenapa pulak mamat ni berhenti kat depan hotel mewah ni? Takkan la dia nak minta aku belanja dia kat hotel ni? Ini memang kerja giler? Kalau betul la tekaan aku tu, sah…memang tak cukup duit aku nak belanja dia.  Gaji aku pun kalau ada, rasanya belum layak lagi nak makan kat hotel mewah macam ni!

            Nak tak nak terpaksa juga aku melangkah masuk ke dalam Hotel Golden dengan langkah yang berat hati. Qhaliff sudah tersenyum penuh makna. Saja je nak menguji si Anith ni macamana orangnya. Ujar Qhaliff dalam hati.

            “ Err…Qhaliff, betul ke kita nak makan kat sini? Takde tempat lain lagi ke?” soalku pada Qhaliff sebelum langkah kami berdua lebih jauh masuk ke dalam.

            “ Betul la! Kau ikut je la.” Balas Qhaliff bersahaja. Suka betul Qhaliff melihat reaksi Anith yang sudah semakin kalut.

            Saat kaki Qhaliff dan Anith melangkah masuk ke dalam Hotel Golden, semua mata tertumpu kepada mereka. Tak kurang juga, cakap-cakap belakang dari para pekerja Qhaliff. Namun, Qhaliff hanya membiarkan saja. Langkah Anith terhenti seketika. Beg tangan yang disangkut ke bahu segera dilurutkan ke bawah untuk mencari dompetnya.

            Aku mesti la check dulu duit aku. Nanti, tak pasal-pasal kang, aku jugak yang malu kalau duit tak cukup nak bayar nanti. Mataku membulat terkejut. Tinggal lima puluh ringgit je. Aduhh…kat mana aku nak cekau duit lagi ni? Mana cukup  kalau lima puluh ringgit je! Ishh..ini semua fasal mamat sombong tu la yang gatal sangat nak minta belanja. Dahlah minta belanja, lepas tu sibuk-sibuk nak pilih makan di hotel! Banyak hansem muka dia! Tapi memang hansem pun.

            “ Aku nak kau belanja aku makan yang sedap-sedap tau! Kau dengar tak?” ujar Qhaliff pada Anith. Tapi kata-katanya itu bagai tidak disambut oleh Anith. Qhaliff menoleh ke belakang. Laaa….minah ni duk tercegat kat sana tu buat apa? Aku cakap seorang-seorang rupanya. Qhaliff segera bergerak menuju ke tempat Anith semula.

            “ Ehemm….!” Qhaliff berdehem. Aku terkejut. Bukan apa, kedudukan si Qhaliff ni yang dekat sangat dengan aku daa. Aku berundur ke belakang sedikit.

            “ Apa hal kau berdiri di sini? Cepatlah! Aku dah lapar ni.” Ucap Qhaliff. Qhaliff sudah dapat mengagak apa yang bakal dicakapkan oleh Anith. Mana taknya, mesti minah tu sekarang ni tengah risau macamana nak belanja aku makan kat hotel ni. Biarlah! Aku saja je nak uji minah ni dulu.

            “ Errr…aku..aku…” Anith mati kata-kata. Nanti kalau diberitahu hal yang sebenar, takut si Qhaliff ni pulak buat hal. Macamana ni?

            “ Apesal pulak kau ni gagap? Dah…dah!!! Jom kita masuk dalam. Kalau tak, aku cium kang!” sekali lagi Qhaliff dengan idea nakalnya. Anith terdiam lalu menapak kaki mengikut langkah Qhaliff untuk menyainginya.

            Tak guna betul la mamat ni! Menyampah! Sombong! Suka cakap ikut kemahuan dia je! Dahlah tinggi, susah betul aku nak lawan mata dengan dia. Aku pulak yang naik lenguh pandang mamat ni. Benci!!! Qhaliff buat-buat muka selamba sambil melangkah masuk ke dalam restoran hotel miliknya.

            “ Aku tahu kau diam ni mesti tengah mengutuk aku kan?” uji Qhaliff. Anith meneguk air liurnya. Eh..macamana dia tahu? Dia ada special power ke nak baca fikiran aku? Ah! Lantaklah…dia yang buat aku angin dulu. Sikit-sikit…nak ugut cium! Ahh!!! Tak matang betul mamat ni!

………………………………………………………

            Ellysa dengan langkah gediknya berjalan menuju ke pejabat Qhaliff. Rasa rindu sangat kepada Qhaliff sebab dah lama tak jumpa. Lagipun, kerjanya sebagai pramugari juga sidikit sebanyak membataskan pertemuan dengan Qhaliff. Tambahan lagi, esok Ellysa akan ke Paris atas urusan kerjanya.

            “ Maaf, Cik Ellysa! Tuan Qhaliff belum masuk pejabat lagi. “ ujar Farah kepada Ellysa. Sebagai setiausaha, Farah bertanggungjawab untuk menjaga pejabat bosnya itu daripada dimasuki oleh sesiapa yang tidak berkenaan.

            Ellysa menjeling tajam kepada Farah. Ellysa bertindak kasar dengan menolak bahu Farah yang menghalang laluan menuju ke pejabat Qhaliff. Farah terduduk di lantai akibat tolakan dari Ellysa itu.

            “ Kau ingat aku nak percaya? Aku nampak kereta dia tadi! Kau jangan nak menipu aku? Ingat sikit, aku ni bakal isteri kepada bos kau tu! Kau nak aku suruh bos kau tu pecat kau?” bentak Ellysa. Farah tidak dapat menahan rasa sedihnya daripada mengalirkan air mata. Ellysa tersenyum kemenangan. 

            Ellysa terus masuk ke dalam pejabat Qhaliff tanpa berlengah lagi.

            “ Qhaliff!” panggil Ellysa manja. Sayang seribu kali sayang, Qhaliff tidak berada di dalam biliknya. Ellysa mengetap bibirnya. Tak guna! Ellysa mengatur langkah dengan kasar dan berlalu pergi dari bilik Qhaliff.

            Punat lif ditekan kasar. “TINGG!!!” pintu lif terbuka luas lalu Ellysa meloloskan dirinya ke dalam lif dan menekan punat G. Sedang Ellysa menahan rasa geram, hatinya yang panas bertambah panas lagi apabila mendengar suara-suara sumbang mengatakan sesuatu tentang Qhaliff.

            “ Eh…kau dengar tak cerita tentang bos kita yang hansem tu?” soal pekerja wanita itu kepada teman sekerjanya di sisinya.

            “ Cerita apa?”

            “ Tadi ada staf restoran kat bawah nampak bos kita sedang makan dengan seorang awek cun. Kau pun tahukan sikap bos kita tu macamana. Bos kita tu jarang sekali keluar dengan perempuan. Tambah-tambah lagi, makan kat restoran hotel milik bos sendiri. Dorang  cakap perempuan tu teman wanita bos.” Jelas pekerja wanita itu.

            “ Oh..yer ke? Ala…kalau macam tu melepas la Cik Ellysa tu kan? Tak pun semua staf perempuan kat hotel ni pasti menangis sebab bos kesukaan mereka dah ada awek.” Ellysa yang mendengar perbualan mereka berdua tu sudah seperti cacing kepanasan. Telinganya bukan main sakit lagi mendengar berita murahan yang baru didengarinya tadi.

            “ Excuse me! Cermin diri tu sikit! Jangan nak berangan yang tinggi sangat!” kaca mata hitam dilurutkan ke bawah sedikit untuk bertentang mata dengan dua orang pekerja itu. alangkah terkejutnya mereka berdua kerana boleh berada satu lif dengan Ellysa. Pintu lif terbuka luas sekali lagi lalu Ellysa keluar segera.

            Arghh!!! Shit!! Perempuan mana pulak yang berani makan bersama Qhaliff aku? Aku tak puas hati. Aku mesti cari Qhaliff. Tadi mereka ada sebut tentang restoran. Ellysa menukar langkahnya menuju ke restoran untuk mencari kelibat Qhaliff jika benar seperti yang dikatakan.

……………………………………………………

            Amboi….bukan main sedap lagi mulut mamat ni menelan makanan yang sudah terhidang. Sedapnya mamat ni la yang rasa. Pahitnya aku la yang tanggung sebab lepas ni nak bayar makanan dia. Mamat ni makan macam tak ingat dunia betul la! Aku pulak yang malu. Mana taknya, sejak tadi lagi aku rasa meja kami berdua diperhatikan. Bukan main banyak lagi mata yang memandang aku bersama si Qhaliff ni. Aku tahulah dia hansem itupun kalau dia tak buka mulut.

            “ Hah! Apasal kau tak makan?” soal Qhaliff yang sudah berselera makan. Alahai…Qhaliff. Kau ni macam tak pernah makan tengah hari la pulak! Sibuk sangat nak makan sampai lupa pada si Anith ni. Mesti dia masih bimbang soal nak bayar makanan ni nanti.

            “ Ahh…ermm…nak makan la ni.” Ucapku lemah.

            “ Cepatlah makan. Aku ada banyak kerja ni.” Rungut Qhaliff sengaja. Dalam hati Qhaliff sudah gelak sakan. Qhaliff mengukir senyuman.

            Ramai pekerja Qhaliff tidak menyangka akan dapat melihat senyuman dari bos mereka itu. Jarang sekali melihat bos mereka tersenyum. Bertuah betul teman wanita bos mereka itu. Ellysa segera masuk ke dalam restoran untuk mencari kelibat Qhaliff. Puas mata Ellysa meliar ke kiri kanan. Ellysa tersenyum sinis. Matanya sudah menangkap kedudukan Qhaliff bersama seorang perempuan. Adakah perempuan itu yang dikatakan teman wanita Qhaliff? Ellysa segera berjalan menuju ke arah Qhaliff.

            “ Qhaliff!! Who’s this girl?” soal Ellysa kasar. Kedua-duanya terkejut melihat kehadiran Ellysa yang sudah seperti harimau kelaparan. Bila-bila masa sahaja Ellysa akan menerkam mangsanya.

            “ It’s none of your business!” balas Qhaliff. Air muka Qhaliff sudah berubah sepenuhnya. Geram dengan kehadiran  Ellysa yang tidak diundang ini.

            “ What??? None of my business?? Then, who are you? What are you doing here with my Qhaliff?” soal Ellysa kepada Anith pulak. Anith terkejut. Tidak tahu hendak menjawab apa. Bukannya Anith tidak faham akan soalan yang diajukan kepadanya. Tetapi, saat ini Anith entah kenapa mulutnya rasa terkunci.Ellysa yang tidak sabar menunggu jawapan dari Anith, terus sahaja mencapai gelas yang berisi air putih lalu dituang kasar ke arah wajah Anith. Aku kaget besar! Ya..Allah, apa salahku makan bersama dengan Qhaliff sehingga aku dimalukan sebegini? Tanpa ku sedar air mataku mengalir dengan laju. 

            “ Ellysa!! Stop it! She is my future wife!!!” ujar Qhaliff kuat. Ellysa tersentap mendengar luahan kata dari Qhaliff. Apalagi Anith! Sekali lagi Anith dikejutkan oleh Qhaliff.

            “ Anith! Anith! Anith!!!!” laung Qhaliff memanggil Anith yang sudah berlalu pergi. Aku bingkas bangun untuk segera pergi.



Qhaliff!! Apa yang kau buat lagi ni? Macamana sekarang? Tentu Anith tengah sedih sekarang.

p/s: Bersambung....nantikan bab yang seterusnya. Selamat membaca:)
http://www.penulisan2u.my/2013/06/novel-dating-kontrak-9/

You Might Also Like

5 comments

  1. Tampo je Elyssa tu lelaju Qhaliff.. geram betul akak dgn perangai dia. Tp lg baik Anith curah balik air kt Elyssa sblm dia blah. Baru puas hati. hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha...sabo kak Ixora...Anith masih terkejut tu..nnti dah dtg angin typhoon Anith, Ellysa pulak yg kena...

    ReplyDelete
  3. Hoho akan ada part Anith balas balik kat Elyssa ke? Wahh,tak sabar nak tunggu! Hihi

    ReplyDelete
  4. yehhh!!! tunggu yer...kita tengok apa akn brlaku?jeng...jeng...

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images