BACAAN
doa selamat telah selesai dibacakan. Namun sejak tadi, mataku sibuk hendak
mencari kelibat Encik Made In London.
Tapi lain yang dicari lain pula yang aku nampak. Siapa lagi kalau bukan
Mr.Gentleman Celup. Sesekali terpandang, malu-malu kucing. Dua kali pandang,
senyum-senyum. Tiga kali pandang, dah tak tahu nak buat apa lagi. Tapi mana
dia?
“Ad!
Ad!” Deelila menggerakkan bahuku.
“Ad!”
“Ah….kenapa?”
jawabku terpinga-pinga.
“Dah
nampak?”
“Apa
yang nampaknya?”
“Ek
eleh…jangan nak konar-konar hah. Ingat
aku tak nampak ke mata kau kat mana tadi. Orang sibuk menadah tangan, mata dia
sibuk meliar mencari Encik Made In London.”
Aku
tersenyum malu. Memang aku dah agak Deelila ni memang faham sangat dengan
perangai aku.
“Hisy…kau
ni! cakap tu perlahan-lahan la. Nanti mak dia dengar!”
“Relax la…wait! If kau jumpa dia,
macamana? Apa kau nak buat?”
Jawapan
dalam kepala otak aku sekarang…aku nak PENGSAN! Sebab aku malu nak jumpa orang
hansem ni. Semua ex-boyfriend aku sebelum
ni semuanya biasa-biasa je. Kata orang yang sedap mata memandang tapi aku ni je
yang tak berapa nak feel sangat.
Sebab tu lah lima kali putus cinta.
“Entah.”
Jawabku selamba pada Deelila lalu aku mengajaknya untuk mengambil makanan.
……………………………………..
Aku dan Deelila menuju ke meja utama
yang menghidangkan makanan beraneka jenis. Aku menelan air liur. Memang nampak
sedap semuanya. Perut pun memang dah mula berbunyi-bunyi.
Aku memilih lauk-lauk kegemaranku. Begitu
juga dengan Deelila. Tiba-tiba, bahuku dicuit lembut dari arah belakang. Aku pantas
menoleh dan mataku pintas menangkap susuk tubuh yang selalu bermain difikiranku
selama ini. Otak ku sudah mula memproses ayat jawapan ku sebelum ini dan
akhirnya mataku menjadi gelap tiba-tiba serta kepalaku sudah mula
berpusing-pusing ibarat roller coster.
“Adliena!” sebut Datin Hajah Vanida
yang terkejut.
“Ad!!” panggil Deelila juga turut
terkejut melihat Adliena sudah terbaring di atas lantai kerana sudah jatuh
pengsan.
“Raykarl! Cepat! Tolong angkat! Bawa
masuk ke dalam bilik tetamu bawah.” Arah Datin Hajah Vanida cemas kepada anak
lelakinya.
Tanpa berfikir panjang, Raykarl
terus mencempung perempuan yang baru jatuh pengsan didepannya tadi. Terkejut juga
Raykarl. Namun, Raykarl bingkas bergerak menuju ke bilik tetamu. Suasana majlis
sedikit terganggu seketika namun Rayhan dan Dato’ Raydan segera menenangkan
keadaan.
Raykarl meletakkan Adliena
perlahan-lahan di atas katil. Raykarl sempat menilik wajah perempuan yang
sedang pengsan itu. Comel. Bisik kata hatinya. Namun, sayang hatinya sudah terikat
dengan gadis yang bernama Natasha. Bukannya Raykarl tidak perasan raut wajah
perempuan yang pengsan ini benar-benar terkejut melihatnya. Sepertinya sudah
mengenali dirinya.
Deelila hanya diam berdiri tidak
berganjak dari tadi. Deelila kira inilah dia anak lelaki kedua Datin Hajah
Vanida. Ternyata memang kacak sekali. Patutlah Adliena boleh jatuh pengsan.
“Raykarl! Tolong ambilkan sedikit
air.” Ujar Datin Hajah Vanida. Raykarl hanya menurut kata mamanya lalu munuju ke bilik air di dalam
bilik.
“Mama…ini dia.” Raykarl menyerahkan
semangkuk kecil berisi air kepada mamanya.
Datin Hajah Vanida membacakan
selawat terlebih dahulu lalu di renjis sedikit ke muka Adliena.
Hansemnya Prince Charming aku ni! Muka dia sebijik Encik Made In London. Siap cempung aku lagi. Kan best kalau hari-hari begini. Sweetnya
mimpi ni. Eh! Eh! Apasal pulak hujan ni!
Sekali lagi Datin Hajah Vanida merenjiskan
air ke muka Adliena. Mataku terus terbuka. Aku cuba melihat sekelilingku
sepertinya aku sedang berada di dunia lain. Di mana pulak ni? Aku masih
bermimpikah?
Datin Hajah Vanida tersenyum. Deelila
pulak seperti memberi isyarat mata kepadaku supaya untuk menjeling ke kiriku.
“Alhamdulillah…dah sedar pun.
Macamana?” soal Datin Hajah Vanida prihatin.
Aku hanya senyum malu kerana dia
masih ada di sini. Dekat sangat dengan aku. Alamak! Rasa macam tak boleh
bernafas pulak! Kalau aku nak pengsan sekali lagi, boleh tak? Mestilah kantoi!
“Adliena…”
“Ehmm…saya okay.”
“Baguslah kalau begitu. Risau juga
saya tengok tadi. Tiba-tiba je Adliena boleh pengsan. Nasib baik ada Raykarl
tolong angkatkan.”
Gulp! Aku menelan air liur. Biar betul
mimpi aku tadi tu sama dengan realiti? Maknanya memang Encik Made In London la yang angkat aku ke
sini tadi! Oh my! Malunya. Dia kenal
aku tak? Macam tak je. Memang lah tak kenal. Aku ni siapa juga. Adoiyai! Misi untuk menyembunyikan diri
dari dia nampaknya tidak menjadi la gayanya.
Deelila sudah tersenyum-senyum
mengejek aku.
“Terima kasih…saya tiba-tiba je rasa
pening tadi. Maaflah kalau saya menyusahkan Puan dan anak Puan.”
“Eh..tak. Jangan cakap macam tu.
Benda nak jadi memang macam tu. Kalau macam tu, Adliena berehat la dulu. Saya
nak keluar sekejap. Nak layan tetamu dulu.”
Datin Hajah Vanida dan Raykarl
keluar dari bilik meninggalkan aku dan Deelila sendirian. Deelila sudah ketawa
mengekek-ngekek dah gaya macam burung Belatuk.
“Macamana? Best tak diangkat oleh Encik Made
In London tadi? Aku tengok dia angkat kau memang bergaya sungguh. Kalau aku
takde boyfriend, confirm aku cair giler.”
“Serius? Betul dia angkat aku tadi?”
“Betul la! Kau ingat Datin Hajah Vanida
tu tipu kau? Memang betul la. Tadi dia angkat dan letak kau kat atas katil ni.”
“Malunya….aku memang tak dapat nak
fikir apa-apa tadi bila bertembung mata ke mata, muka ke muka, sebab tu la aku
terus pengsan.”
“Giler! Ingatkan sakit! Rupanya-rupanya
pengsan sebab tu. Ceh!”
“Rehatlah dulu..aku keluar sekejap. Ambil
beg kau dan beg aku.”
Deelila meninggalkan aku sendirian
di bilik.
…………………………………
Usai selesai majlis, aku dan Deelila
bersalam-salaman dengan Datin Hajah Vanida untuk meminta diri pulang. Rasa malu
aku tolak ke tepi. Yalah..siapa tak malu, bila tiba-tiba je pengsan di majlis
orang! Giler! Nasib tak ada reporter!
Kalau ada reporter macam Kiah Propa
tu, siap aku kena bahan lawak satu Malaysia.
“Dah nak balik dah?”
“A’ah…maaflah sebab saya menyusahkan
Puan sekeluarga tadi.” Kedua-dua anak lelaki Datin Hajah Vanida turut berada di
sisinya. Aduh! Ini yang bikin berdebar hati aku ni. Dahlah dua-duanya hansem. Terpaksa
cover malu tebal-tebal.
“Tak apa. Saya faham. Ini Adliena,
betul-betul dah rasa okay ke?”
“Ehm…okay. Dah kurang sikit pening.”
Bohong sunat je. Kalau la Datin Hajah Vanida tahu aku pengsan sebab anak dia
yang hansem tu, apa reaksi dia?
“Tapi..saya tengok Adliena macam
pucat je. Tak sedap hati la pulak nak biarkan kamu berdua balik lewat malam
begini. Ehmm…apa kata kalau Raykarl hantarkan kamu pulang?”
“Hah?” balasku terkejut. Waduh….waduh…macamana
ni? Aku rasa macam nak pengsan semula je! Encik Made In London hantar aku balik! Biar betul! Nak ke dia? Lagipun…kenapa
Datin Hajah Vanida suruh Raykarl pulak? Kenapa tak Rayhan aje? Pipi ku
nampaknya sudah merah seperti pipi Prince
Harry. Haiyaa..
P/s : Bersambung.....nantikan jawapan Encik Made In London? Setuju atau tidak? Jangan lupa tinggalkan komen...hihihi
Engku Raykarl Fariz aka Encik Made In LONDON!
- 19:33
- 2 Comments