Novel DATING KONTRAK! 7

16:47






OLEH : KIR@ LEE

BAB 7

JAM lonceng di tepi meja mengejutkan pagi Anith dari tidurnya. Anith segera berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri dan segera mengambil wudhuk untuk menunaikan solat Subuh. Usai keluar dari bilik air, telekung di dalam almari dicapai oleh Anith.

Anith melipat kain telekung semula setelah menunaikan solatnya. Kemudian, Anith bergerak menuju ke katilnya semula lalu mencapai i-Phone milik Lee Min Ho untuk dimasukkan ke dalam beg tangannya. Namun, pergerakan tangan Anith terhenti apabila berbunyi deringan mesej dari i-Phone itu. Gatal saja tangan Anith untuk membaca mesej itu. Macamlah mesej itu untuk aku kan? Duga Anith sendiri.

Alangkah terkejutnya Anith. Sah! Mesej ini memang khas ditujukan untuknya. Kurang asam jawa betul mamat tu. Sempat lagi nak main-main mesej dengan aku. Budak-budak betul! Anith menahan geram sambil membaca isi kandungan mesej yang dihantar oleh Lee Min Ho tu.

          Aku tak kan ada belas kasihan langsung kalau kau lambat satu minit esok. JUST TO REMIND YOU! Kalau tak, say good bye to your beloved calculator phone.

            “ Arghhh!!!! Tak guna! Huh! Kau ingat aku takut dengan ugutan kau yang macam budak Tadika ni? Kalau kau boleh buat, aku pun boleh buat!” luah Anith sendiri di dalam bilik.

            Pantas sahaja jari jemari Anith menaip sesuatu di i-Phone dan dihantar kepada Qhaliff untuk membalas mesej tersebut. Masing-masing tidak mahu mengalah. Anith bingkas bangun untuk memilih baju kurung yang sesuai untuk dipakai hari ini.

………………………………………………………

            Qhaliff tersenyum penuh makna hari ini. Yelah…masakan Qhaliff tidak ingat tentang hari ini. Hari di mana Qhaliff akan berjumpa semula dengan telefon bimbit kesayangannya dan juga hari untuk bersemuka dengan minah bertudung tu juga.

            Jari jemari Qhaliff masih tercari-cari baju kemeja yang sesuai untuk dipakai hari ini. Qhaliff ingin kelihatan tampak segak di mata minah itu nanti. Biar minah tu tahu yang Qhaliff ni bukan sembarangan orang. Sekejap-kejap Qhaliff memilih baju kemeja berwarna putih. Sekejap-kejap, baju kemeja biru di padangkan ke tubuhnya.

            “ Haiii…mana satu aku nak pakai hari ini? Kalau yang putih ni, nampak macam biasa je. Kalau biru ni pulak, takut pula jadi perhatian? Nanti apa pulak minah tu kata aku nanti. Ehhh…Qhaliff…Qhaliff. Buat apa aku nak risau pasal pandangan minah tu? Bukannya aku nak pergi ‘dating’ dengan dia? Ishh..tak nak aku!” omel Qhaliff pagi-pagi lagi.

            Tanpa menunggu masa, Qhaliff segera menyarungkan kemeja berwarna putih ke tubuhnya dan dipadankan dengan sut korporatnya supaya tampak lebih segak. Tali leher berwarna merah digantung ke leher sebagai pelengkap sut korporatnya.

            Qhaliff tersenyum melihat dirinya di depan cermin. Kacak juga aku ni. Qhaliff memuji dirinya sendiri. Yelah…siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Tiba-tiba, deringan lagu Korea menganggu mood Qhaliff.

            “ Ehh..siapa pulak yang mesej awal-awal ni? Takkanlah ‘MAMAT GILER’ tu lagi? Qhaliff yang tidak sabar terus sahaja menekan punat open untuk membaca mesej tersebut. Riak wajah Qhaliff berubah seratus peratus apabila membaca mesej tersebut.

            Kau ingat kau boleh takutkan aku la? PLEASE! Tak ada maknanya aku nak takut! Kalau kau yang lambat satu minit, jangan segan ucap selamat tinggal kat i-Phone kau yang macam ‘duster’ papan putih ni..hihihi.

            Qhaliff mengepal telefon bimbit minah tu dengan kuat. Geramnya!!!! Boleh tahan juga ni! Qhaliff semakin tidak sabar untuk bertemu dengan pemilik telefon bimbit Samsung Galaxy Note ini. Lihat la saja nanti. Siapa yang datang awal, siapa yang datang lambat?

……………………………………………….

            Diana sudah sibuk menyiapkan sarapan di dapur. Aku melangkah masuk ke dalam dapur dengan langkah yang senyap. Perlahan-lahan kaki ku melangkah mendekati belakang Diana.

            “ HAHHH!!” sergah ku dari belakang.

            “ Oh….Kak Limah balik rumah!” Aku ketawa melihat Diana melatah. Ini mesti kes tengok filem ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ semalam.

            Diana pantas berpaling ke belakang. Lalu Diana menghadiahkan aku satu tamparan kecil tapi aku sempat mengelak. Aku laju-laju bergerak ke ruang tamu meninggalkan Diana.

            “ Hantu punya kawan! Ish…ada yang nak kena ni!” jerit Diana. Aku melabuhkan punggungku ke sofa merah untuk berehat.

            Diana mengangkat dulang yang berisi sandwich dan dua gelas susu menuju ke ruang tamu. Usai meletakkan dulang di atas meja, Diana terus melabuhkan duduknya di sebelahku.  Aku senyum kepadanya.

            “ Jemput makan tuan puteri.” Ujar Diana. Aku tahu mesti Diana mengejek aku sebab aku lambat turun nak buat sarapan. Selalunnya aku turun awal untuk menyiapkan sarapan bersama Diana. Tapi, disebabkan oleh mamat Lee Min Ho tu lah, hati aku ni masih panas.

            “ Sorry la. Aku lambat turun tadi. Tapi ini semua fasal mamat tak guna tu! Pagi-pagi lagi, dah buat aku stress! Agaknya dia tu tak ada kerja kut?” ucapku dengan nada geram.

            “ Ahh…cakap fasal mamat tu. Sorry la beb. Aku tak dapat nak temankan kau jumpa dia nanti. Aku ada hal peribadi la sikit tiba-tiba. So, aku tak dapatlah nak tengok mamat Lee Min Ho pujaan hati kau tu.” Sengaja Diana menyakat Anith. Tersedak Anith dibuatnya kerana baru sahaja selesai menghirup segelas susu.

            “ Simpang empat puluh malaikat! Kau giler nak gelar dia ‘Jejaka Pujaan Hati’ aku? No way! Kalau Lee Min Ho yang betul-betul, baru layak terima gelaran ‘JPH’ aku. Kalau macam tu, aku seorang la kena berdepan dengan mamat tu nanti. Tak pe lah nak buat macamana?”

            Masing-masing mengambil sandwich lalu menyuapkan ke dalam mulut. Usai bersarapan, giliran aku untuk mengangkat dulang lalu menuju ke dapur untuk membasuh gelas dan pinggan kecil yang kami gunakan tadi. Diana sudah melangkah keluar dari rumah.

            Aku segera menuju ke rak kasut untuk mencari kasut kerja ku. Jam di tangan ku kerling sekilas. Ehmm..masih awal lagi. Aku terus meloloskan badanku ke dalam perut kereta lalu enjin kereta ku hidupkan.

………………………………………………….

            “TUKKK!!!” Farah mengetuk pintu bilik Qhaliff.

            “ Masuk!” arah Qhaliff.

            Farah segera menapak masuk ke dalam pejabat Qhaliff sambil membawa buku nota kecil. Qhaliff mengarahkan Farah untuk duduk.

            “ Baiklah, Farah. Hari ni saya ada apa-apa janji temu ke?” soal Qhaliff kepada setiausahanya. Farah segera membelek buku notanya untuk melihat senarai janji temu yang dimaksudkan oleh Qhaliff.

            “ Hari ni, Tuan ada janji temu dengan seorang wartawan dari Majalah Bussiness World, pada pukul 10.00 pagi nanti. Ehmm..cuma itu sahaja janji temu Tuan untuk hari ini.” Balas Farah tenang walaupun dalam hati sudah berasa gelisah menghadap bosnya yang sangat kacak hari ini. Kali ini, bosnya itu kelihatan berlainan sekali. Walaupun hari-hari lain, bosnya itu memang nampak segak tetapi hari ini ketampanan bosnya itu lebih terserlah dengan tali leher yang berwarna merah.

            “ Ok..terima kasih. Awak boleh keluar sekarang.” Ucap Qhaliff.

            Qhaliff mengerling jam tangannya. Hemmm…tak sabarnya aku nak jumpa minah tu. Rasa macam nak keluar je dari pejabat sekarang. Ehh? Apa yang kau mengarut ni Qhaliff? Apasal kau tak sabar nak jumpa minah yang rosakkan telefon bimbit kesayangan kau tu? Qhaliff pantas menggeleng. Aku ni dah giler ke?
………………………………………………
            Tanpa sedar masa berlalu pantas, jam kini sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Janji temu bersama wartawan dari Majalah Bussiness World perlu diselesaikan terlebih dahulu. Pintu bilik pejabat Qhaliff dikuak lembut oleh Farah.

            “ Tuan, ini dia Cik Raina, wartawan dari Majalah Bussines World.” Ujar Farah.

            “ Ok…jemput masuk.” Raina menapak masuk ke dalam pejabat Qhaliff lalu menghulurkan salam kepada Qhaliff. Qhaliff menjemput Raina duduk menghadapnya. Suasana pejabat Qhaliff yang tampak ekslusif cukup menarik perhatian Raina untuk mengambil beberapa gambar. Qhaliff hanya membiarkan sahaja kerana memahami tugas seorang wartawan.

            “ Good morning, Cik Raina. Apa khabar?” Sapa Qhaliff mesra untuk memulakan perbualan.

            “ Khabar baik. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Encik Qhaliff sebab sudi untuk ditemubual oleh pihak kami. “ balas Raina dengan ramah.

            Akhirnya sesi temubual berakhir dengan lancar. Raina bingkas bangun lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Qhaliff. Memang tidak dapat dinafikan Qhaliff memiliki pesona yang mengagumkan sebagai seorang ahli perniagaan yang masih baru di dalam bidang perhotelan. Sayang, apabila ditanya tentang soalan peribadi, Qhaliff sepertinya hendak mengelak.

            “ Terima kasih, Encik Qhaliff atas kerjasama yang diberikan.” Ucap Raina.

            “ Sama-sama.” Balas Qhaliff ringkas.

                        Raina kemudian berlalu dari bilik pejabat Qhaliff. Qhaliff terus melabuhkan duduk di kerusinya. Jam di tangannya di kerling sekali lagi. Qhaliff tersenyum penuh makna. Tak lama saja lagi.
………………………………………………

Aku terkocoh-kocoh menuju ke kereta Myvi ku. Kunci kereta segera ku keluarkan lalu masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan dan radio kereta ku pasang. Huhhh…masih awal lagi. Kita tengok siapa yang datang awal, siapa yang datang lambat! Ucapku sendirian. Aku memandu keluar keretaku menuju ke lebuh raya.

            Pada waktu yang sama, Qhaliff bergerak pantas meloloskan diri ke dalam lif lalu menekan punat ‘G’. Jam kini menunjukkan pukul 12.30 petang. Qhaliff sengaja turun lewat kerana tempat yang dijanjikan sebenarnya tidak jauh dari hotelnya. Tanpa Qhaliff sedar, langkahnya itu diekori oleh seseorang yang membawa seribu muslihat yang tersirat.

            Qhaliff menuju ke lot parkir mencari keretanya.

            Aku menarik nafas yang panjang sebelum melangkah menuju ke Full House Café yang sudah berada di depan mataku. Hemm…ada sepuluh minit lagi. Rilek….rilek….dulu, Anith. Takkan tak sabar kut nak jumpa mamat kurang matang tu? Ishh!!! Tak ada maknanya aku nak hadap sangat la dengan mamat tu.

            Qhaliff merenung jam tangannya sekali lagi. Masih ada sepuluh minit lagi. Qhaliff tahu dirinya menjadi tumpuan ketika ini. Saat kakinya melangkah masuk ke dalam Full House Café tadi, ramai mata yang tertumpu kepada dirinya. Qhaliff mencapai i-pad yang diletakkan di atas meja sambil menunggu kedatangan minah bertudung itu.

            “ Bismillahirahmanirahim…ramai pulak manusia hari ini. Mana pulak mamat tu?” aku mencari-cari kelibat Lee Min Ho. Mataku masih meliar ke kiri kanan. Deringan telefon bimbit dari dalam beg tanganku menganggu aku.

            “ Assalamualaikum.” Ucapku tanpa melihat nama pemanggil yang tertera di dada skrin telefon bimbit Lee Min Ho.

            “ Ehemmm…waalaikumsalam. Aku ni. Aku dah sampai kat Full House Café ni.”

            “ Oh…hemm..aku pun dah sampai. Kau kat mana ek? Asal aku tak nampak kau? Aku dah puas cari rambut yang macam ‘Maggie’ tapi tak jumpa-jumpa juga!” ucapku sambil menahan ketawa.

            “ Siapa yang rambut ‘Maggie’? Suka hati je nak komen rambut aku. Aku punya rambut, aku punya kisahlah! Cepat la datang! Aku kat tingkat bawah ni je. Hujung sekali..cepat! 1…2…3…4…5…” Qhaliff terus mengira.

            Aku segera bergerak cepat untuk mencari dia. Ishh…siaplah kau nanti rambut ‘Maggie’! Kau ni sengaja nak aku lari macam entah apa kat café orang ni. Akhirnya kaki ku berhenti di satu penjuru di bahagian belakang. Aku nampak seorang lelaki memakai baju kemeja putih walaupun hanya pandangan dari belakang.

            Aku berjalan mendekatinya. Sah! Itu memang dia! Kenapa? Sebabnya lelaki itu masih melekapkan telefon bimbit yang sangat ku kenali ke telinganya.

            “ Stop counting!!!” ucapku keras.

Berjumpa dengan mu
Belum ku suka
Sedikitpun rasa cinta tak ada
Melamunkan saja aku tak sudi
Di mata ku kau yah biasa saja….

Mehhh...lawan bertentang mata dengan Qhaliff? Ada berani?

p/s: Bersambung.....nantikan bab yang seterusnya. Hihihi.....terimalah bab 7 yang tak  seberapa ni. Selamat membaca")


You Might Also Like

2 comments

  1. Dik,awak kan..selalu dera emosi akak tau.. haha.. pandai awak buat akak tertunggu-tunggu sambungan cerita ni..

    Good job..good job. dah taktau nak komen ape dah..huhu

    ReplyDelete
  2. hehehehe.....thanks sebab akak selalu komen kita yg baru je nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan novel ni...saya akan cuba lagi..nantikan bab yang seterusnya:)

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images