Novel DATING KONTRAK! 6
12:06
Oleh : KIR@ LEE
BAB 6
PUAN SRI HAMIDAH cukup
terkejut mendengar berita daripada Ellysa petang tadi. Bukan apa, Puan Sri
Hamidah cukup kenal dengan sikap anak lelakinya itu. Masakan Qhaliff tidak
memberitahu dirinya yang Qhaliff sudah mempunyai teman wanita. Puan Sri Hamidah
tidak percaya sama sekali dengan apa yang dikatakan oleh Ellysa.
Telefon bimbit di tangan cuba
mendail nombor telefon anaknya. Rasa ingin tahu Puan Sri Hamidah sangat kuat.
Jika betul apa yang dikatakan oleh Ellysa, Puan Sri Hamidah sendiri akan
berjumpa dengan teman wanita anaknya itu. Yelah…mana tahu teman wanita Qhaliff
itu hanya menginginkan harta sahaja.
Aku merebahkan diriku di atas katil
bujangku. Alahai…penatnya Anith oiii. Aku cuba melelapkan mata untuk berehat
seketika. Ya! Aku perlukan masa untuk menenangkan diri. Kan best kalau telefon
bimbit aku ada dengan aku sekarang ni. Boleh dengar lagu Korea..hihihi…
Baru sahaja aku ingin menikmati
tidur, tiba-tiba aku diganggu oleh deringan telefon. Malasnya aku nak bangun.
Ishh…takkan la mamat tu call aku lagi? Perosak suasana betul la! Dengan
terpaksanya, aku bangun dari pembaringanku dan berjalan menuju ke meja solek
untuk mengambil telefon bimbit mamat ‘Lee Min Ho’ yang sedang berdering.
“ Mama?” opppsss….mak dia pulak yang
call. Macamana ni ekk? Nak angkat ke tak? Kalau aku jawab, takut mak dia hairan
pulak nanti. Ehhh….jangan Anith. Buatnya mak dia fikir yang bukan-bukan nanti,
kau yang susah. Anith menggelengkan kepalanya.
“ Mana pulak Qhaliff ni? Kenapa tak
jawab panggilan mama ni?” soal Puan Sri Hamidah sendirian. Puan Sri Hamidah
menunggu lagi.
Aku berjalan mundar-mandir sambil
menggenggam i-phone ‘Lee Min Ho’. Ishh…layak ke dia jadi ‘Lee Min Ho’ aku? No
way! Seratus lima puluh juta kali tak layak! Cuma waktu pertama kali jumpa dia
kut…ada la jugak sikit-sikit macam ‘Lee Min Ho’. Haiii…apasal la telefon bimbit
dia ni tak berhenti berdering? Susah hati aku pula. Mana tahu ini panggilan
kecemasan ke?
Puan Sri Hamidah akhirnya mengalah.
Sudah ditelefon banyak kali, masih juga tidak dijawab. Agaknya, Qhaliff masih
sibuk bekerja barangkali.
Alhamdulillah…berhenti juga! Aku
terus baring di atas katilku sambil memegang i-phone ‘Lee Min Ho’. Aku sempat
menilik gambar yang terpapar di dada skrin i-phonenya. Elehhh…nak tunjuk gambar
macho konon? Rambut pun dah macam ‘Maggie’.
Aku ketawa besar melihat gambar wallpaper
mamat berlagak ni. Apa punya style la
rambut dia ni?
……………………………………………..
“ Assalamualaikum, Bro! Malam ni free tak? Jom keluar
makan?” ajak Faez yang sudah berdiri di tepi pintu pejabat Qhaliff.
“ Waalaikumsalam…Tengku..juh!” sempat Qhaliff mengejek
nama Faez yang bermula dengan gelaran ‘Tengku’ sebenarnya. Qhaliff ketawa.
“ Kau ejek nama aku ya! Ini Tengku bukan sebarang Tengku,
ini Tengku dari Golden Hotel, kalau jeles cakap jeles…”
Faez segera berjalan menuju ke meja Faez. Masa lapang begini,
senanglah sikit nak berjumpa dengan si Qhaliff ni. Faez segera melabuhkan
duduknya di kerusi.
“
Aku bila-bila masa free. Kat mana?”
soal Qhaliff yang teruja.
“ Uncle aku baru buka restoran. So, apa
kata kita cuba makan kat sana malam ni? Aku belanja. Amacam?” ajak Faez.
“
Ok! Aku pun ada benda nak cerita kat kau. Malam nanti la kau dengar.” Balas
Qhaliff.
“
Cantikkk! Ok la. Aku keluar dulu. Ada kerja sikit nak settle.” Faez berlalu
keluar dari bilik pejabat Qhaliff.
Faez
sempat menghadiahkan senyuman kepada setiausaha Qhaliff. Faez memang terkenal
dengan sikap peramahnya terhadap pekerja. Maka tak hairanlah, semua pekerja
menyenangi sikapnya berbanding dengan bos besar mereka, Qhaliff.
……………………………………………………
Malam yang dinanti, tiba jua
akhirnya. Qhaliff kelihatan segak walaupun hanya mengenakan T-shirt Polo
berwarna biru dan berjeans hitam. Usai memakirkan kereta BMW X-6 miliknya,
Qhaliff segera melangkah masuk ke dalam restoran untuk bertemu dengan Faez yang
sdah datang awal.
Semua mata yang berada di dalam
restoran terutama pelanggan perempuan cukup tertawan dengan ketampanan Qhaliff
sejak kakinya melangkah masuk ke dalam restoran. Faez yang memerhati Qhaliff
amat memahami kerana kawannya itu memang mempunyai ramai peminat. Malah,
semakin bertambah sejak dianugerahkan Usahawan Muda yang berjaya tahun ini.
“ Assalamualaikum.” Sapa mesra
Qhaliff kepada Faez. Qhaliff segera melabuhkan duduknya di kerusi di sebelah
Faez.
“ Waalaikumsalam.” Faez membalas
sapaan Qhaliff. Qhaliff cuma akan menunjukkan layanan mesra hanya kepada orang
yang tertentu sahaja. Jika tidak, hanya raut wajah yang dingin dan serius
sahaja ditunjukkan oleh Qhaliff terutamanya kepada Ellysa.
“ Susah ke nak cari restoran Uncle
aku ni?” soal Faez.
“ Tak ada la susah mana. Ok je. But,
boleh tahan juga restoran Uncle kau ni. Maksud aku dekorasi dalaman restoran
ni. Cantik.” Puji Qhaliff. Faez senyum.
“ Itu belum lagi rasa makanan kat
sini. Tentu kau puji melambung nanti. Apa kata kita pesan makanan dulu.
And…jangan lupa cerita yang kau nak beritahu aku tu.” Sempat lagi Faez
mengingatkan Qhaliff tentang ceritanya petang tadi. Qhaliff mengangguk.
Perbualan antara Faez dan Qhaliff tiba-tiba
terhenti seketika kerana seorang pelayan datang sambil membawa buku menu.
Pelayan itu kemudiannya menyerahkan buku menu itu kepada Faez dan juga
Qhaliff.
Qhaliff membelek halaman buku menu
itu. Ternyata semua menu yang disediakan di restoran ini menarik perhatian
Qhaliff. Begitu juga dengan Faez yang berkali-kali menelan air liur. Pelayan
perempuan itu senang hati melihat kedua-dua pelanggan yang berada di depannya
ini. Sudah lah kacak, peramah lagi.
“ Saya nak cuba Nasi Goreng PATTAYA
dan Ice Lemon Tea.” Ujar Qhaliff. Pelayan itu segera menulis menu yang di minta
oleh Qhaliff.
“ Saya pula nak cuba Nasi Goreng
Kampung dan Milo Ice satu yer.” Ucap Faez mesra.
Usai menulis menu kedua-dua
pelanggannya, pelayan itu beredar dari meja Qhaliff dan Faez sambil membawa
buku menu. Belum sempat Qhaliff dan Faez berbual, tiba-tiba bahu Faez disapa
lembut oleh seseorang. Faez menoleh ke kirinya.
“ Uncle Sham!” ujar Faez. Uncle Sham
merupakan abang kepada ibu Faez. Pada pandangan Faez, Uncle Sham kelihatan
masih segak walaupun umurnya kini sudah mencecah lima puluh sembilan tahun.
Semenjak bersara dua tahun lepas, Uncle Sham sudah merancang untuk membuka
sebuah restoran yang bertemakan masakan kampung.
“ Faez..kenapa tak beritahu Uncle
yang kamu nak datang? Ni..nasib baik Safez nampak kamu kat hujung sini. Tu yang
dia suruh Uncle tegur kamu.” Balas mesra Uncle Sham.
“ Ehmm..sebenarnya Faez memang nak
tegur Uncle tapi tak nampak Uncle tadi. Safea mana? Asal dia tak tegur abang
sepupu dia yang hansem dan comel ni?” gurau Faez.
“ Malu la tu…entah apa yang nak
dimalukan. Uncle pun tak tahu. Ini kawan kamu ke Faez?”
“ Oh…ya! Lupa pulak nak kenalkan.
Kenalkan inilah Uncle Shamsudin aka Sham. Uncle, ini pulak Qhaliff Ezham. Boleh
panggil Qhaliff.” Ujar Faez. Qhaliff menhulurkan salam perkenalan kepada Uncle
Sham.
“ Baiklah. Uncle tak nak kacau kamu.
Uncle nak ke dapur dulu. Jangan malu-malu.”
………………………………………....
Faez cuba meliarkan matanya mencari
kelibat Safea. Pemalu sunguh sepupunya itu. Qhaliff mengeluarkan sesuatu dari
poket seluarnya. Apa lagi kalau bukan telefon bimbit minah bertudung tu.
Besarnya telefon minah ni. Memang
macam kalkulator! Sempat Qhaliff mengejek telefon bimbit Anith yang sudah
berada di tangannya. Haii…nak pegang pun susah. Qhaliff merungut sendirian.
“ Oii…kau buat apa dengan telefon
bimbit anak dara orang tu?” sergah Faez tiba-tiba.
“ Ish..kau ni! Agak-agak la sikit
nak kejutkan aku tu. Nanti tak pasal-pasal telefon minah ni rosak, aku pulak
yang kena ganti!” Qhaliff mendengus
geram.
“ Ek eleh….poyo la kau ni! Kau kan
banyak duit. Tak kisahlah nak gantikan telefon bimbit ni. Tambah-tambah lagi,
pemilik telefon bimbit ni cun orangnya! Kan?” Faez sengaja memancing soalan
kepada Qhaliff.
Qhaliff ni kalau bab-bab perempuan
memang sensitif sikit. Tak tahu la kenapa? Nak dikata pernah bercinta, tak
pulak? Tapi..peminat perempuan tu memang banyaklah. Kadang-kadang, Faez pun
hairan. Qhaliff ni ahli perniagaan ke selebriti?
“ Kau cakap minah ni ‘cun’? Aku
syorkan kau pergi jumpa pakar mata.”
“ Ehh…tak baik kau cakap macam tu.
Kau jangan benci sangat dengan perempuan ni. Nanti, kau jatuh cinta kat
perempuan tu, baru padan muka kau yang hansem tu.” Ejek Faez.
“ Ahh…ok, stop cerita pasal tu. Aku
nak bagitau kau sesuatu ni. Esok, aku akan jumpa dengan minah tu. Dia dah baiki
i-Phone aku. Tapi, kau tahu tak minah tu memang berani giler bercakap dengan
aku. Kau tahu, dia seorang je yang berani cakap kasar dengan aku. Kalau
perempuan lain yang jumpa aku, kau mesti tau kan macamana mereka semua tu
bercakap dengan aku. Semuanya nak guna suara yang seksi-seksi. Tapi, aku yang
seksa yang nak dengar.” Luah panjang Qhaliff. Faez ketawa besar melihat reaksi
Qhaliff bercerita.
“ Kira ok la tu. Buku bertemu ruas?
Siapa yang menang?” Faez sengaja menyakat Qhaliff. Tapi, bagus juga Qhaliff
berjumpa dengan perempuan tu. Bolehlah Faez tengok macamana Qhaliff nak melayan
‘kekasaran’ seorang perempuan. Siapa tahu perempuan tu boleh mengubah diri
Qhaliff?
Hidangan yang ditunggu akhirnya sampai
jua. Perbualan Qhaliff dan Faez terhenti serta merta apabila melihat makanan
yang sudah sedia terhidang di atas meja. Bau yang menusuk jiwa itu cukup
membuatkan perut Qhaliff dan Faez berselera sekali. Telefon bimbit minah
bertudung itu di capai oleh Qhaliff lalu menaip sesuatu. Qhaliff tersenyum
penuh makna. Kali ni mesti kau bengang giler minah? Hahaha….bisik hati Qhaliff.
Aku
tak kan ada belas kasihan langsung kalau kau lambat satu minit esok. JUST TO
REMIND YOU! Kalau tak, say good bye to your beloved ‘calculator’ phone.
Anith Ezara
p/s: Selamat membaca semua dan nantikan bab yang seterusnya:) Silalah komen....
4 comments
Pendek sangat dik entri ni.. haha. tak puas baca. Hee..jangan marah ye.. akak memang tak menyabar orangnya ;p
ReplyDeletetakpe....saya akn cuba tulis pnjg sikit lagi untuk bab yg strusnya nnanti.....
ReplyDeletesemoga awak menjadi novelis yang berjaya..
ReplyDeleteInsyaallah...amin. Thanks Aqilah...hihihihi..
ReplyDelete