Novel DATING KONTRAK! 1

18:10



OLEH: KIR@ LEE

BAB 1


ARGHHH!!! Bosannya hidup aku ni! Dahlah aku ni sekarang single semula! Kan best kalau aku dapat boyfriend yang hansem macam Gu Junpyo, yang romantik macam Yun Jihu, yang macho macam Song Wu bin dan yang sweet macam Seo Yi jung.  Ala semuanya watak dalam citer Boy Over Flower tu la!! Wahh…kuatnya aku berangan!! Apa aku nak buat hari ni yer?? Hahh! Aku tahu! Jalan-jalan..cari boyfriend! Opps…silap. Jalan-jalan…tenangkan fikiran..baru betul.

Aku melangkah masuk ke dalam Big Apple’s. Wahhh!!!! Semuanya favourite aku. Ada perisa coklat dan cheese. I like it…ini baru la boleh hilangkan stress aku! Aku mengambil semua donut pelbagai perisa. Aku memilih tempat duduk di hujung sekali. Buat masa ni, aku nak tenangkan diri aku untuk menikmati donut coklat di depan mata aku sekarang ni. Ye lah..kerja sebagai guru tadika ni kan bukannya senang jugak. Dah bermacam-macam masalah yang aku jumpa. So, untuk hari ini aku tak nak diganggu oleh sesiapa pun. Telefon ringing pun aku tak nak angkat!

“ KRINGGG!!!!!” Telefon bimbitku berdering. Ish…siapa la yang telefon aku waktu baru jer nak masukkan donut ni kat mulut aku! Aku melihat skrin telefon bimbitku. Aku membulatkan mataku tanda geram! Apa hal la mamat ni call aku pulak! Ini yang buat aku stress! Aku benci! Aku benci! Aku malas menjawab panggilannya. Aku mengambil semula donut coklat ku. Aku hanya membiarkan telefonku terus berdering.
“ ARGHHH…bising la! Apa hal si Adam ni selalu ganggu aku? Dia ni tak serik-serik lagi ke? Semua mata di dalam Big Apple’s memandangku. Mana tidaknya telefon bimbitku yang dari tadi asyik berdering tidak henti-henti. Dengan terpaksa aku mengangkat panggilannya.

“ Hello!” sapa Adam. Ahhh…aku masih mendengar suara itu. Suara yang suatu ketika dulu  pernah membuatkan aku bahagia. Adam Farish..orangnya tinggi berkulit hitam manis. Tapi, sayang..semua itu hanya luaran sahaja.

“ Assalamualaikum.” Balasku. Aku mengeluh perlahan. Aku sebenarnya kalau boleh memang tidak mahu ada apa-apa kaitan langsung dengannya lagi. Perkara yang sudah dilakukannya kepadaku cukup membuatkan aku bertambah benci kepadanya.

“ Err..maaf Anith. Waalaikumsalam.” jawab Adam perlahan. Bodohnya kau Adam. Kenapa kau tak bagi salam dulu! Tengok! Kau sendiri yang malu.

“ Buat apa kau telefon aku lagi! Aku dah tak nak dengar suara kau lagi! Aku benci! Kau faham tak!!” aku memang sudah tidak dapat menahan sabar lagi. Setelah apa yang dilakukan olehnya kepadaku, aku tidak dapat memaafkannya dengan senang!

“ Anith..saya nak minta maaf pada awak. Saya tahu saya salah. Tapi..tolong berikan saya peluang Anith! Saya merayu pada awak. Please, Anith!” rayu Adam terus-menerus. Kalau dulu, mungkin aku boleh berlembut dengannya. Tapi, kini aku tidak akan sesekali mengalah padanya. Kalau aku cakap benci, selamanya aku benci!

“ No way! Kau dengar sini! Mulai hari ini aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau lagi. Aku tak nak jumpa kau lagi! Dan aku tak akan maafkan kau atas apa yang kau dah buat kat belakang aku! Aku tak kenal kau lagi!” aku terus mematikan talian. Aku sudah tidak peduli dengan pandangan mata orang terhadap ku. Hemm..nak makan donut pun dah tak ada selera. Ini semua pasal mamat tak guna tu!

………………………………………………………………....

Qhaliff yang segak mengenakan sut korporatnya cukup menarik perhatian terutamanya semua pekerja wanita di salah sebuah restoran mewah. Siapa tidak kenal dengan Qhaliff Ezham? Seorang ahli perniagaan muda yang berjaya dan namanya sedang meningkat naik di dalam bidang perhotelan. Apatah lagi, sehingga kini dirinya yang masih bujang dan menjadi rebutan para gadis di luar sana. Most Elgible Bachelor la katakan..Qhaliff baru sahaja selesai berjumpa dengan kliennya. Tiba-tiba, telefon bimbit Qhaliff berdering.

“ Hello!” sapa Qhaliff di talian. Setiausahanya sudah pulang terlebih dahulu. Aku keluar dari Big Apple’s. Aku tak boleh lama-lama kat dalam tu. Mana taknya, pasal si Adam tu, rosak mood aku nak menikmati donut aku. Memang pandai betul la si Adam tu cari masa. Aku berjalan tergesa-gesa.

“ Hello, Qhaliff! Ini mama. Qhaliff boleh balik rumah tak malam ni? Mama ada hal sikit nak bincang dengan Qhaliff.” Ujar Puan Sri Hamidah pada anak tunggalnya itu.

“ Ok. Qhaliff pun tak ada hal juga malam ni. Boleh la.” Ucap Qhaliff. Tiba-tiba, bahu Qhaliff dilanggar kasar sehingga menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh ke bawah. Aku kaku sebentar. Kenapa? Nak tahu tak apa yang sedang bermain dalam fikiran ku? Lagu Paradise untuk drama siri popular Korea Boys Over Flower!

Almost paradise achimboda deo nunbusin,
Nal hyanghan neoui sarangi onsesang da gajindeutae,
In my life nae jichin sarme kkumcheoreom,
Dagawajun ni moseubeul eonje kkajina saranghal su itdamyeon…


Aku terpaku seketika. Kami berdua menghadap diri masing-masing. Seorang lelaki kacak yang tinggi sedang berada di depan ku. Fuhhh...memang sekali pandang macam Lee Min Ho. Aku dah berangan jauh sangat ni. Takut tak dapat nak patah balik pulak! Aku harap seseorang boleh menyedarkan aku waktu ini.

" Woo! Kenapa dengan kau ni? Jalan tu biar pakai mata! Bukan pakai lutut!" jerkah Qhaliff pada perempuan bertudung di depannya sekarang. Aku tersedar serta merta mendengar suara yang agak lantang di depan ku. Ahh...musnah sudah angan-angan ku. Wahhh...lelaki ini memang berjaya seratus peratus menyedarkan aku dari lamunanku.

" Minta maaf, Encik. Saya tak sengaja. Silap saya sebab saya jalan tadi agak tergesa-gesa." jelasku padanya. Sayang sekali muka hansem, tapi adab berkomunikasi tak berapa nak hansem la. Omelku di dalam hati.

" Tahu pun buat silap. Lain kali guna mata yang kau yang besar tengok jalan betul-betul! Kalau tak entah siapa yang kau langgar nanti!" perli Qhaliff yang masih tidak berpuas hati. Qhaliff merenung tajam ke arah  perempuan di depannya ini, Amboi...bukan main semanis kurma lagi dia marah aku kat khalayak umum ni. Aku dah minta maaf pun dah kira baik tau. Berlagak pulak mamat ni! Ini tidak adil! Ini boleh mendatangkan kemarahan aku! Aku tidak mahu mengalah!

" Encik ni kenapa? Tak puas hati? Aku kan dah minta maaf! Encik nak minta apa lagi? Ganti telefon bimbit Encik ke?" Padan muka kau! Aku dah tak tahan kalau jumpa orang yang tak ada adab ni. Dahlah aku masih bad mood soal si Adam keparat tu! Ini si Lee Min Ho perasan ni pulak bikin hati aku bertambah panas labih dari biasa. Qhaliff agak terkejut melihat reaksi perempuan ini. Fikirnya, perempuan ini akan mengalah begitu sahaja. Tapi, Qhaliff silap. Perempuan ni lebih bijak dari apa yang disangkanya.



“ Yes! Aku memang tak puas hati! Kau tahu tak aku tengah bercakap dengan siapa?” soal Qhaliff. Mereka berdua ternyata tidak menghiraukan pandangan orang ramai yang melihat mereka berdua. Dah macam gaya orang tengah buat shooting filem pula.

“ Mana aku tahu dengan siapa kau bercakap? Lagipun..ada aku kisah??” Ujarku tegas. Oh..dia ingat dia seorang saja boleh marah aku. Aku pun boleh la! Jangan sangka badan aku kecik macam ni, aku takut dengan dia. No way! Tengok orang la!!!

“ Mama aku la! Pasal kau, talian kami berdua terputus. Itu baru satu. Sekarang tengok, apa dah jadi dengan telefon aku ni? Skrin dia dah tercalar! Aku nak kau ganti semula!” Qhaliff menunjukkan skrin telefon bimbitnya yang sudah tercalar akibat terjatuh ke bawah lantai tadi.

“ Cuma itu jer yang kau nak marah-marah aku! Aku boleh ganti balik la! Bak sini telefon kau yang murah tu!” Sindirku. Aku merampas kasar telefon bimbitnya dari genggaman tangannya. Waduhhh!!! Ini bukannya telefon murah mak engkau? Ini I-phone 5 ok? Limited edition!! Kau ada??

“ Aku nak kau ganti semula seperti keadaan asal. Sekarang bagi telefon bimbit kau sebagai ganti.” Arahnya padaku. Aku terkejut mendengarnya. Ini telefon kesayangan aku la. Dah lah aku baru jer beli tiga hari yang lepas. Lama juga aku nak kumpul duit nak beli Samsung Galaxy Note ni. Oh..tidak.

Tanpa membuang masa, Qhaliff merampas telefon bimbitku. Aku tidak sempat menahannya. Kedua-dua telefon kini sudah bertukar milik. Qhaliff berlalu pergi namun dia sempat berpesan jika telefon bimbitnya sudah dibaiki, barulah dia akan mengembalikan semula telefon bimbitku. Aku ditinggalkan sendirian merenung telefon bimbit Lee Min Ho ‘Perasan’ yang malang ini. Ah…kenapa la susah sangat aku nak menikmati ketenangan hari ni?? Macam-macam yang berlaku! Lepas ni aku tak tahu apa yang akan terjadi pulak?

Bersambung...

p/s: Selamat Membaca..kali pertama menulis novel. 



You Might Also Like

2 comments

  1. awak ni memang talented menulis novel

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak Aqilah...hihihi..saya masih baru lagi dlm dunia penulisan novel ni.. :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images