Novel DATING KONTRAK! 4

17:21



OLEH : KIR@ LEE

BAB 4


AKU dan Diana mengambil tempat duduk di belakang. Perut aku dah terasa lapar sangat ni. Jam pun dah masuk pukul 1.30 petang. Banyak juga orang yang datang ke restoran ini. Aku pun ada dengar juga restoran ni memang popular. Yelah..sampai krew rancangan Jalan-Jalan Cari Makan perna membuat pengambaraan di restoran ini. Sekali-sekala, aku dapat menjejakkan kaki ke sini boleh la kan.

“ Nak order apa?” Muncul seorang pelayan lelaki untuk mengambil pesanan makan kami berdua. Diana memulakan pesanan terlbih dulu.

“ Bagi nasi goreng ayam penyet dan milo ais.” Ujar Diana kepada pelayan lelaki itu. Diana ni kalau bab makan memang nombor satu. Giliran aku pulak memberitahu pesanan makanan ku. Hemmm…macam sedap jer yang si Diana sebut tadi. Aku nak cuba la.

“ Dik, saya pun nak pesan yang sama juga.” Pelayan itu beredar setelah mengambil pesanan kami berdua. Ramai juga orang makan kat sini. Aku ni jarang sangat nak keluar makan di luar ni. Kalau waktu bekerja, aku biasanya bawa bekal jer dari rumah. Dapat juga jimat duit aku.

“ Hemm..nak cuba menu baru ke?” Diana mengusik kawannya. Bukannya, Diana tidak kenal dengan sikap kawannya yang suka berjimat itu. Setiap hari, kawannya itu selalu membawa bekal dari rumah.

“ Yelah..sekali-sekali kan. Apa salahnya mencuba.” Ujarku tenang.

“ Baguslah tu. sekurang-kurangnya, Aku ada juga teman untuk nak di ajak keluar makan nanti. Hah! Aku baru ingat sesuatu! Weii..kau belum lagi cerita kat aku pasal kes telefon bimbit kau tu? Apasal pulak kau bawa telefon bimbit orang lain?” soal Diana terus-menerus. Diana begitu teruja untuk mendengar penjelasan dari Anith. Aku tak sempat lagi nak cerita yang sebenarnya pada Diana sewaktu dalam perjalanan tadi. Kuat juga ingatan si Diana ni.

“ Yer tak yer juga. Macam ni ceritanya. Aku terlanggar dengan satu mamat ni. Aku sure kalau kau tengok mamat tu, ko pengsan punya. Kau nak tahu tahu sebab apa aku cakap macam tu?” sengaja aku berteka-teki dengan Diana. Hemm..Diana ni bukannya boleh sabar orangnya.

“ Siapa wehh? Hansem tak? Ada macam pelakon Korea yang kita dua minat tu?” Mata Diana sudah bersinar-sinar untuk mendengar jawapan dari Anith.

“ Pandai kau teka! Muka dia memang macam Lee Min Ho. Hansem weii. Tapi, itu cuma first impression aku. Lepas tu, punah segala angan-angan aku. Kau tahu dalam kepala aku ni  sempat lagi konsert lagu Paradise,  Boys Over Flower tau. Tapi, kau tahu apa jadi seterusnya? Mamat tu marah giler pada aku depan khalayak ramai. Dahlah banyak orang masa tu. Apalagi sebabnya kalau tak skrin I-phone dia tercalar. Lepas tu, kitaorang buat la drama swasta kat sana. Mamat tu ambik telefon bimbit aku sebagai ganti sementara supaya aku ganti balik telefon bimbit dia tu.” Diana hanya mendengar aku bercerita. Aku dah cerita dia dari A sampai Z.

“ Laa…sebab skrin tercalar jer dia marah kau kat depan orang ramai. Wahh!! Ini dah lebih ni. Maknanya, telefon bimbit kau sekarang ni pada mamat tu la kan? Ohhh…patutlah kau beria-ria nak baiki skrin telefon bimbit tu.” Belum sempat aku menjawab, pelayan makanan muncul membawa hidangan makanan yang telah kami pesan.

“ Terima kasih.” Ucap kami berdua kepada pelayan lelaki itu.

……………………………………………………………..

Qhaliff dan Faez masih saling berpandangan. Telefon bimbit milik ‘ MIN.AH BERTUDUNG’ itu tiba-tiba berdering. Nak dijawab, takut banyak soalan yang perlu dijawab. Nak dibiarkan, rasa tak senang hati pulak.

“ Bro! Macamana ni? Kau rasa aku perlu jawab ke tak?” Qhaliff menayangkan telefon bimbit itu kepada Faez dengan muka yang bingung. Faez berkerut dahi.

“ Aku rasa kau tak perlu jawab kut.” Jawab Faez selamba. Qhaliff hairan. Senangnya si Faez jawab. Kut-kut ini panggilan kecemasan ke? Rasa gelisah mengundang hati Qhaliff.

“ Kenapa pulak?” soal Qhaliff yang kehairanan melihat wajah Faez yang beriak selamba.

“ Cuba kau tengok betul-betul kat skrin telefon bimbit tu. Dah terang-terang dia letak nama ‘ MAMAT GILER’, setahu aku la kalau orang tu letak nama yang macam kat dalam telefon ni sekarang, maknanya orang tu tak suka dan tak ingin diganggu. Kau faham tak?” Faez menerangkan kepada Qhaliff apa yang difikirkannya. Yelah…selalunya orang selalu letak nama pelik-pelik kat dalam telefon tu sama ada suka atau tidak. Tapi, yang ini dah terang lagi bersuluh. Dah sah-sah perempuan tu letak nama ‘ MAMAT GILER’, takkan itu maknanya dia sukakan? Faez mencari konklusinya sendiri.

“ Yer ke? Kau ni main agak-agak pulak! Mana tahu dia sangaja letak nama macam tu. Kut-kut ini panggilan boyfriend dia?” Macamana?” Qhaliff sengaja berteka-teki.

“ Aku seratus peratus gerenti yang pempuan ni tak suka dengan panggilan daripada ‘MAMAT GILER’ ni. Sebab…contohnya dah ada di depan mata. Aku rasa kau lebih arif tentang hal ni.” Qhaliff semakin keliru. Si Faez ni nak berkias-kias pulak macam nak orang pergi merisik. Cakap jer la terus-terang.

“ Cuba kau straight to the point jer! Aku tak boleh fikir apa-apa lagi. Dahlah ringtone lagu Korea ‘MINAH BERTUDUNG’ ni buat kepala aku sakit!” Rungut Qhaliff. Faez ketawa.

See! Itulah contohnya yang aku cakap kat kau tadi. Kau sendiri beri gelaran pada perempuan tu ‘ MINAH BERTUDUNG’. Lepas tu, aku masih ingat lagi yang kau letak nama si Vivy tu guna nama ‘ MINAH GEDIK’ kan? Jadi, kau rasa kau letak gelaran tu semua sebab kau suka ke?” Puas Faez menerangkan pada Qhaliff. Hemm…ada juga benda yang mamat ni tak reti. Ingatkan belajar tinggi-tinggi, dah terror sangat.

Barulah kini Qhaliff mengerti. Ada benarnya juga kata-kata dari sahabat baiknya itu. Memang betul semuanya. Qhaliff sendiri memberi gelaran ‘MINAH GEDIK’ kepada Vivy Ellysa dan menaip ke dalam telefon bimbitnya. Itu kerana Qhaliff sendiri tidak berminat langsung untuk berkenalan dengan Vivy Ellysa. Langsung tidak dan tidak ingin untuk ada kaitan dengannya!

“ Ok. Aku dah faham sekarang.” Qhaliff tersengih malu sendiri. Faez hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba, telefon itu berhenti berdering. Qhaliff menarik nafas lega. Akhirnya, mengalah juga pemanggil ‘ MAMAT GILER’ ni.

……………………………………………………………..

Aku dan Diana menikmati hidangan tengah hari dengan seleranya sebelum menyambung perbualan kami yang terhenti tadi. Takpe, yang penting kita makan dulu. Aku merenung jam tangan ku. Lima minit lagi sebelum pukul dua petang.

“ Anith, maknanya lepas kau dah siap baiki telefon bimbit mamat tu, kau kena jumpa dia kan. Bila kau nak jumpa dia? Aku nak ikut. Aku nak juga tengok muka mamat yang macam ‘Lee Min Ho’ tu.” Usik Diana tiba-tiba. Aku tersedak kecil semasa minum air milo tadi.

“ Hah??? Betul ke kau nak ikut? Kalau macam tu, nanti aku call mamat tu nak tanya bila boleh jumpa.” Jawabku. Diana tersenyum gembira. Siapa tak excited wei, kalau dapat jumpa orang yang mirip macam pelakon Korea Lee Min Ho? Aku pun tak sabar juga. Cuma, itulah kurangnya orang yang bakal aku jumpa ni, kureng sikitlah bab adab ni. Agaknya time belajar bab adab dulu, mamat ni ponteng kelas kut?

Yes! Tak sabar aku nak jumpa mamat tu.” Diana sudah berangan hendak berjumpa dengan ‘Lee Min Ho’ perasan tu.

Usai sudah selesai makan tengah hari, aku dan Diana bergerak menuju ke kedai telefon tadi. Hemm…lepas ni hidup aku akan kembali tenang semula. Aku akan pulangkan cepat-cepat telefon mamat tu. Aku harap sangat yang lepas ni aku dah tak jumpa lagi dengan mamat tu.

Aku dan Diana masuk ke dalam kedai telefon tersebut. Aku mencari Amoi yang membaiki telefon bimbit ku tadi.

“ Hai, Amoi. Macamana? Sudah siap?” soalku padanya. Amoi itu tersenyum lalu menyerahkan aku semula I-phone tadi. Aku melihat skrin I-phone itu. Aku cukup berpuas hati. Alhamdulillah. Nampaknya, I-phone mamat ni dah baik semula.

“ Terima kasih Amoi.” Ucapku.

Usai melakukan pembayaran, aku dan Diana keluar dari kedai telefon itu. Kami berdua berjalan menuju ke parkir lot.

“ Hemm…berseri-seri nampak wajah tu. Ni, kalau si ‘Lee Min Ho’ tu tengok wajah kau sekarang ni, sure dia tak jadi marah.” Diana menyakat Anith.

“ Tak ada maknanya. Aku dah malas nak bercinta lagi la. Mulai sekarang aku nak tumpukan pada kerjaya aku jer. Aku dah tak nak fikir soal cinta-cinta ni!” Jawabku dengan yakin. Diana hanya tersenyum mendengar jawapanku.

“ Yelah tu..jodoh ni kita tak tahu Cik Adik. Kut-kut, kau tak payah nak bercinta, mungkin kau kahwin je terus. Sekarang ni, telefon mamat ni dah siap, bila kau nak call dia?”Aku dan Diana masuk ke dalam perut kereta ku.  Enjin kereta ku hidupkan.

“ A’ah..aku lupa la. Kejap, aku call dia la sekarang.” Aku terus mengeluarkan I-phone 5 milik mamat tu. Aku mendail nombor telefonku. Aku masih menunggu jawapan. Mana pulak mamat ni? Angkatlah. Aku masih menunggu lagi.

“ Hello!” sapa seseorang di talian. Aku terkejut. Ada pun. Aku menarik nafas perlahan sebelum memulakan perbualan. Ok..relax Anith. Kau kena tenang. Tiba-tiba jer rasa gementar. Bukan apa, aku ni dah agak lama juga tak bercalling-calling dengan lelaki ni. Jadi, tu la rasa lain macam sikit. Harap-haraplah, angin si ‘Lee Min Ho’ ni baik hari ni. Bismillahhirahmanirahim..

Bersambung...

p/s: Selamat membaca semua...nantikan bab yang seterusnya:)http://www.penulisan2u.my/2013/05/novel-dating-kontrak-4/



You Might Also Like

2 comments

  1. Erkk..tengah syok baca dah habis la pulak. huu.. tak sabar nak tau apa jadi lepas tu. Please dik,sambung next chapter...pleaseee

    ReplyDelete
  2. hihihi....sabar ye kak...tak lama lg saya update..thanks sudi baca..:)

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images