Novel DATING KONTRAK! 5
14:14
OLEH: KIR@ LEE
BAB 5
“ ASSALAMUALAIKUM. Aku perempuan yang
tempoh hari tu langgar kau. Ingat tak? Aku just nak remind je. Ok, aku nak
bagitau ni yang aku dah pun baiki telefon bimbit kau tu. So, bila kita boleh
jumpa?” aku menunggu jawapannya.
Qhaliff
tersenyum. Boleh tahan juga mulut manis ‘MINAH BERTUDUNG’ ni? Macamlah Qhaliff
tidak kenal nombor telefon yang tertera di dada skrin telefon bimbit ini
sekarang. Sudah sah-sah ini nombor telefonnya. Idea nakal Qhaliff mula bermain
dimindanya.
“
Ehemm…waalaikumsalam. Aku ni belum tua lagi la. Mestilah aku ingat. Kalau macam tu dengar baik-baik, aku cuma cakap sekali saja. No repeat!” ujar Qhaliff tegas.
Ishh…mamat
ni sempat lagi nak main-mainkan aku! Menyampahnya! Mamat ni memang banyak songeh
betul. Mesti anak emak? Bisikku di dalam hati. Aku masih menunggu jawapannya.
Entah apa la yang difikirkan mamat berlagak ni?
“
Jumpa aku esok di Full House Café, jam 1.00 petang! Jangan lambat! Aku tak suka
menunggu dan kalau lambat satu minit, ucap selamat tinggal pada telefon bimbit
‘kalkulator’ kau ni! Titik!
Assalamualaikum.” Qhaliff terus memutuskan talian dan ketawa seorang diri di
pejabatnya. Tanpa sedar, gelagatnya itu sedang diperhatikan dari luar oleh
seseorang.
“ Hello!! Hello!!” jerit Anith kecil sambil mengepal i-Phone milik mamat ‘Lee Min Ho’.
Aku
menghempas-hempas stereng kereta berkali-kali tanda geram dengan sikap kebudak-
budakan mamat ‘Lee Min Ho’ ni. Arghhh….aku rasa macam ringan je tangan aku ni
nak baling terus keluar telefon bimbit mamat ni. Rasa menyesal pulak aku call dia tadi.
“
Kenapa ni, Anith? Apa mamat tu cakap?” soal Diana yang hairan melihat reaksi
Anith yang menghempas-hempas stereng kereta.
“
Mamat tu memang suka cari gaduh betul! Kau tahu tak apa dia cakap dengan aku
tadi? Boleh-boleh dia ejek telefon bimbit Samsung Galaxy Note aku macam ‘kalkulator’. Banyak manis mulut dia?
Suka hati dia je nak kutuk telefon kesayangan aku.” Luah Anith yang tidak puas
hati dengan sikap mamat ‘Lee Min Ho’.
Barulah,
Diana mengerti sekarang sebab Anith naik angin. Mungkin bila-bila masa saja
kawannya ini boleh berubah menjadi ‘Incredible
Hulk’ versi perempuan.
“
Boleh tahan juga mulut mamat tu. Dahlah…kau tak payah nak fikir-fikir lagi
fasal mamat tu. Jomlah, kita balik.” Ajak Diana.
Anith
mengangguk tanda bersetuju. Betul cakap Diana. Buat apa aku nak fikir tentang
mamat tak betul tu! Anith cuba menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum
memandu keluar dari lot parkir. Dalam
hati Anith, tak sabar nak jumpa dengan mamat yang berlagak bagus, ego, tak
matang langsung! Benci!!!!!
…………………………………………………………..
Qhaliff tak henti-henti tersenyum
sepanjang masa di dalam pejabat. Telefon bimbit milik ‘MINAH BERTUDUNG’ itu
ditatapnya. Lucu pula mengenangkan suara perempuan tu tadi. Mesti dia tengah
bengang sekarang ni.
Pintu
bilik pejabat Qhaliff tiba-tiba dikuak kasar. Qhaliff tersentak seketika
melihat gerangan yang sedang berada di depannya kini. Haiii…minah ni lagi! Apa
hal pulak minah ni datang time-time
macam ni. Buat aku hilang mood je nak
bekerja.
“
Maaf Tuan. Saya tak sempat nak…” ucap Farah perlahan, setiausaha kepada Qhaliff.
“
Takpe, Farah. Saya faham. Awak boleh keluar dulu.” Balas Qhaliff.
Ellysa
tersenyum sinis melihat kelibat setiausaha Qhaliff yang keluar dari pejabat
Qhaliff. Ellysa menjeling tajam kepada Farah.
“Huh!
Ada hati nak halang aku? Sedarlah diri sikit! Aku ni bakal isteri kepada
Qhaliff Ezham, CEO Golden Hotel. Kau tu siapa? Cuma setiausaha!” ucap sinis
Ellysa kepada Farah tanpa ada perasaan kesal langsung.
Ellysa
kemudian mendekati meja Qhaliff dengan langkahnya yang menggoda. Goyang sana..goyang
sini. Huhh!!! Seksa Qhaliff melihatnya. Dasar ‘MINAH GEDIK’.
Ellysa
melabuhkan punggungnya di kerusi dengan gayanya yang seksi. Renungan yang
menggoda dihadiahkan buat Qhaliff yang berada di depannya. Qhaliff cukup meluat
dengan aksi-aksi kucing dari Ellysa. Terlentok sana sini. Dedah sana sini. Apa..panas
sangat ke pejabat aku ni? Dengan hanya bergaun mini paras peha, cukup
membuatkan lelaki di luar sana jatuh cinta pada Ellysa. Tetapi, bukan pada
Qhaliff Ezham. Qhaliff tidak akan sesekali jatuh kepada perempuan yang bernama
Ellysa.
“
Buat apa kau datang ke sini? Aku sibuk! Aku takde masa nak layan kau sekarang!”
tegas sekali suara Qhaliff.
“
Kenapa ni sayang? I datang ke sini
nak ajak you keluar makan dengan I. Dah lama I tak jumpa you.” Ellysa
menghadiahkan sebuah senyuman yang manis dan menggoda kepada Qhaliff.
“
Ellysa, aku tak ada masa nak keluar dengan kau. Aku banyak kerja sekarang ni. Baliklah!
Jangan buang masa kau kat sini.”
“
But why, Qhaliff? I don’t understand why
you do this to me?” Ellysa tidak dapat menahan sabarnya lagi. Memang selama
ini, layanan Qhaliff kepadanya tidak pernah berubah. Namun, Ellysa tidak mudah
berputus asa untuk mencuba meraih cinta dari Qhaliff.
Pertama
kali berjumpa dengan Qhaliff sudah cukup membuatkan hatinya tertarik. Apabila pertemuannya
di aturkan oleh mamanya dan juga mama Qhaliff, Ellysa berasa teruja sekali. Siapa
yang tidak ingin dikenalkan dengan jejaka idaman Malaya yang kini sedang
menempah nama di dalam bidang perhotelan. Pastinya, Ellysa tidak terkecuali
untuk merebut Qhaliff menjadi pasangan hidupnya.
Dirinya
memang bertuah kerana pertemuannya telah di aturkan oleh keluarga. Namun, tidak
seperti yang diharapkannya. Qhaliff sama sekali tidak memandangnya malah selalu
mengelak untuk pertemuan yang seterusnya sehinggalah Ellysa sendiri yang
mencarinya bila ada masa lapang.
“
Look Ellysa! Aku rasa kau dah salah
faham. Aku akan cakap sekali saja. Kau nak terima atau tak, aku tak kisah. Dengar
sini, aku tak nak kau datang lagi ke sini sesuka hati kau. Dan..kau jangan
pernah sebut lagi yang kau bakal menjadi isteri aku. Aku tak suka dan jangan
pernah berharap walau sekali pun!”
Berdesing
telinga Ellysa apabila dihidangkan kata-kata ‘indah’ dari Qhaliff. Ellysa
semakin sakit hati dengan perangai Qhaliff yang tidak pernah berubah langsung.
“
Kenapa you buat I macam ni, Qhaliff? Takkan la you
dah ada girlfriend?” Ellysa cuba
menduga Qhaliff. Sebenarnya, Ellysa berasa ingin tahu tentang gerangan yang
baru sahaja bercakap dengan Qhaliff di talian tadi sampaikan Qhaliff tersenyum.
Jarang sekali Ellysa melihat senyuman dari Qhaliff.
Qhaliff
tersenyum sinis. “ Kalau aku ada girlfriend
macamana? Kau nak berundur?” sekali lagi Qhaliff menduga Ellysa.
Ellysa
terkedu. Betul ke Qhaliff dah ada teman wanita? Tapi, siapa perempuan tu? Cantik
ke dari aku? Anak Datuk ke Tan Sri? Puan Sri Hamidah suka ke dengan pilihan
Qhaliff? Bermacam-macam persoalan yang sedang bermain di minda Ellysa kini.
Tanpa menunggu masa lagi, Ellysa menghentakkan kakinya lalu beredar dari situ.
Qhaliff
ketawa besar melihat riak wajah kelat dari Ellysa. Aduhaii…Qhaliff. Pandai-pandai
je kau kelentong kat Ellysa. Hentam saja la ‘Labu’.
.......................................................................................
“ Dah lama kita berbual-bual macam
ni kan Midah?” ucap Datin Erina kepada Puan Sri Hamidah. Datin Erina gembira
sekali apabila Puan Sri Hamidah sudi bertandang ke rumahnya.
“ Betul tu Rina. Saya pun rindu nak
berborak-borak dengan awak. Tapi, awak jangan risau. Lepas ni tak lama lagi
kita bakal berbesan. Jadi, bolehlah kalau kita nak berborak sampai ke malam.” Usik
Puan Sri Hamidah. Datin Erina tersenyum bangga.
Nampaknya
Puan Sri Hamidah sudah memberi lampu hijau untuk menyatukan anak perempuannya
Ellysa dengan Qhaliff. Memang inilah harapan Datin Erina untuk berbesan dengan
orang berpengaruh seperti Puan Sri Hamidah.
“
Insya-Allah Midah. Kalau tak ada aral melintang, tak lama lagi boleh la kita
berdua ni jadi besan.” Giliran Puan Sri Hamidah pula ketawa. Tiba-tiba,
perbualan antara Puan Sri Hamidah dengan Datin Erina terhenti apabila mendengar
bunyi hentakan yang agak kuat dari luar rumah.
Ellysa
memakirkan keretanya di hadapan rumah banglonya. Pintu kereta dikuak kasar dan
ditutup dengan kuat sekali. Ellysa melangkah kasar masuk ke dalam rumahnya
tanpa memberi sapaan langsung.
“
Non, mau minum ya?” soal Bibik Yati yang berada di depan dapur.
“
Arghh!!! Tepi lah! Pergi buat kerja kau sana!” bahu Bibik Yati dilanggar Ellysa
kuat tanpa menyedari ada tetamu yang sedang berada di ruang tamu bersama
mamanya.
“
Ellysa! Kenapa buat Bibik Yati begitu?” Datin Erina marah sekali dengan sikap
anaknya itu dan dalam masa yang sama merasa malu kerana adegan itu ditonton
oleh Puan Sri Hamidah. Nanti, apa pula difikir oleh Puan Sri Hamidah?
“
Mama…Aunt?” suara Ellysa terketar-ketar apabila pandangan matanya melihat
gerangan yang berada di ruang tamu ketika ini. Mama Qhaliff? Apa mama dia buat
kat sini? Takkan begitu cepat mama Qhaliff nak memutuskan hubungan aku dengan
anaknya? Lagi satu hal, mesti mama Qhaliff nampak apa yang aku buat tadi! Ahhh…malunya!
Ellysa
segera memikirkan idea untuk keluar dari kesalahannya. Ya! Ini adalah peluang
Ellysa untuk bertanya kepada Puan Sri Hamidah tentang kebenaran kata yang
diluahkan Qhaliff tadi. Betul ke Qhaliff sudah mempunyai teman wanita? Ellysa
melangkah perlahan menuju ke ruang tamu untuk menyapa mamanya dan juga Puan Sri
Hamidah.
“
Hai..Aunt. Ellysa minta maaf sebab sikap kurang adab Ellysa tadi. Mama, Ellysa
buat macam tu tadi sebab Ellysa ada masalah.” Luah Ellysa. Ellysa memulakan
lakonnya untuk mengumpan simpati dari Puan Sri Hamidah.
Ellysa
mengambil tempat duduk di sebelah mamanya sambil menghadap Puan Sri Hamidah
yang berada di depannya.
“
Masalah? Ellysa kenapa mama tengok Ellysa ni serabut je? Lysa ada masalah apa
sayang?” pujuk Datin Erina kepada Ellysa. Puan Sri Hamidah senang melihat
kesungguhan Datin Erina memujuk anak perempuannya itu. Puan Sri Hamidah memang
sudah teringin untuk mempunyai anak perempuan tapi tidak kesampaian. Sebab itulah,
Puan Sri Hamidah menggesa anak terunanya itu untuk bercinta dengan Ellysa. Tak
dapat anak perempuan pun tak apa. Asalkan ada menantu perempuan.
“
Actually, Aunt…Lysa nak tanya sesuatu
kat Aunt.” Soal Ellysa tiba-tiba.
Datin Erina kehairanan.
“
Nak tanya tentang apa?” balas Puan Sri Hamidah.
“
Aunt…betul ke Qhaliff dah ada teman
wanita? Siapa teman wanita Qhaliff, Aunt?”
Bersambung...
p/s: Terima kasih kepada yang sudi menunggu. Selamat membaca semua:)
2 comments
Alaaa pendeknya.. baru nak tau apa bakal terjadi waktu diorang nak pulangkan hp masing-masing nanti. huhu
ReplyDeletesaja je nak bg surprise....:)
ReplyDelete