Novel DATING KONTRAK! 3
15:51
OLEH : KIR@ LEE
BAB 3
JAM
kini menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Waktu
kerja aku dah habis. Ok..hari ni aku nak pergi ke kedai telefon. Apa lagi! Nak
pergi baiki I-phone si ‘Lee Min Ho’ tu lah. Aku bukannya kenal dia pun. Nama dia
lagi la aku tak tahu. Dah muka dia macam iras-iras pelakon Boys Over Flower,
aku gelar je la dia dengan nama tu.
“ Anith!!!!” laung Diana kuat.
Aku segera menuju ke kereta dengan
langkah yang tergesa-gesa. Baru sahaja tanganku ingin mencapai pintu kereta,
namaku dipanggil seseorang. Aku menoleh ke belakang dengan segera.
“ Diana rupanya.” Aku menunggu kelibat
Diana menghampiri ku. Apa kena pulak dengan si Diana ni? Kalut semacam je aku
tengok. Terkocoh-kocoh Diana menuju ke arah ku. Dah gaya macam orang lumba lari
100 meter je aku tengok. Aku memanaskan enjin kereta terlebih dahulu.
“ Sorry la, Anith. Kereta aku ada
problem. Tak boleh start. Aku tumpang kau balik?” soalnya. Laa…kesiannya kawan
aku ni. Kereta dia jatuh sakit pulak hari ni.
“ No hal punya! Kau dah call mekanik
ke?” Soalku. Diana mengesat peluh di dahinya.
“ Dah..aku dah call tadi. Kau ada nak
pergi mana-mana ke hari ni? Aku tengok kau keluar laju jer tadi.”
“ A’ah. Aku nak ke kedai .Takpe, nanti
aku cerita kat kau dalam perjalanan. Semalam aku tak sempat cerita lagi.
Jomlah, kita gerak.” Ujarku padanya. Aku dan Diana masing-masing meloloskan
diri ke dalam perut kereta MYVI ku. Aku memandu keluar dari perkarangan Tadika
Nur Hidayah.
………………………………………………………..
Qhaliff masih bingung memikirkan hal
tentang Ellysa. Semalam merupakan peluang yang terbaik untuk dirinya meluahkan
perasaannya kepada mamanya. Tapi, jika difikirkan semula Qhaliff tidak mahu
melukakan hati mamanya. Bagaimana Qhaliff hendak berterus terang akan hal yang
sebenarnya. Kalau la aku ada jalan nak elak dari benda ni semua.
Tiba-tiba, Qhaliff mengeluarkan sesuatu
dari poket seluarnya. Telefon bimbit ‘MINAH BERTUDUNG’ itu ditenung lama.
“ TUKKKKK” pintu bilik Qhaliff diketuk.
Muncul Faez di muka pintu. Faez melangkah masuk ke dalam pejabat Qhaliff dan
duduk menghadapnya. Qhaliff cepat-cepat meletakkan telefon bimbit yang
dipegangnya itu ke dalam laci.
“ Telefon bimbit baru ke?” Soal Faez.
Walaupun Qhaliff sudah menyembunyikan telefon itu, namun nampaknya mata Faez
sempat menangkap telefon bimbit yang baru disembunyikannya tadi. Qhaliff
benar-benar tidak dapat mengelak lagi. Faez merupakan Penolong Pengarah Urusan
Hotel Golden dan juga merangkap kawan karibnya sendiri. Semua rahsianya, tidak
ada satu pun yang Faez tidak tahu.
“ Ermm…bukan lah. Tepat masa kau datang.
Aku memang ada benda nak cerita kat kau ni.” Faez membetulan kedudukannya. Tak
sabar rasanya nak mendengar cerita menarik dari Qhaliff. Dah lama jugak tak
berborak dengan Qhaliff ni. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Jadi, hari
ni bolehlah lepak sekejap.
“ Sound’s interesting? Jangan cakap yang
kau dah jatuh cinta dengan Vivy Ellysa, pramugari a.k.a model terkenal tu?” teka Faez. Terbuntang mata Qhaliff
mendengarnya. Giler aku nak jatuh cinta dengan si ‘MINAH GEDIK’ tu? Tak nak aku
jatuh cinta dengan dia tu! Kang tak pasal-pasal aku jatuh sakit pulak!
“ Woooo! Kau giler? Takkan la aku nak
jatuh cinta dengan si Ellysa tu? Dahlah gedik semacam. Pakaian pulak
menyeksakan mata aku jer! Mekap dia….lagilah menyeramkan.” Luah Qhaliff
bertubi-tubi. Bagus rasanya dapat meluahkan semuanya kepada Faez. Qhaliff
menarik nafas lega.
“ Hemm…aku ingatkan kau dah mula suka
dia. So, memang tak la kan?” Faez ketawa. Lucu pulak melihat riak wajah Qhaliff
sekarang ni. Memang ketara sangat yang Qhaliff tidak suka pada Ellysa. Tapi,
sayang, ini semua permintaan mamanya sendiri.
“ Bukan main lagi kau ketawakan aku yer.
Faez, aku rasa kau kena tolong aku!Aku tak tahu nak buat macamana lagi. Mama
aku dah berkali-kali soal aku tentang hubungan aku dengan si Ellysa tu. Kalau
aku berterus-terang takut mama aku berkecil hati pulak. Kau ada idea tak nak
tolong aku?”
“ Woo…ini memang dah kes berat nampaknya
ni. Sebelum tu, aku nak tanya kau sesuatu dulu? Telefon siapa yang kau pegang
tadi tu? Aku rasa itu bukannya telefon bimbit kau kan?” Faez menyoal Qhaliff
dah macam gaya Polis daa. Qhaliff sudah dapat mengagak, pasti Faez akan
menyoalnya.
“ Memang betul itu bukannya telefon aku.
Kalau kau nak tahu, kelmarin ada seorang perempuan ni terlanggar aku. Kalau
langgar biasa-biasa tu takpe lah. Ini bukan lagi langgar biasa-biasa, ini luar
biasa punya. Kau tahu, waktu tu aku tengah
bersembang di telefon dengan mama aku. Kau tahu apa jadi? Sebab dia langgar
aku, skrin I-phone 5 aku dah calar Bro! Itu yang aku marah betul tu. Apa lagi,
aku pun rampas la telefon dia. Aku suruh dia baiki telefon aku. Bila dah
dibaiki, nanti dia call la aku.” Panjang lebar Qhaliff bercerita. Faez
mendengar dengan teliti.
“ Fuhhh….cerita kau ni boleh buat drama
pulak.” Sengaja Faez menyakat kawan baikknya itu. Bukannya dia tidak tahu.
Qhaliff baru saja membeli keluaran I-phone 5 yang terbaru itu. Memang
sah-sahlah Qhaliff akan marah. Kesian pula pada perempuan tu.
…………………………………………………………..
Aku dan Diana melangkah masuk ke dalam
kedai telefon. Aku hentam aja la. Aku tak tahu pun kat mana tempat yang sesuai
untuk baiki skrin I-phone ni. Harap-harap kedai ni boleh la bantu aku. Aku
betul-betul nak sangat hal ni cepat-cepat selesai. Lepas tu, boleh lah aku
jumpa handphone kesayangan aku tu.
Aku menarik lengan Diana supaya rapat
disisiku. Kami berdua menuju ke kaunter yang terdapat dua orang Amoi.
“ Amoi, nak tanya sikit?” soalku pada
gadis Cina itu. Aku mengeluarkan I-phone 5 dari dalam beg tanganku.
“ Mau tanya apa?” balas gadis Cina itu
padaku. Aku menunjukkan I-phone 5 yang berada di genggamanku kepadanya. Gadis
Cina itu pasti tahu apa yang berlaku pada I-phone yang baru saja ku tunjukkan
padanya.
“ Oh..skrin dia rosak ma. Apa pasal?”
Ramah sekali gadis Cina itu bertanya padaku. Diana pulak sempat meninjau
telefon keluaran terbaru di kedai ini. Aku hanya membiarkannya sahaja.
“ Ini kes langgar la Amoi. Ini bukan
saya punya I-phone. Saya terlanggar pemilik I-phone ni sampai skrin dia
tercalar. Jadi, boleh tak tolong gantikan skrin yang baru?”
“ Ok! Ok! Saya boleh tolong. Bila Cik mau?” Gadis Cina itu mengambil I-phone
yang berada di genggaman ku lalu diserahkan kepada pembantunya.
“ Boleh siap hari ni tak?” Aku kalau
boleh memang dah tak nak jaga lagi I-phone tu. Bukan apa, lagi lama I-phone tu
dekat aku, lagi susah la aku. Yelah, ini bukannya telefon aku. Kut-kut, ‘Lee
Min Ho’ ni ada panggilan kecemasan ke apa ke? Aku juga yang susah nak jawab
nanti. Gadis Cina itu tersenyum padaku.
“ Boleh…boleh. Ini mesti tunggu
panggilan boyfriend punya?” Aku
cepat-cepat menggeleng. Panggilan boyfriend
apa? Panggilan hangit ada la! Amoi ni macam tak faham pulak. Bukan aku dah
explain ke tadi yang ini bukan telefon aku.
“ Bukanlah Amoi. Ok la. Kalau macam tu,
agak-agak pukul berapa boleh siap?” Aku merenung jam di tanganku. Diana sudah
selesai membuat lawatannya. Tersengih-sengih semacam je si Diana ni. Mesti ada
la tu yang dah melekat kat hati dia tu.
“ Pukul 2.00 petang. Lagipun saya ada
banyak customer hari ni. Cuma beri
saya nombor telefon Cik supaya nanti kami call
senang.”
“ Diana, aku guna nombor telefon kau
dulu yer.” Aku meminta izin dari tuan punya nombor. Mana taknya, kan telefon
aku dah kena rampas oleh mamat Lee Min Ho tu! Diana hanya mengangguk tanda bersetuju.
Kami berdua melangkah keluar meninggalkan kedai telefon itu.
Aku dan Diana sudah bersetuju untuk
makan di luar sahaja untuk tengah hari ini. Kami berdua mencari restoran yang
sesuai untuk menjamu selera.
Qhaliff mengeluarkan telefon bimbit
‘MINAH BERTUDUNG’ itu dari dalam laci. Qhaliff menghidupkan semula telefon itu.
Faez tersenyum melihat tingkah laku kawannya itu.
“ Apa senyum-senyum?” soal Qhaliff pada
Faez.
“ Takde lah. Cun tak awek yang langgar
kau tu?” Faez berseloroh. Faez cuba untuk mengambil telefon bimbit itu dari
Qhaliff namun Qhaliff sempat mengelak. Belum sempat Qhaliff membalas pertanyaan
Faez, tiba-tiba, telefon bimbit itu berdering. Fuhhh!!!! Lagu Korea pulak yang
keluar.
“ MAMAT GILER?” Qhaliff dan Faez saling
berpandangan kehairanan. Qhaliff terkejut melihat nama pemanggil itu.
Hemm..siapa pulak ‘MAMAT GILER’ ni? Nak jawab ke tak? Timbul persoalan di benak
fikiran Qhaliff.
Bersambung...
p/s: SELAMAT MEMBACA:)
0 comments