Novel DATING KONTRAK! 2
11:52
OLEH: KIR@ LEE
BAB 2
QHALIFF memakirkan kereta Camry miliknya
di hadapan banglo ayahnya. Qhaliff menanggalkan kasutnya dan segera melangkah
masuk ke dalam rumahnya. Hati Qhaliff masih terasa panas sejak kejadian tengah
hari tadi. Muncul kelibat Puan Sri Hamidah dengan senyuman yang manis sekaligus
menghilangkan semua rasa marah Qhaliff. Qhaliff membalas senyuman mamanya.
“
Assalamualaikum mama.” Sapa Qhaliff lalu menyalam tangan mamanya dan memeluk
mesra mamanya. Tan Sri Ezzudin juga turut menyertai untuk menyambut kedatangan
anaknya itu. Qhaliff memeluk ayahnya dan menyalam tangan ayahnya. Mereka
bertiga berlalu menuju ke ruang tamu.
Ketiga-tiga
anak beranak melabuhkan punggung masing-masing di sofa antik. Qhaliff
memerhatikan sekelilingnya. Masih tiada yang berubah. Sejak Qhaliff berpindah
ke kondominiumnya dua bulan yang lalu, mamanya tidak henti-henti menelefon
dirinya.
“
Qhaliff, mama rindu sangat dengan kamu. Dah lama mama tak jumpa kamu. Kamu ni
selalu saja sibuk dengan kerja kamu tu.” Luah Puan Sri Hamidah pada anaknya.
Puan Sri Hamidah memegang tangan anak lelakinya yang berada di sisinya.
“ Qhaliff
minta maaf mama sebab tak dapat nak jumpa mama selalu. Nanti, Qhaliff akan cuba
cari masa untuk jumpa mama.” Pujuk Qhaliff. Qhaliff akui semenjak perniagaan
hotelnya meningkat maju, masa untuk bersama mamanya agak kurang. Mungkin sebab
itulah mamanya selalu menghubunginya.
“
Itulah..kan senang kalau kamu dah kahwin. Ada juga yang temankan mama.” Qhaliff
terkejut mendengar kata-kata mamanya sebentar tadi. Lain macam jer bunyinya.
Qhaliff sudah tidak senang duduk.
“ Kamu
ni, Midah, udah-udah la tu. Qhaliff tu datang sini nak makan malam dengan kita.
Bukannya nak bincang pasal jodoh emaknya..” Tan Sri Ezzudin mencelah tiba-tiba.
Huhhhh…Qhaliff menarik nafas lega. Qhaliff mengerlipkan mata kanannya kepada
ayahnya tanda gembira. Nasib baik ayah aku ni seorang yang sporting. Puan Sri
Hamidah sudah menunjukkan muka masamnya. Qhaliff tahu mamanya merajuk. Tapi,
rajuk mamanya tu tak lama pun.
Qhaliff
mengajak keluarganya untuk makan malam segera. Mereka bertiga pun menuju ke
ruang makan. Dah lama jugak Qhaliff tidak makan bersama dengan keluarganya.
………………………………………………………………………
Aku
membaling bantal kecil ke dinding. Aku masih tak dapat lupakan kejadian tengah
hari tadi. Tak guna punya orang! Boleh-boleh dia marah aku kat depan khlayak
umum! Ini memang dah lebih. Aku macam nak baling-baling jer I-phone lelaki ni!
Tapi aku masih waras la! Giler aku nak baling I-phone lelaki ni?
Aku
meletakkan I-phone Lee Min Ho ‘Perasan’ di atas katil sebelum melangkah ke
bilik mandi. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Ahh..sudah! Takkan aku nak jawab
panggilan tu? Silap-silap awek dia ke yang call? Mampus aku merobohkan
percintaan orang! Aku terus sahaja melangkah masuk ke dalam bilik air.
Telefon
Si Lee Min Ho ‘Perasan’ ni terus berdering. Tak henti-henti! Sakitnya telinga
aku! Kalau macam ni gayanya, aku kena cepat-cepat baiki I-phone dia.
Yelah..kalau hari-hari kena ganggu dengan deringan telefon itu, memang tak lena
la tidur aku.
“
Anith!!! Kau mandi ke? Telefon kau tu dari tadi asyik berbunyi jer? Agaknya
penting kut?” laung Diana. Diana ni rakan serumah aku. Kami berdua ni satu
tempat kerja.
“ Yer!
Aku tengah mandi ni! Biar je lah telefon tu!” balasku. Diana keluar dari bilik
Anith. Tidak berapa lama kemudian, aku pun keluar dari bilik mandi. Aku terus
mengambil I-phone Si Lee Min Ho. Terbuntang mata aku melihat nama yang muncul
di skrin I-phone Lee Min Ho ni. Cuba teka???
“ MINAH
GEDIK” hah…itulah nama yang tertera kat dalam skrin I-phone Lee Min Ho ‘Perasan’ ni. Siapa pulak
‘MINAH GEDIK’ ni? Girlfriend dia ke? Eh..takkan la girlfriend nak letak nama
macam tu kan? Lantaklah. Ada aku kisah?? Biar pada muka si ‘MINAH GEDIK’ ni?
Nasib kaulah malam ni. Aku turun ke bawah menuju ke ruang tamu.
…………………………………………………….................
Usai
makan malam, Qhaliff naik ke atas menuju ke biliknya. Biarlah malam ini dia
tinggal di sini. Qhaliff merebahkan dirinya di atas katilnya. Qhaliff
mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Hah..apa lagi? Telefon bimbit ‘Minah
Bertudung’ yang langgar aku la! Bisik hati Qhaliff. Qhaliff cuba membuka
telefon ‘Minah Bertudung’ itu.
Qhaliff
tersenyum sendiri melihat gambar wallpaper di dalam telefon milik ‘Minah
Bertudung’ tu. Woo…cantik juga mata minah ni! Ehh…apa hal kau ni Qhaliff? Kau
dah lupa ke? Minah ni dah rosakkan I-phone kesayangan kau! Qhaliff cepat-cepat
tersedar dari lamunannya. Betul! Pasal minah ni, I-phone aku dah rosak. Qhaliff segera mendail nombor telefonnya
untuk menghubungi ‘Minah Bertudung’ itu.
Qhaliff
menunggu dengan sabar. Satu minit. Dua minit. Tiga minit. Empat minit. Lima
minit. Kenapa pulak minah ni tak angkat telefon?? Qhaliff sudah tidak dapat
menahan lagi sabar. Oh…kau nak cabar aku ya? Qhaliff tidak berpuas hati. Sekali
lagi Qhaliff mendail nombornya. Tiba-tiba, pintu bilik Qhaliff diketuk.
“
Qhaliff!!” Puan Sri Hamidah melangkah masuk ke dalam bilik anaknya. Ya! Malam
ni adalah peluangnya untuk memberitahu Qhaliff tentang Vivy Ellysa. Puan Sri
Hamidah ingin tahu apa pendapat anaknya itu terhadap Vivy Ellysa. Orangnya
cantik dan bekerjaya. Memang sesuai sekali jika dipadankan dengan anaknya yang
kini sudah berusia 28 tahun.
Qhaliff
segera menyembunyikan telefon bimbit yang berada di tangannya. Qhaliff menepuk
bantalnya supaya lebih kemas. Puan Sri Hamidah duduk di birai katil anaknya.
Qhaliff segera bangun untuk membetulkan kedudukannya.
“ Mama.
Ada apa?” soal Qhaliff pada mamanya. Qhaliff terpaksa menyembunyikan
kemarahannya seketika.
“ Mama
nak bincang sesuatu dengan kamu? Boleh tak?” Wajah Puan Sri Hamidah yang
mengharap membuatkan Qhaliff bersetuju. Qhaliff mengangguk. Tersenyum Puan Sri
Hamidah.
“ Mama
nak tanya tentang hubungan kamu dengan Ellysa? Macamana? Berkenan tak dengan
Ellysa?” Puan Sri Hamidah tidak sabar untuk menunggu jawapan dari anaknya itu.
Wajah Qhaliff berubah masam apabila
mamanya menyebut nama ‘MINAH GEDIK’ itu di depannya. Macamana aku nak terangkan
pada mama yang aku tak suka dengan si Ellysa tu? Dahlah perangai gedik tahap ‘budak-budak
tadika’! Ahhh..malang betul la nasib aku jumpa dengan si Ellysa tu!
……………………………………………………………..
Sebulan yang lalu,
Qhaliff
melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Langkah Qhaliff semakin dekat menuju ke
bilik pejabatnya. Belum sempat Qhaliff membuka pintu, muncul setiausahanya.
“
Err..maafkan saya Encik Qhaliff. Encik Qhaliff ada tetamu di dalam.” Ucap setiausahanya
perlahan. Dari riak wajahnya, Qhaliff dapat meneka sesuatu yang kurang senang
akan berlaku.
“
Baiklah. Terima kasih.” Qhaliff membuka pintu bilik pejabatnya. Qhaliff masih
berfikir tetamu yang berada di dalam pejabatnya itu. Setahunya, hari ini dia
tidak ada sebarang janji temu. Alangkah terkejutnya Qhaliff. Baru dia teringat
inilah perempuan yang dimaksudkan mamanya itu. Mungkin ini ialah Vivy Ellysa,
anak kepada Datin Erina.
Ellysa
menoleh ke belakang setelah menyedari kehadiran Qhaliff di situ. Ellysa
menghadiahkan senyuman kepada Qhaliff. Qhaliff yang tampak segak dengan sut
korporatnya membuatkan Ellysa tidak berkedip mata memandangnya. Qhaliff
berlagak tenang di depan Ellysa. Qhaliff melabuhkan punggungnya di kerusi
kerjanya.
“ Hello,
Qhaliff.” Sapa mesra dari Ellysa. Ellysa membetulkan kedudukannya menghadap
Qhaliff. Dia perlu kelihatan menarik untuk menawan hati Qhaliff Ezham. Ellysa
sangat gembira sekali bila mamanya memberitahu untuk mengenalkannya dengan
Qhaliff. Yelah..siapa tak kenal dengan Qhaliff Ezham Tan Sri Ezzudin? Seorang
ahli perniagaan muda yang berjaya dan disegani ramai dalam bidang perhotelan.
Bahkan bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara. Memang durian runtuh la
kalau dapat menambat hati Qhaliff.
“
Assalamualaikum.” Balas Qhaliff selamba. Huh! Qhaliff sudah dapat menilai
perwatakan gadis yang berada di depan matanya sekarang ini. Terlentok sana.
Terlentok sini. Ingat aku ni boleh tergoda ke dengan gaya macam tu? Silap besar
la kau!
“
Wa…waalaikumsalam.” Balas Ellysa perlahan. Ellysa termalu sendiri. Sudah
menjadi kebiasaannya untuk menyapa sesiapa saja dengan gaya Barat. Inilah
akibatnya kalau sudah terbiasa. Ellysa pura-pura berlagak seperti biasa.
Qhaliff yang berada di depannya ini sekarang ini seoalah-olah tiada perasaan
melihatnya. Selalunya kalau lelaki lain yang memandangnya, pasti akan terus
cair olehnya. Tapi, nampaknya bukan pada Qhaliff.
“ Are you Vivy Ellysa?” soal Qhaliff
serius. Dari segi pakaian, tak boleh cakap lagi la. Dedah sana sini. Memang
seksa mata aku ni melihatnya. Kalau bukan sebab mama yang kenalkan, memang
taklah aku nak berjumpa dengan dia ni. Mekap pun dah macam gaya opera cina.
Merah sangat pipi tu. Naik seram pulak aku melihatnya.
“ Yes! Nice to meet you. I’m Vivy Ellysa.
I gembira sangat bila mama you nak kenalkan you dengan I. I harap kita boleh
tunaikan permintaan mama kita berdua.” Luah Ellysa. Naik geli telinga Qhaliff
mendengarnya. Please la! What the
hell you talking about? Omelku di dalam hati.
“ I think you dah salah faham. Mama I cuma nak kenalkan kita
berdua jer bukannya nak kita bercinta?” balas Qhaliff. Qhaliff dapat juga
meluahkan isi hatinya. Entahlah kenapa hati Qhaliff sejak pertama kali melihat
Ellysa, memang langsung tidak berkenan. Kata orang dari mata turun ke hati. Ini
bukan lagi turun ke hati, ini bagi naik darah aku lagi ada la!
Riak
wajah Ellysa yang mulanya tadi gembira kini bertukar menjadi mendung. Sampai
hati Qhaliff berkata begitu padanya. Fikirnya mudah untuk memikat hati Qhaliff
namun semua itu tidak akan berlaku. Ellysa perlu berfikir sesuatu agar
pertemuan hari ini tidak akan tamat di sini sahaja.
“
Qhaliff, boleh tak you bagi I peluang? Why
not kita jadi kawan?” cadang Ellysa. Cadangan Ellysa hanya dijawab sepi
oleh Qhaliff.
…………………………………………………………………..
Lamunan
Qhaliff terhenti bila bahunya dipegang oleh mamanya. Qhaliff memandang wajah
tua mamanya. Hemm..tak sampai hati pulak aku nak bagitahu hal yang sebenar pada
mama. Tapi, boleh ke aku tahan dengan gangguan dari ‘MINAH GEDIK’ tu? Mana
taknya, hampir setiap hari Ellysa datang ke pejabatnya. Qhaliff naik rimas
dengan kedatangannya. Ada saja je alasan Ellysa untuk berjumpa dengannya.
“
Qhaliff! Qhaliff!” panggil Puan Sri Hamidah pada Qhaliff.
“ Yer…ma.
Qhaliff fikir benda lain pulak tadi.” jelasku. Aku semakin serba salah pulak
hendak berterus-terang dengan mama ni. Cakap ke tak? Kalau aku tak cakap, aku
yang susah nanti nak menghadap si Ellysa tu! Qhaliff bengang. Apa yang harus
dilakukannya sekarang ini untuk mengelak dari Ellysa? Ahh…aku kena fikir
sesuatu supaya mama tak terus menerus nak pasangkan aku dengan si ‘MINAH GEDIK’
tu?
Bersambung...
p/s: Selamat membaca:)http://www.penulisan2u.my/2013/03/novel-dating-kontrak-2/
0 comments