OLEH : KIR@ LEE
BAB 19
“ EHEMMM…”
Diana berdehem pada Anith yang sedang leka menatap lap topnya. Apa lagi kalau bukan menonton video artis kpop idola
kegemarannya. Diana meniarap di atas katil bersebelahan dengan Anith.
“
Dee…cuba ko tengok video klip Infinite ni, romantik giler. Hati aku cair woo
kalau ada someone buat macam ni pada
aku. Lebih-lebih lagi part yang main
piano tu. Aku rasa akulah cikgu tu.”
“
Wah! Tak sangka pulak aku kau ni minah jiwang rupanya? Ingatkan brutal, rupanya
ada bunga-bunga cinta juga dalam hati kau ni.” Diana ketawa memerli Anith yang
sudah membuat muka.
Namun,
Anith buat tidak ambil peduli dengan kata-kata Diana sebaliknya masih leka
menatap jejaka comel kumpulan Idola Korea iaitu Infinite. Anith sanggup memuat
turun video klip tersebut semata-mata sudah jatuh cinta pada lagu dan juga
jalan cerita video klip itu.
“
Kenapa tak percaya ke? Cuba ko tengok dulu video klip ni. Sure kau fall in love dengan video klip ni.”
Anith dan Diana kemudiannya sama-sama menonton video klip kumpulan Infinite
tersebut. Lama-kelamaan, Diana sudah pandai bernyanyi mengikut rentak lagu
kumpulan Infinite. Ceh! Diana ni? Tadi bukan main lagi perli aku. Tup…tup…dia
pulak yang terlebih sudah!
Video
klip yang mengambil masa sebanyak lima minit itu sudah berakhir. Anith dan
Diana mengalihkan badan mereka supaya menghadap siling di atas.
“
Ehmm..Anith! Aku nak tanya kau sesuatu. Aku nak kau jawab dengan jujur dan
ikhlas. Kau rasa, Qhaliff tu orangnya bagaimana?”
Anith
mengerling Diana. Anith belum bersedia sebenarnya untuk menjawab soalan itu.
Terkejut juga sebab tiba-tiba saja Diana bertanya tentang soal Qhaliff
kepadanya. Sebab apa? Takkan la….Diana dah jatuh cinta pada Qhaliff? Aku
tahulah Qhaliff tu kacak, bergaya lagi memikat. Ewah…ewah…Anith, dah pandai
puji sekarang. Kalau dulu kau kutuk dia tu ego, tak matang, sombong, berlagak
dan lagi satu bajet hansem. Entah?
“
Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal Qhaliff?”
Sebenarnya tujuan Diana bertanya
soalan ini adalah untuk membantu Qhaliff. Qhaliff dan Diana sebenarnya sudah
berpakat untuk saling membantu memujuk Anith. Qhaliff sempat bersembang dengan
Diana sewaktu majlis hari jadi Eisha kelmarin dan tak lupa juga saling bertukar
nombor telefon.
Diana
tak sangka pula yang Qhaliff benar-benar ingin memujuk Anith supaya menerima
lamarannya. Jadi ini adalah salah satu misinya untuk membantu Qhalif tanpa
pengetahuan Anith.
“ Takde la. Aku cuma teringatkan
tentang lamaran Qhaliff pada kau. Kau dah fikir masak-masak ke? Kau tak nak
pertimbangkan semula ke untuk terima lamaran Qhaliff. Aku rasa Qhaliff tu kan
baik orangnya. Mungkin korang berdua tak ditemukan dalam keadaan yang baik,
sebab tu la jadi musuh. Tapi, siapa kata musuh tak boleh baik? Kau tak rasa ke
tempoh seminggu yang Qhaliff beri pada kau dah hampir tamat? Atau kau tak suka
dengan cara lamaran Qhaliff? Kau takut Qhaliff cuma permainkan kau saja?
Begitu?”
“ Aku….aku…tak tahu la Dee. Aku
masih bingung lagi. Memang ada betulnya cakap kau tu. Mungkin betul. Kalau aku
dan Qhaliff bertemu dalam keadaan yang baik, mungkin aku dan Qhaliff takkan
jadi macam ni. Lamaran tu pula…entah? Aku rasa Qhaliff tu sengaja nak
main-mainkan perasaan aku sebab lamaran tu dibuat sebab timbul khabar angin
tentang kami berdua. Kalau tak timbul khabar angin, mesti lamaran tu takkan
ada.”
“ Kenapa pula?”
“ Yelah…aku rasa dia melamar aku pun
sebab terpaksa. Kalau tak…mesti dia dah…”
“ Pujuk kau? Atau merayu pada kau?”
“ Lebih kurang lah….” Jawabku lemah.
Kini Diana sudah faham. Nampaknya
Qhaliff mungkin ada peluang supaya Anith menerima lamarannya. Diana mula
memikirkan idea untuk membantu Qhaliff memujuk Anith.
………………………………………………...
Qhaliff masih tidak percaya dengan
apa yang baru sahaja diceritakan oleh Diana di dalam talian sebentar tadi.
Katanya Anith masih belum memberi sebarang jawapan kerana Anith takut cuma
dipermainkan sahaja. Oleh itu, Diana mencadangkan sesuatu kepada Qhaliff.
“ Qhaliff, aku rasa kalau kau nak
buat Anith terima lamaran kau, baik kau tengok video klip Infinite yang
bertajuk Man In Love. Macam ni
caranya. Kau kena ikut betul-betul apa yang dalam video klip tu buat untuk
Anith. Confirm Anith cair terutama part yang main piano tu. Ok.
Assalamualaikum.”
“ Yahoooo!!!” jerit Qhaliff gembira.
Maknanya aku ada peluang untuk pujuk Anith sebelum tempoh seminggu tu habis.
Tanpa membuang masa, Qhaliff mencapai Ipad di atas meja tepi katilnya. Ok!
Qhaliff, malam ni kau kena belajar cara untuk memujuk Anith.
Qhaliff sanggup memuat turun video
klip Infinite yang dia sendiri tidak mengenalinya. Namun, dek kerana masa yang
diberikan oleh ayahnya sudah hampir tiba, kenalah Qhaliff berusaha dengan lebih
gigih lagi.
Keesokan pagi, Qhaliff segera bangun
awal untuk bersiap. Hari ini adalah hari pujukannya yang pertama. Qhaliff
hendak pergi mencari anak kucing untuk dihadiahkan kepada Anith. Mengikut video
klip yang ditontonnya banyak kali semalam sehingga ke pagi, Qhaliff bertungkus
lumus berlatih bagaimana untuk memulakan sesi memujuknya.
Qhaliff….Qhaliff…inilah akibatnya
kalau tak ada pengalaman bercinta. Sumber rujukan pun kena guna video klip.
Hentam saja la…untuk Anith, aku akan berusaha!
Sesi Memujuk Anith dari pada Qhaliff :
1.
Beli
seekor anak kucing yang comel kepada Anith dan hantar ke Tadika Nur Hidayah
beserta kad luahan isi hati.
2.
Main
piano untuk Anith. (Confirm berjaya)
3.
Buat
cookies yang sedap. ( Hemm…aku rasa yang part ni aku tak buat kut)
4.
Beli
hadiah special untuk Anith. ( Masalahnya aku tak tahu hadiah yang Anith suka)
5.
Buat
surprise candle light dinner. ( Ini aku hold dulu kalau Anith setuju baru akan buat
)
Aku dan Diana bersembang terlebih
dahulu sebelum masuk ke kelas masing-masing. Biasalah, hari masih awal lagi.
“ Anith! Ni hah, ada hadiah untuk
Anith. Wah! Dah ada pakwe eh? Bila nak kahwin?” usik Kak Noor sambil
menghulurkan aku sekotak hadiah yang berbentuk hati kepadaku. Aku masih
ragu-ragu untuk menerimanya. Siapa pulak yang nak beri aku hadiah pagi-pagi ni?
Hari jadi aku belum tiba lagi. Dah kotak ni bentuk hati.
Diana sudah tersenyum. Pasti hadiah
tu datang dari Qhaliff.
“ Terima kasih, Kak.” Ucapku lalu
meletakkan kotak tersebut di atas meja. Aku dan Diana saling berpandangan
kehairanan. Aku perlahan-lahan membuka kotak hadiah tersebut.
“ Arghhhhhhhhh!” jeritku kuat sambil
diakhiri dengan bunyi tangisan. Alangkah terkejutnya aku kerana melihat isi di
dalam kotak tersebut sebenarnya adalah anak kucing. Aku memang fobia sekali
dengan kucing. Aku memang takut sangat. Sebabnya dulu aku pernah dicakar dan
sampai sekarang aku masih tak dapat nak lupakan kesan cakaran itu di kakiku.
Diana terkejut melihat reaksi Anith.
Astagfirullah! Diana benar-benar terlupa bahawa Anith fobia dengan kucing.
Nampaknya pujukan pertama Qhaliff bakal gagal disebabkan kejutan hadiah ini.
“ Anith, kau okey? Rileks.” Diana
mengusap belakang Anith. Nasib baik Kak Noor tiada. Kalau tak, takut Kak Noor
pun terikut sama terkejut. Diana segera menulis mesej kepada Qhaliff.
Qhaliff berjalan mundar mandir di
dalam pejabatnya kerana masih menunggu jawapan daripada Anith.
GAGAL. Maaf, saya benar-benar
terlupa Anith tu sebenarnya fobia dengan kucing. Sekarang Anith tengah menangis
sebab masih terkejut. Saya harap awak tak berputus asa.- Diana
Apa? Anith menangis? Qhaliff
melabuhkan duduknya lalu mengeluh. Aduhhh! Pujukan aku yang pertama dah gagal.
Takpe, sekurang-kurangnya kau dah mencuba, Qhaliff. Kau masih ada satu pujukan
lagi.
Keesokannya, Qhaliff sengaja keluar
awal tengah hari ni untuk pergi ke Tadika Nur Hidayah. Hari ini adalah
satu-satunya peluang Qhaliff untuk memujuk Anith. Diana sudah memberitahu
Qhaliff bahawa sekarang Anith masih berada di dalam kelas. Cuma masalahnya
sekarang ialah tadika ini tidak memiliki piano tetapi gitar. Namun itu tidak
menjadi masalah bagi Qhaliff yang berbakat besar dalam muzik.
Qhaliff melangkah masuk ke dalam
tadika untuk berjumpa dengan Diana terlebih dahulu.
“ Hah! Sampai pun. Jom, saya
tunjukkan kelas Anith sekarang.” Tanpa berlengah, Qhaliff mengikut langkah
Diana menuju ke kelas Anith. Dalam hati, Qhaliff berdoa agar Anith menerima
lamarannya nanti. Sungguh kuat hati Qhaliff berdebar saat ini. Rasa bagai nak
meletup sahaja. Semakin hampir semakin kuat debarannya.
“ Qhaliff, inilah kelas Anith.
Tempat Anith mengajar selalu. Awak masuklah dan buat kejutan untuk Anith. Awak
dah sedia?”
“ Errrr…” Qhaliff kaku. Buat pertama
kalinya, Qhaliff sendiri tidak menyangka bahawa dirinya akan senekad begini
untuk melamar seseorang yang hanya bertemu secara kebetulan. Dua insan yang
berbeza dunia, mampukah hidup bersama?
“ Apalagi, masuklah!” ujar Diana
lalu menolak Qhaliff masuk ke dalam kelas.
Anith terkejut.
Qhaliff berdiri kaku menghadap
Anith.
………………………………………………………
Masa berlalu dengan pantas. Pejam
celik pejam celik sudah enam hari berlalu. Qhaliff masih menantikan jawapan
dari Anith. Namun masih belum ada sebarang balasan dari Anith. Kali terakhir
Qhaliff berjumpa dengan Anith ialah Qhaliff membuat kejutan untuk menyanyi di
depan anak murid Anith. Bila mengingatkan kejadian itu, Qhaliff dengan mudahnya
mengukir senyuman.
Qhaliff mengeluarkan i-Phone
miliknya. Rupa-rupanya dalam diam, Qhaliff ada mengambil gambar Anith secara
senyap ketika Anith sedang bermain dengan Eisha. Qhaliff tersenyum setiap kali
menatap gambar itu. Tapi, Qhaliff tidak mengerti mengapa dirinya boleh
bertindak mengambil gambar Anith ketika itu. Qhaliff sendiri sukar meneka
perasaannya ketika itu.
“ Hemmm..itu ke bakal menantu ayah?”
Terkejut Qhaliff apabila disergah oleh ayahnya. Nasib baik i-Phonenya tidak
terlepas dari tangannya. Malunya aku. Mesti ayah dah nampak gambar Anith tadi.
Mana aku nak letak muka aku yang hansem ni? Qhaliff segera menyorokkan
i-Phonenya di bawah bantal.
“ Tak payah nak sorok sangat,
Qhaliff. Ayah dah nampak. Manis orangnya.” Ah sudah! Ayah aku memang dah nampak.
Takde maknanya aku nak sorok lagi. Perlahan-lahan, Qhaliff mengeluarkan semula
i-Phonenya. Qhaliff hanya tersengih. Tan Sri Ezzudin tergelak kecil melihat
kerenah Qhaliff serupa budak kecil.
Tan Sri Ezzudin melabuhkan duduknya
di birai katil. Qhaliff masih menahan malu dari ayahnya kerana ditangkap
melihat gambar Anith. Alahai! Macamana la aku tak perasan ayah aku masuk dalam
bilik aku ni. Apa pulak ayah aku fikir nanti?
“ Qhaliff, ayah nak bincang sesuatu
dengan kamu fasal perkahwinan kamu tu. Nampaknya, kawan-kawan ayah ramai yang
dah dengar khabar angin tentang kamu. Bila mereka tanya, ayah cuma jawab ayah
tak masuk campur dalam hal Qhaliff. Jadi, macamana? Tinggal dua hari saja
Qhaliff tempoh yang ayah berikan.”
“ Errr…” Qhaliff teragak-agak untuk
berkata-kata. Sebenarnya Anith belum pun menghubunginya lagi. Aku ni kira
menaruh harapan ke tentang jawapan Anith nanti? Bukan ke Anith dah beritahu aku
jawapannya awal-awal lagi yang dia tak setuju. Takkan aku nak cakap pada ayah
aku yang Anith tak setuju. Tidak!
Tan Sri Ezuddin masih menanti
jawapan daripada Qhaliff.
“ Tentang hal tu, biar Qhaliff
uruskan. Ayah dengan mama, tak payah la risau sangat.” Luahku. Yelah tu,
Qhaliff. Banyak hansem muka kau nak uruskan hal ni. Sampai sekarang pun takde
jawapan. Jangan la kau nak memandai.
“ Betul? Kalau macam tu, taklah
risau ayah dan mama kamu nanti. Tapi, ayah harap kamu boleh beritahu berita
gembira ni secepat mungkin kami. Oh ya! Mama kamu kata, budak Anith tu baik
orangnya. Ok, pergilah tidur dengan gambar bakal isteri kamu tu. Selamat
malam.” Tan Sri Ezzudin sempat lagi mengusik anaknya sebelum keluar dari bilik
Qhaliff.
Qhaliff termalu sendiri apabila
diusik oleh ayahnya.
…………………………………………………………..
Aku dan Diana menuju masuk ke dalam
Kinokuniya. Apalagi, mestilah borong novel. Dah lama aku tak beli novel. Jadi,
hari cuti begini haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Aku dan Diana menuju
ke rak buku yang terdapat koleksi novel baru di bahagian belakang sekali.
Mataku rambang sekali apabila
melihat koleksi novel yang baru dipasarkan. Memang tak tahu mana satu nak
pilih. Aku dan Diana sudah seperti berada di dalam dunia sendiri. Apa saja
novel yang baru, habis dirembat sampai tangan pun dah naik lenguh mengangkat
buku novel yang tebal ni.
“ Amboi! Anith, nak lepas tekanan ke
beli novel banyak macam tu?” usik Diana.
“ Ha’ah. Ini memang nak lepaskan
tekanan. Lagipun aku dah banyak ketinggalan sangat ni novel-novel baru
sekarang. Itu yang nak dirembat ni.” Kami berdua ketawa. Diana dengan empat buah
buku, aku dengan lima buah buku. Boleh tahan juga la keluar ‘ongkosnya’. Tapi tak kisah la asalkan
hati aku puas.
Kami berdua menuju ke kaunter untuk
membuat pembayaran hasil novel yang kami borong. Jangan lupa kad ahli! Ada
jugalah kurang sikit.
………………………………………………
Qhaliff melangkah masuk ke dalam
Suria KLCC lalu menuju ke Dome Restaurant
untuk menemui Faez. Sebenarnya, Qhaliff liat untuk keluar terutama hari-hari
minggu begini. Memang Qhaliff jarang sekali keluar. Baginya lebih baik jika
menghabiskan masanya di rumah sahaja.
“ Ish! Si Faez ni suka betul main
paksa-paksa. Malas betul aku nak keluar hari ni. Lebih baik layan game PS2 aku
kat rumah. Boleh juga hilang stress
aku. Anith pun dah lama tak call aku.
Aik! Qhaliff, macamlah kau dengan si Anith tu bercinta? Perasan!”
Qhaliff mencari kelibat Faez usai
masuk ke dalam Dome. Namun, batang
hidung Faez tidak satu pun kelihatan. Ini yang membuatkan Qhaliff menjadi
marah. Huh! Ini lah janji melayu. “Kata jam 11.00! Tapi dia pulak yang datang
lambat.” Omel Qhaliff sendirian. Qhaliff mengorak langkah sendiri mencari
tempat duduk sementara menunggu kedatangan Faez.
Jam di tangan dikerling sepintas
lalu oleh Qhaliff. Sementara menunggu kedatangan Faez, Qhaliff mengeluarkan
i-Phonenya.
Tangan kami berdua sudah naik lenguh
kerana buku novel yang baru kami beli sebentar tadi. Perut aku dah mula
berkonsert rock. Maknanya apalagi
kalau bukan lapar. Aku dan Diana beriya-iya masuk ke dalam lif. Malas nak guna
escalator. Sekali-sekalau menggunakan kemudahan yang ada di KLCC ni.
“ Dee, kita makan kat luar je la.”
Ucapku perlahan pada Diana di sebelahku.
“ Ok..aku takde hal punya.”
Faham-faham je la. Makanan kat KLCC
ni agak mahal bagi kami. Lagipun aku dah berhabis duit membeli novel tadi.
……………………………………………………..
Faez tergopoh-gopoh masuk ke dalam
Suria KLCC kerana Faez tak lama lagi pasti dia akan mendengar omelan dari
Qhaliff. Qhaliff tu memang pantang orang yang tak menepati janji. Tapi Faez
bukan sengaja pun nak datang lambat. Kalau tak disebabkan berlaku kemalangan
tadi, memang tak datang lambat la. Tapi, benda nak jadi, macamana?
“ BUKKK!!!” Tanpa Faez sengaja,
seorang lelaki mengadu kesakitan apabila terlanggar bahunya. Faez pantas
menoleh.
“ Maaf, brother! Saya tak sengaja. Minta maaf.” Ucap Faez. Lelaki itu
memandang Faez dengan pandangan sinis.
Lelaki itu tidak berkata apa-apa
lalu beredar dari situ. Faez hairan. Aik! Sombong giler mamat tu. Dah kira
bagus aku minta maaf. Pergi raaaa…..
Faez melangkah masuk ke dalam Dome
Restaurant. Faez sudah nampak kelibat Qhaliff di meja makan hujung sekali. Kenalah
aku bersedia menghadap ‘Pak Polisi’ aka Qhaliff.
“ Assalamualaikum! Boleh
berkenalan?” usik Faez dari belakang Qhaliff.
“ Ni hah! Kalau nak berkenalan
sangat. Waalaikumsalam.” Qhaliff menunjukkan buku limanya kepada Faez yang cuba
berseloroh. Faez tergelak lalu mengambil tempat duduk menghadap Qhaliff dengan
ketawa yang masih berbaki.
“ Aku tak buat lawak pun!”
“ Suka hati aku la nak ketawa.
Anyway, sorry sebab tadi ada orang kemalangan. Aku tolong apa yang patut la.”
“ Hemmm…” jawab Qhaliff acuh tak
acuh. Muncul seorang pelayan bersama buku menu di tangan.
…………………………………………………
Adam merengus di dalam hatinya. Sakit
juga bahunya sebenar tadi. Sebenarnya Adam pun salah juga. Kalau tak kerana
memikirkan masalahnya dengan Anith, pasti Adam akan lebih berhati-hati semasa
berjalan.
Taman yang dikelilingi air pancut
membuatkan Adam berasa sedikit tenang. “Anith, saya masih cintakan awak. Saya
tak pernah lupakan awak.” Bisik hati Adam sambil melihat pemandangan air pancut
di hadapannya.
Adam masih dihantui rasa bersalah
kerana kebodohannya sewaktu dulu.
“ Awak, saya minta maaf. Saya
menyesal sangat sebab sudah memutuskan tali pertunangan kita. Anith, saya rindu
awak yang dulu. Saya harap saya dapat menebus masa yang lalu untuk awak,
Anith.” Adam meraup wajahnya.
Aku dan Diana berjalan keluar dari
Suria KLCC. Hemmm…dapat juga menghirup udara kat luar ni. Barulah boleh menarik
nafas lega.
“ Anith! Boleh tak ambil gambar aku
depan Suria KLCC ni…” Diana tersengih.
“ Amboi!” Diana membuat pelbagai pose tanpa menghiraukan pandangan orang
lain. Aku pulak yang naik segan.
“ Ok, Anith! One more. Aku nak betul-betul menara KLCC tu ada kat belakang aku.”
“ Minah ni, bukan main syok lagi kau
bergambar bak model kat tengah panas ni. Aku yang susah tau nak cari posisi
yang betul nak ambil gambar kau tu.”
Aku berundur sedikit demi sedikit
untuk mencari sudut gambar yang tepat buat Diana. Kawan aku ni memang suka
betul dera aku. Sakit pula pinggang aku ni terbongkok-bongkok nak mengambil
gambarnya.
“ Dee! Ke tengah sikit! Aku dah
dapat angle yang cantik punya. Ok!
Kau stay kat sana. Jangan bergerak!”
arahku dah gaya macam professional
pulak. Kakiku undur sedikit lagi ke belakang dan…
“ Ahhh!” jeritku kerana sudah hilang
imbangan.
“ Anith!!!” jerit Diana.
Matilah aku kalau jatuh kat tangga
ni. Mesti sakit punya. Mataku pejam rapat-rapat. Aku hanya berserah pada Yang
Kuasa. Aku menutup mukaku kerana takut apa yang bakal menimpaku.
“ Ehmm..excuse me? Awak tak apa-apa ke?”
“ Hemm? Suara siapa tu? Kenapa aku
rasa suara tu macam dekat je? Dan kenapa aku tak rasa sakit bila jatuh tapi
rasa macam disambut oleh seseorang…” soalku dalam hati.
“ Cik! Are you okay?” soal suara itu sekali lagi kepadaku. Kali ini
suara itu benar-benar jelas ke
telingaku. Aku perlahan-lahan membuka mataku.
“ What? Adam?”
“ Anith!”
Masing-masing terkejut kerana tidak
menyangka akan bertembung dengan cara begini. Anith pantas melepaskan dirinya
dari Adam. Sungguh Anith masih lagi terkejut kerana rupa-rupanya Adam baru
sahaja menyelamatkannya dari terjatuh ke bawah. Kenapa Adam yang muncul?
Adam juga terkejut sebenarnya kerana
tidak menyangka Anith, perempuan yang baru sahaja diselamatkannya. Sudah lama
Adam tidak berjumpa dengan Anith dan hari ini adalah peluangnya telah tiba.
“ Terima kasih.” Ucap Anith lalu
beredar menuju ke arah Diana. Namun, Adam sempat menahan Anith.
“ Anith, I’m sorry. Saya tak bermaksud nak buat macam tu kat awak. Saya cuma
nak selamatkan awak saja.”
“ Ya! Aku tahu sebab tu aku cakap
terima kasih. Aku nak balik!” tegas Anith. Diana cuba mendapatkan Anith.
“ Anith, tunggu dulu. Boleh tak kita
berbincang? Saya ada benda nak cakap dengan awak. Please!” rayu Adam. Kali ini Adam akan bertegas demi membina semula
hubungannya bersama Anith. Sudah dua kali, Anith menolak dengan alasan sudah
mempunyai teman lelaki. Tapi, Adam tahu. Anith sebenarnya masih belum mempunyai
teman lelaki lagi. Alasan itu cuma direka untuk mengelakkan daripada
menemuinya.
“ No! Aku tak nak. Antara kita berdua sudah tamat. Aku harap kau
faham. Aku takde masa nak berbincang dengan kau.”
“ Aku rasa kau tak payah ganggu lagi
Anith.” Ujar Diana.
…………………………………………………
Usai makan tengah hari, Qhaliff dan
Faez beredar lalu menuju keluar dari Suria KLCC. Faez sempat lagi menghadiahkan
senyuman kepada pelanggan perempuan yang berada di sebelah meja mereka tadi.
Bukannya Faez tidak perasan, pelanggan perempuan itu asyik menjeling-jeling
manja ke arah Faez. Mungkin juga di sebabkan Qhaliff berada di situ.
“ Panas juga hari ni?”
“ Tu la kau! Aku sebenarnya malas
nak keluar hari ni. Tapi, kau ni kan memang tak reti makan saman, nak juga
keluar.” Omel Qhaliff. Faez hanya tergelak.
“ Kau ni tak sporting la. Sepatutnya kau gunakan la hujung minggu kau ni untuk
keluar bersiar-siar. Mana tahu, kut-kut time
jalan-jalan tu terjumpa girlfriend?”
“ Banyak la kau punya jalan-jalan?
Lepas ni, aku nak balik! Aku main game kat rumah lagi best.”
Qhaliff dan Faez berjalan beriringan
turun dari tangga. Tiba-tiba, mata Qhaliff menangkap sesuatu.
“ Adam! Stop it. Lepas! Dee!” Adam masih bertegas memegang tangan Anith.
Mungkin dengan cara ini Anith akan mengikutnya.
“ Hei! Adam! Kau jangan buat macam
tu pada Anith! Kalau tak, aku jerit!” gertak Diana.
Anith masih bergelut dengan Adam
yang masih kuat memegang tangannya. Anith benar-benar berharap kali ini ada
seseorang akan menolongnya. “ Qhaliff!!!” tanpa sengaja Anith memanggil nama
Qhaliff.
“ Qhaliff! Kau nak ke mana tu?”
Laung Faez pada Qhaliff yang sudah jauh berlari meninggalkannya. Apa hal pulak
tu? Shooting drama ke? Ujar Faez.
“ BUKKK! Kau lagi? Kenapa kau ganggu
Anith lagi, hah? Kau dah lupa ke aku ni siapa?”
“ Kau jangan masuk campur la! Aku
tahu kamu berdua cuma berlakon saja. Tak payah la nak menyibuk hal aku dengan
Anith. BUKK!” kali ini giliran Adam menghadiahkan satu tumbukan tepat ke muka
Qhaliff.
Anith seakan-akan tidak percaya
dengan kemunculan Qhaliff di sini. Namun, hatinya benar-benar lega kerana dapat
lepas dari Adam. Anith perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan pergaduhan
mereka berdua. Jika berlarutan, pasti di antara mereka ada yang cedera.
“ Berhenti!” jerit Anith pada
Qhaliff dan Adam. Namun, jeritan itu hanya sia-sia sahaja.
“ Aku kata berhenti!!!” kali ini
lebih panjang jeritan tegas dari Anith.
Mereka berdua terkejut mendengar
suara tegas dari Anith. Masing-masing menoleh ke arah Anith dengan riak
terkejut.
“ Adam, untuk yang terakhirnya aku
harap kau faham. Kita berdua dah takde apa-apa lagi hubungan. Kau pergilah cari
perempuan yang lebih baik dari aku. Banyak lagi perempuan kat luar sana yang
sedang menanti.”
“ Kenapa Anith? Saya masih cintakan
awak, Anith. Kita mula semula hubungan kita macam dulu.”
“ Adam, past is past. It won’t happen again sebab…” Anith memandang Qhaliff
sekilas.
“ Sebab apa Anith?” soal Adam.
“ Qhaliff.” Qhaliff terkejut!.
Kenapa namanya disebut oleh Anith? Diana dan Faez yang turut berada di situ
juga terkejut sama. Adam turut memberi riak yang sama. Semua masih
tertanya-tanya dengan jawapan daripada Anith.
Aku rasa kali ini aku akan buat keputusan
yang muktamad. Inilah jalan penyelesaiannya supaya Adam tidak terus menganggu
kehidupanku lagi. “Ya, Allah, hamba rasa inilah jalan terbaik untuk hamba.” Doa
Anith dalam hati.
“ Baiklah. Aku dah buat keputusan.
Qhaliff, saya setuju dengan lamaran awak! Dan untuk pengetahuan awak, Adam,
kami berdua akan melangsungkan perkahwinan kami pada bulan depan!” Kesemua yang
berada di situ sudah ternganga mendengar setiap kata yang diluahkan oleh Anith.
Terutama sekali Qhaliff. Betul ke Anith dah setuju? Adakah aku sedang bermimpi?
Diana dan Faez saling berpandangan dengan mulut yang terlopong.
Anith masih ingat lagi kesungguhan
Qhaliff untuk memujuknya. Walaupun Anith berpura-pura menjual mahal namun
sebenarnya hati Anith sudah menerimanya. Jika diimbas kembali, Qhaliff sanggup
menghadiahkan Anith seekor anak kucing gara-gara mengikut video klip kumpulan
Infinite. Hakikatnya, Anith seorang yang fobia kepada kucing sehinggakan Anith
menangis apabila mengetahui isi kandungannya. Pujukan pertama Qhaliff berakhir
dengan kegagalan namun Qhaliff tidak berputus asa.
Keeseokkannya,
Qhaliff membuat kejutan dengan bermain gitar di depan semua murid Anith sambil
mendendangkan lagu kumpulan Infinite yang bertajuk Man In Love. Hati Anith
benar-benar tersentuh mendengar suara dari Qhaliff ketika itu. Namun, Anith
cuba menyembunyikan reaksinya daripada Qhaliff. Antara bait-bait indah dari
lirik lagu Man In Love yang diingati Anith ialah When a man’s in love, he wants to stay by your side, There’s always so
much he wants to do for you, When I’m in love, I want to give everything in my
life to you, With just one expectation, your heart, When I’m in love.
P/S : Bersambung....tunggu next entry...harap semua pembaca terhibur dengan bab kali ini yang lebih panjang..hihihi..sambil tu kalau nak tahu Kumpunlan Infinite tu..singgah la sini..https://www.youtube.com/watch?v=2C-dsCaFJzE
(: sure cair kalau someone buat macam kat dalam mv tu...hihihihi :)
- 13:22
- 6 Comments