OLEH : KIR@ LEE
BAB 7
JAM
lonceng di tepi meja mengejutkan pagi Anith dari tidurnya. Anith segera berlalu
ke bilik air untuk membersihkan diri dan segera mengambil wudhuk untuk
menunaikan solat Subuh. Usai keluar dari bilik air, telekung di dalam almari
dicapai oleh Anith.
Anith
melipat kain telekung semula setelah menunaikan solatnya. Kemudian, Anith
bergerak menuju ke katilnya semula lalu mencapai i-Phone milik Lee Min Ho untuk
dimasukkan ke dalam beg tangannya. Namun, pergerakan tangan Anith terhenti
apabila berbunyi deringan mesej dari i-Phone itu. Gatal saja tangan Anith untuk
membaca mesej itu. Macamlah mesej itu untuk aku kan? Duga Anith sendiri.
Alangkah
terkejutnya Anith. Sah! Mesej ini memang khas ditujukan untuknya. Kurang asam
jawa betul mamat tu. Sempat lagi nak main-main mesej dengan aku. Budak-budak
betul! Anith menahan geram sambil membaca isi kandungan mesej yang dihantar
oleh Lee Min Ho tu.
Aku
tak kan ada belas kasihan langsung kalau kau lambat satu minit esok. JUST TO
REMIND YOU! Kalau tak, say good bye to your beloved calculator phone.
“ Arghhh!!!! Tak guna! Huh! Kau
ingat aku takut dengan ugutan kau yang macam budak Tadika ni? Kalau kau boleh
buat, aku pun boleh buat!” luah Anith sendiri di dalam bilik.
Pantas sahaja jari jemari Anith
menaip sesuatu di i-Phone dan dihantar kepada Qhaliff untuk membalas mesej
tersebut. Masing-masing tidak mahu mengalah. Anith bingkas bangun untuk memilih
baju kurung yang sesuai untuk dipakai hari ini.
………………………………………………………
Qhaliff tersenyum penuh makna hari
ini. Yelah…masakan Qhaliff tidak ingat tentang hari ini. Hari di mana Qhaliff
akan berjumpa semula dengan telefon bimbit kesayangannya dan juga hari untuk
bersemuka dengan minah bertudung tu juga.
Jari jemari Qhaliff masih
tercari-cari baju kemeja yang sesuai untuk dipakai hari ini. Qhaliff ingin
kelihatan tampak segak di mata minah itu nanti. Biar minah tu tahu yang Qhaliff
ni bukan sembarangan orang. Sekejap-kejap Qhaliff memilih baju kemeja berwarna
putih. Sekejap-kejap, baju kemeja biru di padangkan ke tubuhnya.
“ Haiii…mana satu aku nak pakai hari
ini? Kalau yang putih ni, nampak macam biasa je. Kalau biru ni pulak, takut
pula jadi perhatian? Nanti apa pulak minah tu kata aku nanti.
Ehhh…Qhaliff…Qhaliff. Buat apa aku nak risau pasal pandangan minah tu? Bukannya
aku nak pergi ‘dating’ dengan dia?
Ishh..tak nak aku!” omel Qhaliff pagi-pagi lagi.
Tanpa menunggu masa, Qhaliff segera
menyarungkan kemeja berwarna putih ke tubuhnya dan dipadankan dengan sut
korporatnya supaya tampak lebih segak. Tali leher berwarna merah digantung ke
leher sebagai pelengkap sut korporatnya.
Qhaliff tersenyum melihat dirinya di
depan cermin. Kacak juga aku ni. Qhaliff memuji dirinya sendiri. Yelah…siapa
lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Tiba-tiba, deringan lagu Korea
menganggu mood Qhaliff.
“ Ehh..siapa pulak yang mesej
awal-awal ni? Takkanlah ‘MAMAT GILER’ tu lagi? Qhaliff yang tidak sabar terus
sahaja menekan punat open untuk
membaca mesej tersebut. Riak wajah Qhaliff berubah seratus peratus apabila
membaca mesej tersebut.
Kau
ingat kau boleh takutkan aku la? PLEASE! Tak ada maknanya aku nak takut! Kalau
kau yang lambat satu minit, jangan segan ucap selamat tinggal kat i-Phone kau
yang macam ‘duster’ papan putih ni..hihihi.
Qhaliff mengepal telefon bimbit
minah tu dengan kuat. Geramnya!!!! Boleh tahan juga ni! Qhaliff semakin tidak
sabar untuk bertemu dengan pemilik telefon bimbit Samsung Galaxy Note ini.
Lihat la saja nanti. Siapa yang datang awal, siapa yang datang lambat?
……………………………………………….
Diana sudah sibuk menyiapkan sarapan
di dapur. Aku melangkah masuk ke dalam dapur dengan langkah yang senyap.
Perlahan-lahan kaki ku melangkah mendekati belakang Diana.
“ HAHHH!!” sergah ku dari belakang.
“ Oh….Kak Limah balik rumah!” Aku
ketawa melihat Diana melatah. Ini mesti kes tengok filem ‘Hantu Kak Limah Balik
Rumah’ semalam.
Diana pantas berpaling ke belakang.
Lalu Diana menghadiahkan aku satu tamparan kecil tapi aku sempat mengelak. Aku
laju-laju bergerak ke ruang tamu meninggalkan Diana.
“ Hantu punya kawan! Ish…ada yang
nak kena ni!” jerit Diana. Aku melabuhkan punggungku ke sofa merah untuk
berehat.
Diana mengangkat dulang yang berisi
sandwich dan dua gelas susu menuju ke ruang tamu. Usai meletakkan dulang di
atas meja, Diana terus melabuhkan duduknya di sebelahku. Aku senyum kepadanya.
“ Jemput makan tuan puteri.” Ujar
Diana. Aku tahu mesti Diana mengejek aku sebab aku lambat turun nak buat
sarapan. Selalunnya aku turun awal untuk menyiapkan sarapan bersama Diana. Tapi,
disebabkan oleh mamat Lee Min Ho tu lah, hati aku ni masih panas.
“ Sorry la. Aku lambat turun tadi.
Tapi ini semua fasal mamat tak guna tu! Pagi-pagi lagi, dah buat aku stress!
Agaknya dia tu tak ada kerja kut?” ucapku dengan nada geram.
“ Ahh…cakap fasal mamat tu. Sorry la
beb. Aku tak dapat nak temankan kau jumpa dia nanti. Aku ada hal peribadi la
sikit tiba-tiba. So, aku tak dapatlah nak tengok mamat Lee Min Ho pujaan hati
kau tu.” Sengaja Diana menyakat Anith. Tersedak Anith dibuatnya kerana baru
sahaja selesai menghirup segelas susu.
“ Simpang empat puluh malaikat! Kau
giler nak gelar dia ‘Jejaka Pujaan Hati’ aku? No way! Kalau Lee Min Ho yang
betul-betul, baru layak terima gelaran ‘JPH’ aku. Kalau macam tu, aku seorang
la kena berdepan dengan mamat tu nanti. Tak pe lah nak buat macamana?”
Masing-masing mengambil sandwich
lalu menyuapkan ke dalam mulut. Usai bersarapan, giliran aku untuk mengangkat
dulang lalu menuju ke dapur untuk membasuh gelas dan pinggan kecil yang kami
gunakan tadi. Diana sudah melangkah keluar dari rumah.
Aku segera menuju ke rak kasut untuk
mencari kasut kerja ku. Jam di tangan ku kerling sekilas. Ehmm..masih awal
lagi. Aku terus meloloskan badanku ke dalam perut kereta lalu enjin kereta ku
hidupkan.
………………………………………………….
“TUKKK!!!” Farah mengetuk pintu
bilik Qhaliff.
“ Masuk!” arah Qhaliff.
Farah segera menapak masuk ke dalam
pejabat Qhaliff sambil membawa buku nota kecil. Qhaliff mengarahkan Farah untuk
duduk.
“ Baiklah, Farah. Hari ni saya ada
apa-apa janji temu ke?” soal Qhaliff kepada setiausahanya. Farah segera
membelek buku notanya untuk melihat senarai janji temu yang dimaksudkan oleh
Qhaliff.
“ Hari ni, Tuan ada janji temu
dengan seorang wartawan dari Majalah Bussiness World, pada pukul 10.00 pagi
nanti. Ehmm..cuma itu sahaja janji temu Tuan untuk hari ini.” Balas Farah
tenang walaupun dalam hati sudah berasa gelisah menghadap bosnya yang sangat
kacak hari ini. Kali ini, bosnya itu kelihatan berlainan sekali. Walaupun
hari-hari lain, bosnya itu memang nampak segak tetapi hari ini ketampanan
bosnya itu lebih terserlah dengan tali leher yang berwarna merah.
“ Ok..terima kasih. Awak boleh
keluar sekarang.” Ucap Qhaliff.
Qhaliff mengerling jam tangannya.
Hemmm…tak sabarnya aku nak jumpa minah tu. Rasa macam nak keluar je dari
pejabat sekarang. Ehh? Apa yang kau mengarut ni Qhaliff? Apasal kau tak sabar
nak jumpa minah yang rosakkan telefon bimbit kesayangan kau tu? Qhaliff pantas
menggeleng. Aku ni dah giler ke?
………………………………………………
Tanpa sedar masa berlalu pantas, jam
kini sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Janji temu bersama wartawan dari
Majalah Bussiness World perlu diselesaikan terlebih dahulu. Pintu bilik pejabat
Qhaliff dikuak lembut oleh Farah.
“ Tuan, ini dia Cik Raina, wartawan
dari Majalah Bussines World.” Ujar Farah.
“ Ok…jemput masuk.” Raina menapak
masuk ke dalam pejabat Qhaliff lalu menghulurkan salam kepada Qhaliff. Qhaliff
menjemput Raina duduk menghadapnya. Suasana pejabat Qhaliff yang tampak
ekslusif cukup menarik perhatian Raina untuk mengambil beberapa gambar. Qhaliff
hanya membiarkan sahaja kerana memahami tugas seorang wartawan.
“ Good morning, Cik Raina. Apa
khabar?” Sapa Qhaliff mesra untuk memulakan perbualan.
“ Khabar baik. Saya nak ucapkan
terima kasih kepada Encik Qhaliff sebab sudi untuk ditemubual oleh pihak kami.
“ balas Raina dengan ramah.
Akhirnya sesi temubual berakhir
dengan lancar. Raina bingkas bangun lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat
tangan dengan Qhaliff. Memang tidak dapat dinafikan Qhaliff memiliki pesona yang
mengagumkan sebagai seorang ahli perniagaan yang masih baru di dalam bidang
perhotelan. Sayang, apabila ditanya tentang soalan peribadi, Qhaliff sepertinya
hendak mengelak.
“ Terima kasih, Encik Qhaliff atas
kerjasama yang diberikan.” Ucap Raina.
“ Sama-sama.” Balas Qhaliff ringkas.
Raina kemudian berlalu
dari bilik pejabat Qhaliff. Qhaliff terus melabuhkan duduk di kerusinya. Jam di
tangannya di kerling sekali lagi. Qhaliff tersenyum penuh makna. Tak lama saja
lagi.
………………………………………………
Aku
terkocoh-kocoh menuju ke kereta Myvi ku. Kunci kereta segera ku keluarkan lalu
masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan dan radio kereta ku
pasang. Huhhh…masih awal lagi. Kita tengok siapa yang datang awal, siapa yang
datang lambat! Ucapku sendirian. Aku memandu keluar keretaku menuju ke lebuh
raya.
Pada waktu yang sama, Qhaliff
bergerak pantas meloloskan diri ke dalam lif lalu menekan punat ‘G’. Jam kini
menunjukkan pukul 12.30 petang. Qhaliff sengaja turun lewat kerana tempat yang
dijanjikan sebenarnya tidak jauh dari hotelnya. Tanpa Qhaliff sedar, langkahnya
itu diekori oleh seseorang yang membawa seribu muslihat yang tersirat.
Qhaliff menuju ke lot parkir mencari
keretanya.
Aku menarik nafas yang panjang
sebelum melangkah menuju ke Full House Café yang sudah berada di depan mataku. Hemm…ada
sepuluh minit lagi. Rilek….rilek….dulu, Anith. Takkan tak sabar kut nak jumpa
mamat kurang matang tu? Ishh!!! Tak ada maknanya aku nak hadap sangat la dengan
mamat tu.
Qhaliff merenung jam tangannya
sekali lagi. Masih ada sepuluh minit lagi. Qhaliff tahu dirinya menjadi tumpuan
ketika ini. Saat kakinya melangkah masuk ke dalam Full House Café tadi, ramai
mata yang tertumpu kepada dirinya. Qhaliff mencapai i-pad yang diletakkan di
atas meja sambil menunggu kedatangan minah bertudung itu.
“ Bismillahirahmanirahim…ramai pulak
manusia hari ini. Mana pulak mamat tu?” aku mencari-cari kelibat Lee Min Ho. Mataku
masih meliar ke kiri kanan. Deringan telefon bimbit dari dalam beg tanganku
menganggu aku.
“ Assalamualaikum.” Ucapku tanpa
melihat nama pemanggil yang tertera di dada skrin telefon bimbit Lee Min Ho.
“ Ehemmm…waalaikumsalam. Aku ni. Aku
dah sampai kat Full House Café ni.”
“ Oh…hemm..aku pun dah sampai. Kau kat
mana ek? Asal aku tak nampak kau? Aku dah puas cari rambut yang macam ‘Maggie’
tapi tak jumpa-jumpa juga!” ucapku sambil menahan ketawa.
“ Siapa yang rambut ‘Maggie’? Suka
hati je nak komen rambut aku. Aku punya rambut, aku punya kisahlah! Cepat la
datang! Aku kat tingkat bawah ni je. Hujung sekali..cepat! 1…2…3…4…5…” Qhaliff
terus mengira.
Aku segera bergerak cepat untuk
mencari dia. Ishh…siaplah kau nanti rambut ‘Maggie’! Kau ni sengaja nak aku
lari macam entah apa kat café orang ni. Akhirnya kaki ku berhenti di satu
penjuru di bahagian belakang. Aku nampak seorang lelaki memakai baju kemeja
putih walaupun hanya pandangan dari belakang.
Aku berjalan mendekatinya. Sah! Itu memang
dia! Kenapa? Sebabnya lelaki itu masih melekapkan telefon bimbit yang sangat ku
kenali ke telinganya.
“ Stop counting!!!” ucapku keras.
Berjumpa dengan mu
Belum ku suka
Sedikitpun rasa cinta tak ada
Melamunkan saja aku tak sudi
Di mata ku kau yah biasa saja….
Mehhh...lawan bertentang mata dengan Qhaliff? Ada berani? |
p/s: Bersambung.....nantikan bab yang seterusnya. Hihihi.....terimalah bab 7 yang tak seberapa ni. Selamat membaca")
- 16:47
- 2 Comments